Saya Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2022. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh bantu tuan puan berkaitan dengan pewarisan.
Isi Kandungan
Kategori Waris
Pembahagian waris ada beberapa bahagian. Ada yang mewarisi melalui perkahwinan iaitu suami atau isteri. Ada yang mewarisi melalui keturunan iaitu anak, cucu, ayah dan sebagainya. Ada yang mewarisi melalui wala’ iaitu tuan pembebas hamba.
Peta di atas saya bawakan 2 sahaja iaitu melalui perkahwinan dan juga keturunan. Saya detailkan pembahagian keturunan yang mana ia terbahagi kepada 4 bahagian iaitu :
Golongan Atas
Bapa, datuk sebelah bapa, ibu, nenek sebelah ibu, nenek sebelah bapa.
Golongan Bawah
Anak lelaki, anak perempuan, cucu lelaki daripada anak lelaki dan cucu perempuan daripada anak lelaki.
Golongan Tengah
Saudara lelaki/perempuan seibu sebapa atau sebapa atau seibu, anak saudara lelaki kepada saudara lelaki seibu sebapa atau sebapa.
Golongan Sisi
Bapa saudara lelaki seibu sebapa atau sebapa sebelah bapa dan juga sepupu lelaki daripada bapa saudara lelaki seibu sebapa atau sebapa sebelah bapa.
Penutup
Alhamdulillah berakhirlah perkongsian ringkas berkaitan kategori waris. Semoga bermanfaat dan jika tuan puan ada hasrat perancangan harta, maka tuan puan boleh hubungi Abu Nuha Nuwairah (+6014-5241281).