fbpx

Kes Pusaka – Situasi Kelima

Saya, Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2022. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh bantu tuan puan persoalan berkaitan pusaka.

Isi Kandungan

Soalan

Assalamualaikum, arwah dan meninggalkan ibu, isteri, 2 orang anak perempuan, seorang saudara lelaki seibu sebapa dan seorang saudara perempuan seibu sebapa.

Harta arwah bernilai RM1 juta.

Berapakah bahagian faraid masing-masing?

Jawapan

Waalaikumussalam, terima kasih bertanya, berikut adalah ringkasan bagi masalah pusaka tadi.

  • Ibu dapat 1/6 disebabkan si mati ada anak dan adik beradik si mati ramai.
  • Isteri dapat 1/8 disebabkan si mati ada anak.
  • Anak perempuan dapat 2/3 disebabkan bilangan mereka lebih daripada satu dan tiada waris yang mengasobahkan iaitu anak lelaki.
  • Saudara lelaki dan perempuan seibu sebapa baki bagi harta melalui asobah dengan nisbah 2:1 iaitu saudara lelaki dapat 2 kali ganda daripada saudara perempuan.

Setelah pengiraan dibuat, isteri dapat 9/72, ibu dapat 12/72, anak perempuan dapat 24/72 setiap seorang, saudara lelaki dapt 2/72 dan saudara perempuan dapat 1/72.

Jadi kita boleh lihat bahawa bahagian adik-beradik arwah tidaklah banyak. Ramai di luar sana takut harta dapat dekat adik beradik, padahal nisab pecahan yang diperolehi tidak banyak.

Allahu A’lam.

Langgan Informasi

Jom langgan informasi tentang pewarisan dan solusi pusaka terkini secara percuma.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Perlukan Solusi?