fbpx

Penjelasan: Isu Harta Yang Dipinjam Nama

Saya Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2022. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh bantu tuan puan berkaitan dengan pewarisan harta.

Persoalan

Kebelakangan ini ramai yang membuat pembelian rumah, kereta, motor dan sebagainya di atas nama orang lain di atas beberapa sebab yang menyebabkan mereka berbuat demikian. Namun, ramai yang terlepas pandang sekiranya berlaku kematian ke atas pemilik harta atau yang dipinjam nama.

Apakah penjelasan berkenaan hal ini?

Penjelasan Ringkas

Pertama sekali kita kena jelas dari segi pemilikan bahawa hak milik tetap menjadi hak milik kepada pemilik asal walaupun harta tersebut didaftarkan atas nama orang lain. Sekiranya berlaku kematian ke atas pemilik harta, yang dipinjam nama (pemegang amanah) perlu menyerahkan kepada waris-waris untuk urusan pusaka. Begitu juga jika berlaku kematian terhadap yang dipinjam nama, maka proses pusaka perlu dilalui dan diserahkan kepada pemilik asal harta tersebut.

Penjelasan Terperinci

Situasi di mana individu terpaksa “meminjam nama” orang lain untuk mendaftarkan sesuatu aset, seperti hartanah, disebabkan oleh sekatan-sekatan tertentu, seperti undang-undang atau peraturan yang menghalang pemilikan terus oleh pemilik asal. Contoh sekatan ini termasuk undang-undang yang melarang pemilikan oleh bukan bumiputera di Kelantan atau sekatan ke atas pembelian tanah oleh individu yang bukan anak negeri dan sebagainya.

Namun, meminjam nama orang lain bukan sahaja melibatkan pendaftaran aset atas nama pihak ketiga, tetapi perlunya ada langkah selanjutnya untuk menjamin hak milik pemilik asal. Untuk melindungi hak pihak yang sebenar memiliki aset tersebut, langkah tambahan biasanya diambil, seperti:

  1. Unrevocable Assignment (Pemindahan Hak Yang Tidak Boleh Ditarik Balik): Dokumen ini mengikat kedua-dua pihak di mana pihak yang namanya dipinjam tidak boleh menuntut atau mengambil balik hak ke atas aset tersebut pada masa hadapan. Ia memastikan bahawa hak sebenar terletak pada pihak yang “meminjam” nama.
  2. Statutory Declaration (Akuan Berkanun): Satu dokumen rasmi yang disahkan oleh pihak berkuasa undang-undang, di mana pihak yang namanya dipinjam membuat pengakuan secara rasmi bahawa aset tersebut sebenarnya milik orang lain dan mereka hanya memegang nama secara sementara atau atas sebab tertentu.
  3. Dokumen-dokumen lain: Mungkin terdapat dokumen sokongan tambahan seperti perjanjian antara kedua-dua pihak yang memperincikan syarat dan tanggungjawab setiap pihak untuk melindungi kepentingan pemilik sebenar.

Seterusnya, jika seseorang yang namanya dipinjam meninggal dunia, aset yang didaftarkan atas nama mereka akan secara automatik dianggap sebagai sebahagian daripada harta pusaka mereka, dan ia perlu melalui proses pembahagian pusaka, walaupun hakikatnya aset tersebut sebenarnya dimiliki oleh orang lain.

Walaupun terdapat unrevocable assignment atau akuan berkanun yang mengisytiharkan bahawa aset tersebut bukan milik si mati, proses pusaka tetap perlu dilalui, kerana secara rasmi dan undang-undang, aset tersebut masih didaftarkan atas nama si mati.

Dalam kes seperti ini, langkah berikut mungkin diperlukan:

  1. Pengesahan dan Dokumen Sokongan: Dokumen seperti unrevocable assignment atau statutory declaration boleh digunakan sebagai bukti di Mahkamah Syariah (untuk pusaka orang Islam) atau Mahkamah Sivil untuk menunjukkan bahawa aset tersebut sebenarnya bukan milik si mati, tetapi hanya didaftarkan atas namanya.
  2. Persetujuan Waris: Waris-waris si mati perlu memberikan persetujuan dan pengakuan bahawa aset tersebut bukan sebahagian daripada harta pusaka si mati, berdasarkan dokumen sokongan yang disediakan.
  3. Pengesahan Mahkamah: Dalam banyak kes, Mahkamah mungkin perlu mengesahkan pengaturan ini sebelum aset tersebut boleh dipindahkan kepada pemilik sebenar.

Jika langkah-langkah dokumentasi tidak diambil dengan betul dari awal, proses ini boleh menjadi rumit dan memakan masa, kerana waris si mati mungkin mempunyai hak untuk mencabar pemilikan aset tersebut.

Oleh itu, amat penting untuk memastikan dokumen yang tepat dan sah seperti unrevocable assignment atau akuan berkanun dikemukakan dan disahkan secara undang-undang semasa proses perjanjian meminjam nama, untuk mengelakkan masalah di masa hadapan.

Penutup

Untuk maklumat lanjut untuk cara lain yang boleh dibantu oleh Abu Nuha, maka tuan puan boleh hubungi (+6014-5241281). Insya Allah Abu Nuha boleh terangkan langkah yang sepatutnya diambil untuk mengelakkan masalah pengurusan pusaka. Allahu A’lam.

Langgan Informasi

Jom langgan informasi tentang pewarisan dan solusi pusaka terkini secara percuma.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Perlukan Solusi?