fbpx

Kes Pusaka – Situasi Keenam

Saya, Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2022. Saya merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh bantu tuan puan dalam menjawab persoalan berkaitan pewarisan.

Isi Kandungan

Soalan

Assalamualaikum, arwah ada meninggalkan ibu, anak perempuan, cucu lelaki daripada anak lelaki, saudara lelaki seibu sebapa dan saudara perempuan seibu sebapa.

Ada orang cakap saudara kepada arwah dapat kalau tiada anak lelaki, Betul ke?

Jawapan

Waalaikumussalam, terima kasih bertanya. Kenyataan kata-kata tersebut adalah salah. Cucu lelaki daripada anak lelaki adalah waris. Dia adalah penerima asobah kedua selepas anak lelaki.

  • Ibu dapat 1/6 disebabkan si mati ada anak keturunan dan adik beradik kepada si mati ramai.
  • Anak perempuan dapat 1/2 disebabkan dia seorang dan tiada waris yang mengasobahkannya iaitu anak lelaki.
  • Cucu lelaki daripada anak lelaki dapat asobah yang melayakkannya dapat baki pusaka disebabkan ayahnya (anak lelaki) meninggal terlebih dahulu daripada si mati dan si mati tiada anak lelaki lain yang boleh menghalangnya terima pusaka.

Situasi pusaka adalah kes pusaka tidak patah titi. Patah titi apabila ada anak lelaki lain si mati yang menghalang cucu daripada anak lelaki dapat pusaka.

Setelah dikira, maka isteri 1/6, anak perempuan dapat 3/6 dan cucu lelaki daripada anak lelaki dapat 2/6.

Allahu A’lam.

Langgan Informasi

Jom langgan informasi tentang pewarisan dan solusi pusaka terkini secara percuma.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Perlukan Solusi?