fbpx

Perbezaan Waktu Faraid, Wasiat Dan Hibah

Saya, Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2022. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh bantu tuan puan berkaitan dengan pewarisan.

Perkongsian kali ini adalah berkaitan dengan perbezaan waktu antara 3 instrumen penting iaitu faraid, wasiat dan hibah. Umumnya faraid dan wasiat berada dalam kategori pewarisan dan hibah pula dalam kategori muamalat. Adapun begitu, ketiga-tiga berkait satu sama lain apabila dikaitkan dengan realiti kehidupan.

Perkongsian

Namun, ramai lagi tidak dapat membezakan antara 3 instrumen ini, bilakah ia berkuat kuasa?

Untuk menjawab persoalan ini, saya ringkaskan dalam bentuk poster:

Sekilas pandang poster di atas, kita akan memahami perbezaan waktu pemindahan hak milik daripada pemberi kepada penerima.

Pertama: Hibah

Definisi hibah ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan.

Jika tuan puan lihat kepada takrifan hibah di dalam laman website atau buku-buku mahupun kitab-kitab, semua membawa kata kunci:

1) Pemberian secara sukarela.

2) Berkuat kuasa semasa hidup.

Ini bermakna pemberian hibah yang berlaku semasa hidup dan berkuat kuasa semasa hidup. Maka tidak akan timbul persoalan hibah selepas mati kerana ia mustahil terjadi.

Kedua: Wasiat

Definisi wasiat ialah iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut hukum syarak, selepas dia mati. (Seksyen 2, Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Selangor 1999)

Setelah kita amati definisi wasiat, kita boleh simpulkan dengan kata kunci:

1) Pemberian masa hidup.

2) Berkuasa selepas mati

Ini bermakna, pemberian tersebut tidak menjadi hak milik penerima sehinggalah berlaku kematian kepada pemberi. Namun begitu, pemberian melalui wasiat ada hukum yang telah digariskan iaitu tidak dibolehkan kepada waris dan tidak boleh lebih 1/3 harta bersih.

Persoalan, salahkah berwasiat kepada waris? Jemput baca perkongsian lepas. (tekan sini)

Ketiga: Faraid

Definisi faraid ialah ilmu pembahagian pusaka untuk mengetahui siapa yang mewarisi dan siapa yang tidak mewarisi serta kadar setiap waris yang telah ditetapkan oleh syarak selepas kematian.

Sebenarnya takrifan faraid ini ada banyak, tetapi apa yang boleh disimpulkan kata kuncinya ialah:

1) Pembahagian harta pusaka yang ditetapkan syarak.

2) Berkuat kuasa selepas kematian.

Ini bermakna, faraid adalah pembahagian pusaka kepada waris yang ditetapkan oleh syarak yang berkuat kuasa selepas kematian. Hal ini menjelaskan bahawa tiada pembahagian faraid semasa hidup kerana pembahagian faraid berlaku selepas kematian.

Allahu A’lam.

Penutup

Alhamdulillah, berakhir sudah perkongsian saya untuk kali ini berkaitan dengan perbezaan faraid, wasiat dan hibah. Setiap instrumen berikut ada timeline tersendiri dan melengkapi satu sama lain. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat. Jika tuan puan ada hasrat perancangan harta, bolehlah hubungi Abu Nuha (+60145241281).

Langgan Informasi

Jom langgan informasi tentang pewarisan dan solusi pusaka terkini secara percuma.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Perlukan Solusi?