fbpx

Perbezaan Hibah Harta Dengan Hibah Takaful

Saya, Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2022. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh bantu tuan puan berkaitan pewarisan harta.

Perkongsian

Seringkali apabila bicara tentang hibah, masyarakat akan terus terbayang hibah takaful. Padahal hibah takaful adalah salah satu cara pembahagian manfaat takaful. Manfaat takaful yang diperolehi sebenarnya ada 3 cara pembahagian seperti yang dijelaskan di dalam poster.

Salah faham tentang pengunaan hibah ini selalunya berlaku apabila ejen takaful mempromosikan manfaat takaful dengan menggunakan term “hibah” semata-mata, sedangkan manfaat tersebut boleh dilantik wasi yang mana pembahagian dilakukan secara faraid ataupun serahakan mutlak (absolute assingment) kepada institusi tertentu untuk pembayaran hutang atau tujuan lain.

Seterusnya, jom kita sama-sama lihat perbezaan antara kedua-dua hibah.

Perbezaan

Hibah HartaHibah Takaful
Hibah harta ialah suatu akad yang mengandungi pemberian hak milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada hidupnya tanpa balasan.Hibah takaful ialah hibah bersyarat digunakan oleh syarikat takaful untuk kaedah pembayaran tuntutan wang pampasan takaful apabila pemilik sijil takaful meninggal dunia.
Hibah harta adalah pemberian berbentuk harta fizikal seperti rumah, kereta, tanah dan sebagainya. Hibah takaful pula adalah pemberian berbentuk manfaat yang dipersetujui antara peserta takaful jika berlaku musibah kepada pihak yang dilindungi sebagai hibah.
Hibah harta perlu memenuhi rukun dan syarat iaitu pemberi, penerima, harta, ijab qobul dan juga qabd (penyerahan hak).Hibah takaful diberikan kepada pihak dilindungi tanpa memenuhi rukun dan syarat hibah*, namun hal ini telah diperjelaskan lanjut oleh APKI 2013. Bagi saya untuk elak khilaf sebaiknya kita memenuhi rukun dan syarat hibah sepertimana hibah harta.
Dokumentasi hibah wajar dibuat bagi mengelakkan pertikaian dan ia bertindak sebagai bukti.Dokumentasi hibah takaful dikira setelah pemilik sijil takaful meletakkan penama pihak dilindungi sebagai penerima hibah.
* Realitinya, pemberi penerima hibah tiada akad ijab qobul dan tiada penyerahan semasa hidup kerana ia berbentuk manfaat.

Setelah melihat perbezaan antara hibah harta dan hibah takaful adalah 2 perkara berbeza. Namun, tidak dinafikan kedua-dua ada persamaan yang mana kedua-dua hibah tidak termasuk harta pusaka jika berlaku kematian.

APKI 2013

Hibah takaful telah dijelaskan dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (APKI 2013) dan telah disahkan oleh undang-undang dalam Jadual 10 (AKPI 2013).

Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia telah memutuskan bahawa:

1) Pampasan takaful boleh dihibahkan kepada penerima yang dikehendaki kerana hak mutlak pencarum.

2) Pampasan takaful yang dihibahkan tidak dikira sebagai harta pusaka dan tidak perlu difaraidkan.

3) Pencarum bebas membatalkan penerima dalam tempoh pencarum masih hidup dan takaful masih berkuatkuasa.

4) Pencarum boleh membatalkan penerima hibah dan menamakan pihak lain yang dikehendaki sebagai penerima.

5) Borang penamaan takaful perlu disertakan dan dinyatakan dengan jelas sama ada sebagai penama wasi atau penerima hibah.

Manakala hibah harta jelas terkeluar daripada pusaka disebabkan ia adalah pemberian masa hidup dan berkuat kuasa masa hidup. Bacaan tentang perbezaan masa 3 instrumen boleh tekan di sini.

Penutup

Alhamdulillah, terima kasih kerana sudi membaca penulisan ini. Semoga bermanfaat kepada semua. Sebarang persoalan boleh ditanya di ruangan komen di bawah atau mesej personal Abu Nuha (+6014-5241281).

Langgan Informasi

Jom langgan informasi tentang pewarisan dan solusi pusaka terkini secara percuma.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Perlukan Solusi?