fbpx

Penjelasan: Isu Fidyah Untuk Arwah

Saya, Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad, syarikat amanah no1 di Malaysia sejak 2022. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh bantu tuan puan berkaitan dengan pewarisan harta.

Persoalan

Assalamualaikum, arwah ayah saya seorang yang tidak meninggalkan puasa dan lain-lain. Namun ada “ustaz” yang menyatakan arwah perlu membayar fidyah yang dikira sejak baligh sehingga kematian.

Adakah perkara ini benar?

Jawapan

Waalaikumussalam, terima kasih bertanya. Hal ini sememangnya banyak berlaku di dalam masyarakat dan ramai yang memandai-mandai dalam bab ini.

Sebelum menjawab soalan, jom kita tengok poster.

Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana melakukan sesuatu perkara yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum puasa dan yang berkaitan. Jika ia melibatkan hukum mengenai ibadah puasa, fidyah dikenakan kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada) bulan Ramadan.

Oleh itu, fidyah dianggap satu hutang jika tidak diselesaikan semasa hidup.

Timbul persoalan tentang fidyah solat? Persoalan ini tentunya ada khilaf yang mana ada yang mengkhususkan fidyah untuk sesiapa yang meninggalkan puasa dan ada juga yang menqiaskan solat juga difidyah. Namun bagi saya, solat tiada denda dalam bentuk bayaran. Orang yang meninggalkan solat perlu bertaubat dan ganti setakat termampu.

Kenyataan

Kenyataan “ustaz” yang mengenakan pengiraan fidyah puasa bermula baligh sehingga kematian adalah salah sama sekali. Bagaimana mungkin orang yang tidak melakukan kesilapan perlu membayar denda?

Pengiraan fidyah bergantu kepada bilangan puasa yang ditinggalkan sahaja. Jika ingin mengambil langkah ihtiyaat (berhati-hati), itupun perlu kepada munasabah yang masuk akal. Pengiraan sejak baligh adalah sangat tidak patut sekiranya kita mengenali arwah adalah seorang ahli ibadat.

Implikasi perbuatan kita mengira fidyah sejak lahir menyebabkan kita bersangka buruk kepada arwah dan juga kita menggunakan duit pusaka kepada perkara yang tidak diwajibkan. Secara tidak langsung telah mengambil hak orang lain, hak waris secara batil.

Kesimpulan

Jika ada yang menyuruh pihak waris membayar fidyah dengan cara yang tidak sepatutnya, maka waris tidak perlu mengikuti arahan tersebut kerana ini bercanggah apa yang diajarkan oleh Islam. Tiada satu kitab pun yang mewajibkan sedemikian. Semoga pencerahan ringkas ini dapat memberi manfaat kepada pembaca.

Cara pengiraan fidyah? Jom baca penulisan yang disediakan oleh Pusat Pungutan Zakat MAIWP. (tekan sini)

Allahu A’lam.

Langgan Informasi

Jom langgan informasi tentang pewarisan dan solusi pusaka terkini secara percuma.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Perlukan Solusi?