Pakej premium ini dibuat khas untuk membantu waris menghadapi Majlis Sulh dengan lebih bersedia, yakin, dan jelas terhadap hak masing-masing – terutamanya dalam kes faraid yang melibatkan konflik atau ketidaksepakatan antara ahli waris.
Apa yang anda dapat?
✅ Rundingan Majlis Sulh berdasarkan kes sebenar anda.
✅ Pengiraan faraid lengkap mengikut situasi semasa dan dokumen yang tersedia.
✅ Pengenalpastian isu teknikal & emosi yang mungkin timbul semasa sulh.
✅ Sesi perbincangan secara Zoom/Gmeet (hingga 2 jam) untuk bimbingan intensif.
✅ Sokongan melalui WhatsApp (teks dan voice note) sepanjang proses.
👉 Pilih pakej ini jika anda perlukan Majlis Sulh supaya dapat menyelesaikan masalah yang timbul antara waris berkaitan dengan pusaka.
Shekeen Razak (verified owner) –
Terima kasih ustaz atas penerangan yg jelas, tenang tetapi tegas dan sampai dalam isu faraid dan pusaka untuk semua waris terlibat dalam keluarga kami. Segala soalan dijawab dengan fakta serta ayat alquran dan hadis yang sahih. Rasanya bayaran sgt murah jika dibandingkan usaha yang sgt mantap dari pihak nurha consultancy.
Nur Abdul Manaf –
Penjelasan Tuan Abu Nuha ringkas tapi padat. Ahli waris yang sudah berusia dapat memahami setiap satu penerangan dari Tuan Abu Nuha. Dan alhamdulillah kami berjaya mencapai kata sepakat setelah habis sesi bersama Tuan Abu Nuha. Sedikit sebanyak membuka mata tentang penting nya ilmu Faraid dan memulangkan hak pada waris waris berkenaan. Alhamdulillah. Recommended!