fbpx

Jenis Pewarisan Dalam Pengiraan Faraid

Saya Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe sejak tahun 2022. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad ibn Saud, Riyadh. Insya Allah saya boleh bantu tuan puan berkaitan dengan pewarisan.

Perkongsian kali ini berkaitan dengan jenis pembahagian dalam pengiraan faraid.

Jenis Pewarisan

  1. Warisan dengan ketetapan (الفرض).
  2. Warisan dengan pembahagian (التعصيب).

Penulis rahbiah menyebut:

واعلم بأن الإرث نوعان هما … فرض وتعصيب على ما قسما
Dan ketahuilah bahawa warisan itu ada dua jenis,
Ketetapan dan pembahagian, sebagaimana telah dibahagikan.

Pengertian Al-Fard (الفرض)

Makna Bahasa (الفرض)

Dalam bahasa, “الفرض” merujuk kepada:

  1. Pemisahan.
  2. Pemotongan.
  3. Penentuan.
Makna Istilah (الفرض)

Dalam istilah para ulama faraid, warisan dengan ketetapan bermaksud bahagian yang telah ditetapkan oleh syariat untuk pewaris tertentu, yang tidak bertambah kecuali dengan pulangan (الرد) dan tidak berkurang kecuali dengan pengurangan (العول).

Pengertian Al-Ta’sib (التعصيب)

Makna Bahasa (التعصيب)

Dalam bahasa, “التعصيب” berasal daripada kata kerja “عصب” yang bermaksud mengikat, menguatkan, dan mengelilingi. Daripada kata ini juga, serban disebut “عصائب” kerana ia mengelilingi kepala dan mengikatnya.

Makna Istilah (التعصيب)

Dalam istilah, “التعصيب” bermaksud mewarisi tanpa bahagian yang ditetapkan.

Makna Bahasa (العصبة)

Dalam bahasa, “العصبة” adalah bentuk jamak dari “عاصب”, yang merujuk kepada saudara-mara lelaki yang mempunyai hubungan darah melalui lelaki.

Makna Istilah (التعصيب)

Dalam istilah, “العصبة” merujuk kepada mereka yang mewarisi tanpa bahagian yang ditetapkan. Maksudnya, setiap pewaris yang jika dia berseorangan, dia akan mengambil semua harta, dan dia akan mengambil apa yang tersisa setelah bahagian-bahagian yang ditetapkan diberikan. Dia akan terkeluar jika bahagian-bahagian yang ditetapkan telah memenuhi pembahagian harta.

Penutup

Oleh itu, sebelum membuat pengiraan, tuan puan perlu mengenali ahli waris yang mana mewarisi dengan fard (الفرض) ataupun yang mewarisi asobah (العصبة). Tanpa mengenali waris-waris, maka kita tidak dapat buat pengiraan. Allahu A’lam.

Langgan Informasi

Jom langgan informasi tentang pewarisan dan solusi pusaka terkini secara percuma.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Perlukan Solusi?