fbpx

Prosedur Menuntut Harta Sepencarian

Saya Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2022. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh bantu tuan puan berkaitan dengan pewarisan.

Perkongsian kali ini berkaitan dengan harta sepencarian yang mana sering menjadi topik utama apabila berlaku kematian. Oleh itu, saya ingin berkongsi tentang prosedur dalam tuntutan ini.

Bagaimana Menuntut Harta Sepencarian?

Tuntutan harta sepencarian boleh dituntut oleh pasangan dalam keadaan berikut:

Pertama, sewaktu suami ingin memohon untuk berpoligami.

Kedua, sewaktu berlaku perceraian.

Ketiga, sewaktu salah seorang pasangan meninggal dunia.

Apakah Langkah-Langkah Yang Perlu Dibuat?

Pertama, pastikan wujud harta yang diletakkan atas nama pasangan. Sekiranya harta tersebut telah diletakkan atas nama sendiri (penuntut), maka tidak perlu buat tuntutan.

Kedua, dapatkan salinan bukti pemilikan aset-aset yang hendak dituntut.

  • Sekiranya tuan puan menuntut hartanah, tuan puan mestilah mempunyai geran tanah.
  • Sekiranya tuan puan menuntut saham syarikat, tuan puan perlu ada dokumen berkenaan.
  • …..dan seterusnya

Ketiga, sediakan resit-resit dan rekod pembayaran atau sumbangan tuan puan kepada pasangan.

  • Sekiranya ada menyumbang wang melalui bank, sila dapatkan statmen tersebut daripada bank.
  • … dan seterusnya.

Keempat, buat temujanji dengan peguam syarii untuk dapatkan khidmat mereka kerana hal ini dituntut di Mahkamah Timggi Syariah bukan di Mahkamah Tinggi Sivil.

Keempat, serahkan dokumen-dokumen yang berkaitan kepada peguam untuk membolehkan tuntutan tersebut dibuat.

Apakah Tindakan Selepas Pelantikan Peguam?

Pertama, penyediaan dokumen saman dan pernyataan tuntutan oleh peguam.

Kedua, peguam akan memfailkan saman dan pernyataan di Mahkamah Tinggi Syariah di negeri masing-masing.

Ketiga, perundingan penyelesaian (sulh) diadakan antara pihak-pihak terbabit. Jika gagal berlaku persetujuan, kes ini akan melalui proses berbicaraan di Mahkamah.

Keempat, mahkamah akan menetapkan tarikh sebutan.

Kelima, saman dan pernyataan tuntutan akan diserahkan kepada pasangan yang dituntut. Jika berlaku kematian, saman tersebut diserahkan kepada waris-waris yang terbabit.

Keenam, jika pasangan atau waris melantik peguam, maka mereka akan membela diri dengan memasukkan dokumen pembelaan.

Ketujuh, mahkamah akan menetapkan tarikh perbicaraan.

Apakah Yang Perlu Dibawa Ketika Perbicaraan?

Pertama, kad pengenalan asal.

Kedua, dokumen-dokumen asal.

Ketiga, dua orang saksi atau lebih.

Apakah Perkara Yang Paling Penting Dalam Tuntutan?

Perkara yang paling penting dalam tuntutan harta sepencarian ialah bukti. Ini kerana pihak mahkamah akana membuat penilaian berdasarkan bukti yang wujud. Pihak mahkamah adalah pihak yang berkecuali dan menilai berdasarkan hujahan yang dikemukakan.

Apakah Persediaan Pasangan Yang Mempunyai Harta Sepencarian?

Bukti adalah perkara yang penting. Antara bukti yang diterima oleh mahkamah ialah dokumen deklarasi harta sepencarian antara pasangan.

Penutup

Untuk pengetahuan tuan puan, Wasiyyah Shoppe Berhad ada menyediakan dokumen tersebut. Hal ini memudahkan perbicaraan tentang harta sepencarian dan tidak mengambil masa dan kos yang banyak.

Alhamdulillah, berakhirlah sedikit perkongsian berkaitan dengan prosedur harta sepencarian. Maklumat di atas adalah nota yang saya buat berdasarkan pembacaan buku Harta Sepencarian oleh Tuan Tarmizi selaku pihak yang berkecimpung dalam bidang undang-undang sivil dan syariah. Jika tuan puan ingin dapatkan dokumen deklarasi harta sepencarian, tuan puan boleh hubungi Abu Nuha (+6014-5241281).

Langgan Informasi

Jom langgan informasi tentang pewarisan dan solusi pusaka terkini secara percuma.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Perlukan Solusi?