fbpx

Kepentingan Lantikan Wasi Dalam Wasiat

Saya, Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2022. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh bantu tuan puan berkaitan dengan pewarisan harta.

Apakah Yang Dimaksudkan Wasi?

Wasi ialah individu atau organisasi yang dilantik di dalam wasiat untuk menguruskan harta pusaka serta melaksanakan hasrat dan arahan pewasiat. Oleh itu, perlantikan wasi dalam wasiat orang islam dirujuk sebagai “wisoyah” iaitu perlantikan wasi sebagai pentadbir bagi harta pewasiat selepas kematian pewasiat.

Apakah Kesan Pelantikan Wasi Dalam Wasiat?

Apabila seseorang wasi telah dilantik oleh pewasiat, maka waris-waris tiada hak untuk menentukan pentadbir dan pemegang amanah bagi harta simati. Secara mandatorinya waris-waris perlu akur dengan klausa wisoyah di dalam sesuatu wasiat selagi tidak bercanggah dengan syariat.

Sebagai contoh, wasiat kepada waris. Dalam situasi ini, wasiat kepada waris terbatal. Namun jika waris ingin laksanakan sepertimana diwasiatkan, maka ketika ini waris-waris menggunakan kaedah takharruj yang mana waris yang dapat banyak melepaskan hak dan diberikan kepada waris yang dapat sedikit.

Siapakah Yang Boleh Menjadi Wasi?

Pewasiat boleh melantik individu atau organisasi sebagai wasi. Lantikan wasi individu terdedah dengan risiko kematian wasi sebelum pewasiat, keenganan menjadi wasi atau ketidakmampuan bertindak sebagai wasi. Oleh itu, lantikan organisasi sebagai wasi boleh mengatasi masalah di atas.

Wasiyyah Shoppe Berhad mengambil pendekatan mengabungkan kedua-dua lantikan wasi. Ini lebih praktikal yang mana boleh menjimatkan kos perancangan harta. Sekiranya berlaku ketidakmampuan wasi individu, maka Wasiyyah Shoppe Berhad bertindak sebagai wasi.

Dokumen lantikan wasi di Wasiyyah Shoppe Berhad bernilai RM300 sahaja.

Apakah Tugas Wasi?

Tugas wasi adalah berat. Antara tugas wasi ialah:

Pertama, wasi yang dilantik akan bertanggungjawab untuk melaksanakan arahan dalam wasiat.

Kedua, wasi akan memastikan sekiranya ada waris di bawah umur, kepentingan mereka terjaga.

Ketiga, wasi bertanggungjawab dalam proses pengagihan harta simati, pembayaran hutang, pemulangan barangan pinjaman, menjaga kebajikan ahli waris dan menunaikan lain-lain hasrat pewasiat.

Bagaimana Proses Pengesahan Wasi?

Urusan pentadbiran wasiat adalah tertakluk di bawah Akta Probet Dan Pentadbiran 1959 dimana Akta ini memberi kuasa kepada Mahkamah Tinggi untuk mengeluarkan surat kuasa mentadbir wasiat atau dikenali sebagai Geran Probet. Geran Probet ini lah yang mengesahkan perlantikan wasi yang akan mentadbir segala aset pusaka si mati bagi kes kematian berwasiat iaitu si mati yang meninggalkan wasiat wisoyah.

Namun begitu, jika pengurusan pusaka dibuat di Pejabat Pusaka Kecil, pelantikan wasi tidak digunakan kerana PPK hanya mengeluarkan surat kuasa mentadbir sahaja. Oleh itu, untuk mendapatkan kuasa sebagai wasi, pengurusan pusaka perlu dibuat di Mahkamah Tinggi Sivil.

Apakah Kelebihan Geran Probet Berbanding Surat Kuasa Mentadbir?

Antara kelebihan lantikan wasi ialah segala proses pencairan dan pengagihan harta pusaka akan menjadi lebih cepat kerana:

Pertama, wasi tidak perlu mengemukakan surat penolakan waris dalam permohonan probet. Bermakna wasi tidak perlu kumpulkan waris simati untuk dapatkan persetujuan waris-waris dan dapatkan afidavit penolakan perlantikan pentadbir daripada waris-waris.

Kedua, memadai bagi wasi untuk mengemukakan sijil mati, wasiat simati dan afidavit penyaksian wasiat oleh saksi-saksi yang menyaksikan wasiat tersebut.

Di sinilah dapat dilihat kepentingan dan kelebihan perlantikan wasi dalam wasiat orang islam. Secara amnya, masyarakat Islam masih tidak mendapat kefahaman yang jelas tentang kepentingan wisoyah dalam wasiat. Sebab itu banyak kes kematian yang tidak berwasiat akan melalui proses yang panjang untuk mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir (LA) samada di Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi (ikut nilaian aset harta pusaka).

Masalah bertambah merumitkan jika tiada kesepakatan oleh waris-waris untuk bersetuju menentukan siapa pentadbir harta simati. Dan isu yang paling penting ialah kos-kos yang perlu ditanggung oleh waris dalam urusan pencairan dan pengurusan harta pusaka!

Apakah Solusi Untuk Lantikan Wasi?

Tuan puan, kita ada beberapa pilihan untuk lantikan wasi:

Pertama, tuan puan membuat pembayaran RM300 untuk dokumen tersebut.

Kedua, tuan puan boleh dapatkan secara percuma dengan khairat pusaka. Apa khairat pusaka? (tekan sini)

Penutup

Semoga berkongsian ringkas ini memberi pencerahan kepada pembaca tentang kelebihan lantikan wasi. Nampak macam biasa, tetapi dokumen ini sangatlah berguna untuk pengurusan pusaka. Sediakan payung sebelum hujan.

Segala pertanyaan boleh komen diruangan komen ataupun mesej secara personal (+6014-5241281).

Allahu A’lam.

Langgan Informasi

Jom langgan informasi tentang pewarisan dan solusi pusaka terkini secara percuma.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Perlukan Solusi?