fbpx

Kepentingan “Execution” Dalam Perancangan Harta

Saya Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2022. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh bantu tuan puan berkaitan dengan pewarisan.

Akhir-akhir ini ramai yang sedar tentang kepentingan perancangan harta. Namun begitu, ramai yang berusaha untuk mencari yang murah untuk memenuhi hasrat tersebut. Maka timbullah pelbagai cara diusahakan walhal dokumen tersebut tidak dapat dilaksanakan.

Apa Itu “Execution” Dalam Perancangan Harta?

Execution dalam konteks perwarisan merujuk kepada pelaksanaan perancangan yang dibuat semasa hidup. Ia melibatkan proses pembahagian harta kepada waris mengikut dokumen yang disediakan, seperti wasiat atau hibah, serta mematuhi undang-undang dan peraturan berkaitan.

Aspek ini sangat penting kerana dokumen perancangan sahaja tidak mencukupi. Tanpa pelaksanaan yang betul, harta pusaka mungkin tidak dapat diagihkan seperti yang diinginkan, yang boleh menyebabkan pertikaian dalam kalangan waris atau keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada perancangan asal.

Proses pelaksanaan perlu dijalankan dengan teliti untuk memastikan perancangan dapat dilaksanakan dengan baik. Ini termasuk memastikan semua dokumen adalah sah dan mematuhi syarat-syarat undang-undang. Konsultasi yang tepat dan jelas dari penyedia perkhidmatan juga penting untuk mengelakkan kekeliruan atau masalah di kemudian hari.

Dalam banyak kes, kekeliruan ini boleh menyebabkan dokumen yang disediakan dibatalkan oleh mahkamah, seperti dalam kes hibah yang tidak sah.

Secara keseluruhannya, menyediakan dokumen perwarisan hanyalah 30% daripada proses perancangan harta. Sebahagian besar, 70%, terletak pada pelaksanaan yang memastikan perancangan tersebut dapat dilaksanakan dengan baik. Oleh itu, penekanan harus diberikan bukan sahaja kepada perancangan, tetapi juga kepada pelaksanaan untuk memastikan harta pusaka dapat diwariskan kepada penerima yang sah tanpa sebarang masalah.

Kesimpulan

Kita perlu memastikan perancangan harta yang dilakukan dapat dilaksanakan dengan betul. Ramai yang berpandangan bahawa menyediakan dokumen sudah memadai. Padahal dokumen tersebut bertindak sebagai bukti dalam perancangan harta dan selebihnya ialah pelaksaan selepas itu. Apa guna dokumen disediakan tetapi tidak sah dari segi syarak mahupun undang-undang. Akhirnya usaha yang dilakukan sia-sia sahaja.

Penutup

Alhamdulillah, Wasiyyah Shoppe Berhad telah membuktikan bahawa dokumen yang disediakan dapat dilaksanakan dengan baik. Terdapat ratusan kes hibah dapat pengesahan daripada Mahkamah Syariah tanpa gagal (setakat ini). Begitu juga, dokumen-dokumen lain. Jika tuan puan ingin dapatkan solusi bagi perancangan harta, maka tuan puan boleh hubungi Abu Nuha (+6014-5241281).

Langgan Informasi

Jom langgan informasi tentang pewarisan dan solusi pusaka terkini secara percuma.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Perlukan Solusi?