fbpx

Siapakah Pewaris Faraid Dalam Kalangan Lelaki?

Saya Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2022. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh. InsyaAllah, saya boleh bantu tuan puan berkaitan dengan pewarisan.

Siapakah Pewaris Lelaki Secara Terperinci 15 Orang?

  1. Anak lelaki.
  2. Cucu lelaki dari anak lelaki, walaupun turun ke bawah.
  3. Bapa.
  4. Datuk dari pihak bapa, walaupun naik ke atas melalui lelaki sahaja.
  5. Saudara lelaki seibu sebapa.
  6. Saudara lelaki sebapa.
  7. Saudara lelaki seibu.
  8. Anak saudara lelaki seibu sebapa, walaupun turun ke bawah.
  9. Anak saudara lelaki sebapa, walaupun turun ke bawah.
  10. Bapa saudara lelaki seibu sebapa, walaupun naik ke atas.
  11. Bapa saudara lelaki sebapa, walaupun naik ke atas.
  12. Anak bapa saudara lelaki seibu sebapa, walaupun turun ke bawah.
  13. Anak bapa saudara lelaki sebapa, walaupun turun ke bawah.
  14. Suami.
  15. Pembebas (orang yang membebaskan hamba).

Pewaris lelaki ini diringkaskan oleh penulis rahbiah dengan kata-katanya:

والوارثون من الرجالِ عَشرة … أَسماؤهم معروفة مشتهرَة
Pewaris lelaki ada sepuluh,
Nama-nama mereka diketahui umum,

الابن وابن الابنِ مهمَا نَزَلا … والأب والجَدّ لَه وَإِن علا
Anak lelaki dan cucu lelaki, walau bagaimana mereka turun,
Bapa dan datuk, walau bagaimana mereka naik,

والأخ من أي الجهات كانا … قد أنزلَ اللَّه به القرآنا
Saudara lelaki dari mana-mana pihak,
Disebut dalam Al-Quran,

وابن الأخ المدلي إِليه بالأبِ … فاسمع مقالا ليس بالمكَذَّب
Anak saudara dari pihak bapa,
Dengarkanlah kata-kata yang benar,

والعَم وابنُ العَمِّ من أَبيه فاشكر … لذي الإيجاز والتنبيه
Bapa saudara dan anak bapa saudara dari pihak bapa,
Bersyukurlah kepada yang memberi penjelasan,

والزوج والمعتق ذو الوَلاء … فجملة الذُّكور هَؤلاء
Suami dan pembebas dengan hak kesetiaan,
Inilah keseluruhan lelaki yang mewarisi.

Siapakah Yang Mewarisi Oleh Lelaki Apabila Berkumpul?

Siapa yang mewarisi dari lelaki apabila berkumpul? Apabila para pewaris lelaki berkumpul, tiga orang yang mewarisi iaitu:

  1. Anak lelaki.
  2. Bapa.
  3. Suami.

Selain mereka, yang lain dihalang. Datuk dihalang oleh bapa, dan yang lain dihalang oleh bapa dan anak lelaki.

Apakah Yang Diterima Oleh Lelaki Apabila Berseorangan?

Apa yang diterima oleh lelaki apabila berseorangan:

Jika suami berseorangan, dia tidak mendapat lebih dari bahagiannya sebagai suami, iaitu separuh. Jika saudara lelaki seibu berseorangan, dia akan mengambil semua harta sebagai bahagian dan pulangan. Jika mana-mana yang lain dalam kalangan pewaris lelaki ketika berseorangan, mereka mengambil semua harta warisan tersebut.

Penutup

Alhamdulillah, selesai juga perkongsian berkaitan dengan pewaris dalam kalangan lelaki yang saya rujuk daripada Kitab Faraid oleh Syeikh Abdul Karim. Tuan puan boleh rujuk di sini untuk bacaan asal. Semoga bermanfaat.

Langgan Informasi

Jom langgan informasi tentang pewarisan dan solusi pusaka terkini secara percuma.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Perlukan Solusi?