fbpx

Hukum Hibah Di Dalam Islam

Saya, Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak 2022. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh bantu tuan berkaitan dengan pewarisan.

Perkongsian kali ini saya ingin berkongsi tentang hukum hibah di dalam Islam.

Hukum Hibah Di Dalam Islam

Hukum pemberian hadiah dalam Islam adalah sunnah yang dianjurkan.

قال ﷻ : (فإن طبن لكم عن شيء منه نفساً فكلوه هنيئاً مرئياً)

Allah ﷻ berfirman: “Jika mereka rela memberikan sebagian dari hartanya kepada kamu, maka makanlah dengan nikmat yang nyata,” – Surah An-Nisa’, Ayat 4.

قال رسول الله ﷺ: (تهادوا تحابوا)

Rasulullah SAW, “Bersedekahlah, niscaya kamu akan saling mencintai” – (Riyawat Syuib Al-Arnauut)

قال رسول الله ﷺ: (لا تحقرن جارة أن تهدي لجارتها ولو فرسن شاة)

Rasulullah SAW, “Janganlah seorang tetangga meremehkan pemberian kepada tetangganya walaupun hanya kuku kambing.” – (Riwayat Al-Bukhary)

Hukum Pemberian Hibah Kepada Salah Seorang Anak

Hukum pemberian hadiah kepada salah satu anak dibolehkan (diharuskan) untuk memberikan hadiah khusus kepada salah satu anak tanpa yang lain jika ada alasan syar’i, seperti:

Pertama, keperluan dan kemiskinan anak tersebut yang tidak dimiliki oleh saudara-saudaranya. (atau)

Kedua, kelemahan anak tersebut dan ketidakmampuannya untuk berdikari. (atau)

Ketiga, anak tersebut sedang menuntut ilmu dan sebagainya.

Selain itu pemberian tersebut tidak bermaksud untuk menghalangi anak lain dari warisan (lari daripada pusaka).

Pemberikan hadiah kepada salah satu anak tanpa alasan jelas atau alasan yang kukuh adalah makruh.

Hukum Pemberian Hibah Ketika Sakit Maradhul Maut

Pemberian hadiah oleh orang yang sakit maradhul maut dan tidak berhutang ada dua situasi:

Pertama, jika penerima adalah ahli waris.

Pemberian hibah orang sakit maradhul maut adalah seperti wasiat dan wasiat tidak sah untuk waris. Pemberian hibah tersebut bergantung pada persetujuan para ahli waris sama ada kurang 1/3 atau lebih.

Pemberian hibah tersebut kembali kepada hukum faraid.

Kedua, jika penerima bukan ahli waris.

Jika ada ahli waris, pemberian hadiah diterima jika tidak melebihi sepertiga dari harta, ini adalah kesepakatan para ulama, tetapi jika tidak ada ahli waris, pemberian hadiah dibolehkan bahkan dengan seluruh harta menurut pendapat Hanafi, dan hanya sepertiga menurut pendapat Syafi’i dan Maliki kerana hartanya merupakan warisan bagi umat Islam.

Maka perlu ikut pembahagian faraid yang jika tiada waris, maka baitulmal akan menjadi pewaris bagi arwah.

Jika arwah seorang berhutang, maka penghutang lebih berhak ke atas harta tersebut.

Kesimpulan

Amalan hibah dituntut di dalam Islam. Namun adakalanya hukum hibah berubah mengikut situasi tertentu. Oleh itu, untuk memastikan pelaksanaan hibah tersebut sah dan selari dengan undang-undang, maka perlu kepada kefahaman sebelum pelaksanaan hibah dilakukan. Semoga pencerahan ringkas ini memberikan input baru kepada pembaca.

Allahu A’lam.

Langgan Informasi

Jom langgan informasi tentang pewarisan dan solusi pusaka terkini secara percuma.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Perlukan Solusi?