fbpx

Istilah-Istilah Dalam Kitab Fiqh

Saya Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2022. Saya juga merupakan lepasa syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh bantu tuan puan berkaitan dengan pewarisan.

Perkongsian kali ini adalah berkaitan dengan istilah yang digunakan dalam fiqh. Oleh itu, saya ingin berkongsi dengan tuan puan.

Istilah Dalam Fiqh Muamalat

1) البيع (Al-Bay’): Pertukaran harta dengan harta atas dasar kerelaan.

2) الخيار (Al-Khiyar): Memilih antara meneruskan atau membatalkan.

3) السلم (As-Salam): Kontrak atas barang yang ditentukan dan ditangguhkan dengan harga yang dibayar di tempat akad.

4) الربا (Ar-Riba): Peningkatan dalam jual beli dua barang yang dikenakan riba.

5) القرض (Al-Qardh): Memberikan harta kepada seseorang untuk digunakan dan dikembalikan; demi mendapatkan keredaan Allah.

6) الرهن (Ar-Rahn): Jaminan hutang dengan benda, yang boleh diambil semula dari benda tersebut atau dari hasil jualannya jika pengambilan dari penghutang tidak dapat dilakukan.

7) الضمان (Adh-Dhaman): Kewajiban seseorang menanggung apa yang sepatutnya dibayar oleh orang lain.

8) الكفالة (Al-Kafalah): Seseorang yang dewasa bersetuju untuk membawa orang yang berhutang kepada pemilik hutang.

9) الحوالة (Al-Hawalah): Pemindahan hutang dari orang yang berhutang kepada pihak lain.

10) الوكالة (Al-Wakalah): Penyerahan kuasa kepada orang yang layak dalam perkara yang boleh diwakilkan.

11) الإجارة (Al-Ijarah): Kontrak untuk mendapatkan manfaat yang halal dan ditentukan, dalam tempoh yang ditentukan, dengan bayaran tertentu.

12) الجعالة (Al-Ju’alah): Memberikan ganjaran kepada sesiapa yang melakukan kerja yang dibenarkan.

13) الوديعة (Al-Wadi’ah): Harta yang diserahkan kepada orang lain untuk disimpan tanpa bayaran.

14) العارية (Al-‘Ariyah): Memberikan manfaat barang tanpa bayaran.

15) الشركة (Asy-Syarikah): Perkongsian dalam hak atau transaksi.

16) الشفعة (Asy-Syuf’ah): Hak rakan kongsi untuk mengambil bahagian rakan kongsi yang lain dari pembeli dengan harga yang disepakati dalam kontrak.

17) المساقاة (Al-Musaqah): Menyerahkan pokok yang berbuah kepada orang lain untuk disiram dengan bahagian hasil tertentu seperti seperempat atau separuh, dan selebihnya untuk pemilik.

18) المزارعة (Al-Muzara’ah): Menyerahkan tanah untuk ditanam dengan bahagian hasil tertentu seperti separuh atau seperempat, dan selebihnya untuk pemilik tanah.

19) إحياء الموات (Ihya’ al-Mawat): Menghidupkan tanah yang tidak bertuan dan terpisah dari pemilikan dan hak milik yang dilindungi.

20) المسابقة (Al-Musaabaqah): Perlumbaan antara dua orang atau lebih.

21) اللقطة (Al-Luqatah): Segala harta yang hilang dari pemiliknya dan dijumpai oleh orang lain.

22) الغصب (Al-Ghasab): Menguasai hak orang lain secara paksa tanpa hak.

23) الحَجْر (Al-Hajr): Menghalang seseorang daripada menguruskan hartanya atas sebab yang sah.

24) الصلح (As-Sulh): Kontrak untuk menyelesaikan pertikaian antara pihak yang bersengketa.

25) القسمة (Al-Qismah): Menentukan bahagian yang tidak tentu.

26) الهبة (Al-Hibah): Memberikan harta kepada orang lain semasa hidup tanpa bayaran.

27) الوصية (Al-Wasiyyah): Memberi harta selepas mati atau mengarahkan tindakan selepas mati.

28) الوقف (Al-Waqf): Menahan harta asal dan menyalurkan manfaatnya untuk mendapatkan ganjaran dari Allah.

Istilah Dalam Fiqh Al-Munakahat

29) النكاح (An-Nikah): Kontrak sah yang membenarkan setiap pasangan menikmati yang lain.

30) الإيلاء (Al-Ilaa’): Sumpah seorang suami untuk tidak menggauli isterinya selama-lamanya atau lebih dari empat bulan.

31) الظهار (Az-Zhihar): Menyamakan isteri dengan wanita yang haram dinikahi selama-lamanya atau dengan bahagian tubuhnya yang haram dilihat seperti belakang atau perut.

32) الطلاق (At-Talaq): Perceraian dengan membatalkan ikatan perkahwinan dengan ungkapan khusus.

33) الرجعة (Ar-Ruj’ah): Mengembalikan isteri yang diceraikan tanpa talak bain ke dalam perkahwinan tanpa kontrak baru.

34) الخلع (Al-Khulu’): Perceraian dengan ganti rugi yang diterima suami dari isteri atau orang lain, dengan ungkapan tertentu.

35) اللعان (Al-Li’an): Sumpah dari kedua pihak yang disertai laknat dari suami dan kemarahan dari isteri.

36) العدة (Al-‘Iddah): Tempoh menunggu wanita yang ditetapkan syarak kerana perpisahan perkahwinan atau kematian.

37) الرضاع (Ar-Radha’ah): Menyusu manusia dari susu yang berasal dari kehamilan.

38) الحضانة (Al-Hadhanah): Menjaga anak kecil atau orang yang tidak berakal daripada bahaya dan mengasuhnya sehingga mampu berdikari.

Istilah Dalam Fiqh Al-Mawarith

39) علم الفرائض (‘Ilmu al-Faraidh): Ilmu yang mengetahui siapa yang mewarisi dan yang tidak, serta bahagian warisan yang diterima setiap ahli waris.

Istilah Dalam Fiqh Jinayah

40) الجناية (Al-Jinayah): Segala perbuatan haram yang dikenakan hukuman hudud atau takzir.

41) الحد (Al-Hudud): Hukuman yang ditetapkan syarak atas dosa untuk menjaga hak Allah, agar mencegah dari melakukannya.

42) التعزير (At-Ta’zir): Hukuman untuk kesalahan yang tiada hukuman hudud, qisas, atau kaffarah.

Istilah Dalam Fiqh Al-Qadha’

43) القضاء (Al-Qadha’): Menentukan hukum syarak yang memutuskan pertikaian dan melaksanakan keputusan.

44) الدعوى (Ad-Da’wa): Tuntutan plaintif kepada hakim mengenai haknya terhadap orang lain secara lisan atau tulisan.

45) الإقرار (Al-Iqrar): Mengakui secara sukarela apa yang menjadi kewajibannya.

46) الشهادة (Asy-Syahadah): Memberitahu apa yang diketahui seseorang dengan ungkapan “saya bersaksi”, “saya melihat”, atau “saya mendengar”.

47) اليمين (Al-Yamin): Sumpah yang mengukuhkan perkara yang disumpahkan dengan menyebut nama Allah, atau sifat-Nya dalam cara tertentu.

Istilah Dalam Fiqh Al-Ibadah

48) النذر (An-Nazr): Memastikan diri melakukan sesuatu untuk Allah yang tidak diwajibkan oleh syarak dengan ungkapan yang menunjukkan maksud tersebut.

Penutup

P/s: Ini adalah terjemahan yang saya usahakan daripada perkongsian asal. (Tekan sini)

Langgan Informasi

Jom langgan informasi tentang pewarisan dan solusi pusaka terkini secara percuma.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Perlukan Solusi?