
Saya Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2022. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad ibn Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh bantu tuan puan berkaitan dengan pewarisan.
Isi Kandungan
Pendahuluan
Perancangan pusaka yang tersusun bukan sekadar tentang pembahagian harta, tetapi juga memastikan waris tidak terbeban dengan proses perundangan yang rumit, cukai yang tidak dijangka atau pertikaian keluarga.
Dalam konteks perancangan pusaka Islam, dua pendekatan yang ditawarkan oleh Wasiyyah Shoppe Berhad melalui produk Al-Wasithah Mutiara dan Al-Wasithah Berlian memberi solusi menyeluruh kepada pewarisan harta mengikut situasi aset dan keperluan waris.
Al-Wasitah Mutiara
Jenis aset sesuai:
- Aset tak alih yang bernilai kurang daripada RM5 juta
- Tiada pertikaian antara waris
- Sesuai untuk difailkan di Pejabat Pusaka Kecil
Proses Lengkap:
1) Khutbah Pusaka: Sesi pembukaan untuk mendidik waris tentang tanggungjawab dan hak mengikut Syariah serta undang-undang.
2) undingcara Pengurusan Pusaka: Konsultan membantu waris merangka langkah, menyediakan dokumen dan menyusun strategi penyelesaian.
3) Pemfailan Borang A: Dokumen rasmi untuk memulakan proses permohonan kuasa mentadbir di Pejabat Pusaka Kecil.
4) Carian Rasmi Hartanah (maksimum 6 geran): Menyemak kedudukan dan status hartanah yang ditinggalkan oleh si mati.
5) Perbatuaan (jika diperlukan): Dokumen perakuan daripada waris untuk menyokong kelancaran bicara kuasa.
6) Bicara Kuasa di Pejabat Pusaka Kecil: Proses penentuan siapa pentadbir dan bagaimana harta dibahagikan.
7) Sijil Faraid (jika perlu): Digunakan jika perlu penetapan rasmi pembahagian mengikut hukum faraid.
8) Surat Kuasa Tadbir / Perintah Pembahagian: Dikeluarkan selepas bicara kuasa selesai sebagai dokumen sah pentadbiran.
9) Pendaftaran Perintah di Pejabat Tanah: Bagi penukaran nama pemilikan harta kepada waris yang sah.
10) Cukai Pusaka:
- 0.2% untuk nilai harta < RM2 juta
- 0.3% untuk nilai RM2 juta – RM5 juta
Kos Dalam Peruntukan Al-Wasitah Mutiara
Item | Ditanggung |
---|---|
Khutbah Pusaka | ✅ |
Rundingcara & penyediaan dokumen | ✅ |
Pemfailan Borang A | ✅ |
Carian rasmi hartanah (6 keping) | ✅ |
Kos pengurusan semasa bicara kuasa | ✅ |
Kos pendaftaran perintah di Pejabat Tanah | ✅ |
Kos Bukan Dalam Peruntukan Al-Wasitah Mutiara
Item | Tidak Ditanggung |
---|---|
Fi guaman (jika waris lantik peguam sendiri) | ❌ |
Cukai pusaka (0.2% / 0.3%) | ❌ |
Bayaran carian tambahan lebih 6 geran | ❌ |
Bayaran kepada pihak ketiga (eg. LHDN jika ada cukai tertunggak) | ❌ |
Al-Wasitah Berlian
Jenis aset sesuai:
- Aset bernilai lebih daripada RM5 juta
- Aset bersama (dua nama atau lebih)
- Terdapat pertikaian waris
- Aset perlu diselesaikan melalui Mahkamah Tinggi Sivil
Proses Lengkap:
1) Khutbah Pusaka: Sesi penerangan dan kesedaran kepada waris mengenai pengurusan harta mengikut Islam dan undang-undang sivil.
2) Permohonan di Mahkamah Tinggi Sivil: Proses dimulakan di Mahkamah Tinggi kerana aset tidak boleh difailkan di Pejabat Pusaka Kecil.
3) Perlantikan Waqalah (Peguam): Peguam dilantik untuk mewakili waris dalam menyediakan affidavit, menyusun dokumen dan menghadiri prosiding.
4) Carian Rasmi Hartanah (maksimum 12 geran): Untuk mengenalpasti aset hartanah dengan maklumat rasmi Pejabat Tanah.
5) Permohonan Grant of Probate (jika ada wasiat) / Letter of Administration (jika tiada wasiat)
- Grant of Probate: jika pewasiat ada melantik wasi
- L.A: jika tiada wasiat dan tiada wasi
6) Penyediaan Affidavit Permohonan dan Perbicaraan
Disediakan mengikut jenis aset:
- Untuk aset alih sahaja
- Untuk aset tak alih sahaja
7) Sijil Faraid (jika perlu): Sebagai rujukan pembahagian mengikut hukum faraid.
8) Distribution Order / Perintah Pembahagian: Perintah rasmi mahkamah mengenai pembahagian pusaka.
9) Pendaftaran Perintah di Pejabat Tanah (D.O): Penukaran nama hak milik aset kepada waris sah.
Kos Dalam Peruntukan Al-Wasitah Berlian
Item | Ditanggung |
---|---|
Khutbah Pusaka | ✅ |
Rundingcara & pengurusan kes | ✅ |
Carian rasmi hartanah (12 keping) | ✅ |
Penyediaan dokumen affidavit dan sokongan | ✅ |
Koordinasi dengan peguam dan mahkamah | ✅ |
Pendaftaran Distribution Order (D.O) | ✅ |
Kos Bukan Dalam Peruntukan Al-Wasitah Berlian
Item | Tidak Ditanggung |
---|---|
Fi guaman (honorarium kepada peguam) | ❌ |
Cukai pusaka (jika dikenakan) | ❌ |
Carian tambahan lebih 12 geran | ❌ |
Kos-kos tambahan oleh mahkamah (pengecualian bergantung kes) | ❌ |
Kos penilaian harta (jika diminta mahkamah) | ❌ |
Perbandingan Strategik: Mutiara vs Berlian
Aspek | Mutiara | Berlian |
---|---|---|
Nilai harta | < RM5 juta | > RM5 juta atau aset kompleks |
Pentadbiran di | Pejabat Pusaka Kecil | Mahkamah Tinggi Sivil |
Perlu peguam? | Tidak | Ya |
Carian hartanah | 6 geran | 12 geran |
Dokumen utama | Borang A, Bicara Kuasa | Grant of Probate / L.A & Affidavit |
Cukai | 0.2% / 0.3% jika dikenakan | Berdasarkan nilai & perintah mahkamah |
Masa penyelesaian | 6–12 bulan | Lebih cepat |
Kos pengurusan | Lebih rendah | Lebih tinggi |
Sesuai untuk | Aset mudah & waris sepakat | Aset rumit / pertikaian / nilai besar |
Pilih Strategi Pusaka Mengikut Situasi Anda
Pemilihan antara Al-Wasitah Mutiara atau Al-Wasitah Berlian bukan sekadar soal harga, tetapi lebih kepada:
- Jenis aset yang ditinggalkan
- Nilai aset
- Jumlah pemilik (seorang atau lebih)
- Wujud atau tidak pertikaian antara waris
- Ada atau tiada dokumen wasiat
Sekiranya anda mempunyai harta seperti rumah dua nama, saham syarikat, atau aset bernilai lebih RM5 juta, Al-Wasitah Berlian lebih sesuai kerana prosesnya lebih komprehensif dan melibatkan mahkamah tinggi.
Namun, jika aset adalah milikan tunggal seperti rumah, tanah, atau simpanan biasa bernilai kurang RM5 juta dan tiada pertikaian, Al-Wasitah Mutiara adalah pilihan yang menjimatkan masa dan kos.