Assalamualaikum,
Selamat Datang.
Perancangan Harta Pewarisan & Solusi Pusaka Tanggungjawab kita bersama
Masalah pusaka di Malaysia kian meningkat. Harta beku mencecah RM90 billion, waris makan harta secara haram, perpecahan ahli keluarga disebabkan pusaka. Oleh itu, sama-sama kita merancang harta dan juga mencari solusi masalah pusaka yang ada. Bertindak sekarang!
Abu Nuha Nuwairah
Menyelesaikan persoalan tentang pusaka.
Apa Yang Boleh Saya Bantu?
Abu Nuha Nuwairah merupakan graduan daripada Universiti Islam Imam Muhammad ibn Saud, Riyadh dalam bidang Syariah Islamiyyah.
Pengajian selama 7 tahun di Riyadh dan penglibatan Abu Nuha di dalam bidang pewarisan di Malaysia dengan mengabungkan 2 ilmu besar iaitu secara teori dan praktikal. Secara tidak langsung memberikan pengalaman dan solusi terbaik kepada masyarakat.
Menyelesaikan pengiraan faraid dengan tepat.
Abu Nuha memberikan solusi pengiraan faraid dengan tepat sepertimana yang ditetapkan oleh Allah Taala di dalam Surah An-Nisa' dan juga pengiraan yang menjadi perselisihan dalam situasi tertentu.
Menyelesaikan masalah pusaka mengikut syariat.
Abu Nuha memberikan solusi selari dengan pandangan ulama' yang muktabar dan juga meraikan pandangan lain yang boleh memberikan jalan keluar dalam permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat.
Memberikan solusi pusaka selari dengan undang-undang.
Abu Nuha akan memberikan panduan mengikut akta-akta dan enakmen yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan supaya masalah harta pusaka dapat diselesaikan dengan baik.
Berlaung di bawah Wasiyyah Shoppe Berhad, Syarikat Amanah No1 di Malaysia.
Abu Nuha akan memberikan solusi mengikut polisi yang telah ditetapkan oleh WSB dan mereka mempunyai panel syariah yang berpengalaman bagi memastikan segala tindakan yang dibuat tidak bercanggah dengan syariat dan juga undang-undang.
Merupakan tenaga pengajar dan guru faraid.
Abu Nuha merupakan seorang guru faraid di Pondok Sungai Durian dan juga tenaga pengajar bagi Team Puan Umi serta bergiat aktif menyebarkan penulisan tentang pewarisan di media sosial dan juga laman website ini.
Al-Wasitah (Khairat Pusaka)
Pencerahan tentang khairat pusaka yang akan menguruskan harta pusaka, khutbah pusaka, dokumen wasi dan lain-lain secara percuma. Yuran penyertaan serendah RM50 sahaja.
Pengurusan Pusaka
Penerangan tentang pengurusan pusaka yang akan diuruskan di Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil. Kos pengurusan ini serendah RM3500 sahaja.
Dokumentasi Wasiat
Penerangan tentang wasiat dan hukum hakam berkaitan dengannya secara terperinci supaya hasrat yang diingin tercapai. Kos dokumentasi wasiat serendah RM300 sahaja.
Dokumentasi Hibah
Penerangan tentang hibah dan pelaksanaanya selari dengan hibah yang dianjurkan di dalam Islam. Kos dokumentasi ini serendah RM1,600 sahaja.
Semakan Waris & Pengiraan Faraid
Pencerahan secara percuma oleh Abu Nuha secara terperinci dan pelanggan memahami untuk tindakan yang sepatutnya dilakukan.
Misi & Visi
Membantu Seramai Mungkin Umat Islam
Satu tanggungjawab untuk memberi pencerahan dan ilmu untuk perancangan pewarisan harta Islam bagi mengelakkan harta beku bertambah di Malaysia.
Saban hari masalah umat Islam bertambah apabila melibatkan harta pusaka. Saya tepuk dada bertanya diri, “Jika bukan aku sebagai orang yang mempelajari ilmu syariah, siapa lagi kita harapkan?” Saya sahut cabaran, “Aku mesti tolong orang kita!.”
Out of 5
Sangat membantu tentang persoalan penjaga harta bagi anak OKU
Alhamdulillah sy sangat berterima kasih pada Ustaz Abu Nuha di atas penjelasan yang lengkap berkenaan penjaga harta dan juga wasi bagi anak OKU.. tidak banyak artikel mengenai hal ini namun Ustaz sudi meluangkan masa menerangkan satu persatu dan juga memberi nasihat yang sgt2 membantu sy.. teruskan usaha Ustaz dgn menulis artikel2 kerana ilmu pengetahuan yg di salurkan ini sgt lah bermanfaat dan besar ertinya kepada pembaca .. semoga semua urusan di permudahkan dan semoga segala usaha Ustaz di balas dgn kebaikan…
Pengiraan Faraid
Alhamdulillah, terima kasih abu nuha. Pengiraan yang sangat jelas.
Pengiraan Faraid
Fast response! Alhamdulillah…
Terima kasih Ustaz Abu Nuha, atas bantuan pengiraan faraid berlapis. Sekejap je dapat jawapan, memang pakar.
ILMU FARAID
Alhamdulillah..respond yang pantas..pencerahan yang sgt jelas..sangat membantu dlm pengurusan faraid..Terima kasih Tuan hanya Allah sahaja yang dpt membalas jasa tuan..Semoga segala ilmu yg d kongsi menjadi asbab pahala berterusan utk tuan..amin
Faraid
Alhamdllah,dapat bantuan dri tuan sangat membantu ..sbb saya kurang pengetahuan tntg pembahagian faraid ini..terima kasih
Faraid
Alhamdulillah kekeliruan tentang sapa waris yang layak serta ditunjukkan sekali cara pengiraan yang tepat sangat membantu urusan keluarga selepas kematian. Tq ustat sudi melayan soalan dari saya dari Bumi Kenyalang via wasap dan telepon. Jazakallah ustat moga makin maju jaya. Amin.
Faraid
Alhamdulillah,penjelasan yg sgt jelas..t.ksh kerana sudi meluangkn masa .Semoga Allah membalas kebaikan Ust dgn kebaikan yg belipat kali ganda..aamiin..
Pengiraan Faraid
Syukur semua masalah yang ada dapat jawapan, cara penerangan jelas dan mudah faham, terima ksh sngat-sngat..
Faraid
Penerangan amat jelas dan mudah difahami.
Semoga Allah memberkati usaha ustaz Abu Nuha memberi ilmu dalam masalah faraid.
Jazakallahukhoiro.
Ilmu faraid
Alhamdulillah penerangan yang sangat jelas dan mudah difahami…terima kasih encik Abu kerana membantu sy…hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala kebaikan encik Abu..