Saya, Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2022. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh bantu tuan puan berkaitan dengan pewarisan.
Isi Kandungan
Pendahuluan
Perkongsian kali ini berkaitan dengan perceraian di luar mahkamah yang mana ada kaitan dengan pengurusan harta pusaka. Ramai di luar sana ambil mudah berkaitan hal ini apabila perceraian yang berlaku tidak difailkan atau direkodkan di pejabat agama. Impak daripada hal ini memberi kesan kepada pengurusan harta pusaka kelak. Antara kesannya ialah:
Pertama, menyukarkan pengurusan pusaka.
Apabila berlaku kematian, proses mencairkan harta pusaka bagi harta yang berdaftar adalah dengan membuat permohonan Surat Kuasa Mentadbir atau Geran Probet disalah satu tempat; Amanah Raya, Pejabat Pusaka Kecil ataupun Mahkamah Tinggi Sivil. Sebelum memohon, tuan puan perlu melengkapkan dokumen yang diperlukan.
Salah satunya dokumen penting adalah maklumat waris termasuklah pasangan. Bagi pasangan yang tidak berkahwin, maka tiada masalah. Tetapi jika si mati telah berkahwin dan mempunyai anak. Sudah pasti sijil nikah diperlukan untuk keesahan sebagai waris dan begitu juga pembatalan sijil nikah bagi yang bercerai.
Perceraian luar mahkamah menyebabkan bekas isteri/suami masih dikira isteri dari segi undang-undang. Oleh itu, pengesahan perceraian diperlukan untuk melengkapkan dokumen urusan pusaka bagi mengeluarkan bekas isteri/suami sebagai waris. Agaknya adakah urusan tersebut semudah ABC?
Sudah pasti naik turun pejabat terpaksa dilakukan. Itupun jika bekas isteri/suami memberi kerjasama dengan baik. Bagaimana pula jika sebaliknya?
Kedua, pasangan boleh termakan harta batil.
Seperti yang saya bagitahu di atas, apabila pasangan bercerai luar mahkamah dan tiada pengesahan selepas itu, dari segi syariat, mereka bukan lagi pasangan suami isteri. Namun di dalam undang-undang, mereka dianggap suami isteri. Maka hal tersebut membolehkan mereka boleh menuntut hak sebagai pasangan walaupun hakikatnya mereka tidak layak.
Hal ini benar-benar terjadi di dalam masyarakat kita. Saya pernah beberapa kali menemui kes sebegini yang mana berlaku perceraian tapi tidak melalui proses yang betul, lalu isteri/suami tersebut membuat tuntutan faraid walaupun perkara itu salah. Punca utama adalah kejahilan pasangan ataupun juga sifat tamak yang tidak kira halal haram.
Jika tuan puan melalui situasi ini, maka saya ingatkan supaya mendaftar perceraian dengan cara yang betul supaya pasangan tidak mengambil hak waris lain. Makan hak orang lain haram hukumnya.
Ketiga, kekeliruan penasaban anak-anak dan hal berkaitan dengannya.
Seringkali berlaku perceraian di luar mahkamah dan tidak membuat pengesahan, pasangan tersebut ambil jalan “buat tak tahu” tentang hukum hakam talak. Bahkan pernah dijumpai pasangan yang diceraikan berkali-kali dan melebihi talak yang dibenarkan oleh syarak, namun mereka masih meneruskan kehidupan bersama.
Perkara ini sangatlah bersalahan dengan agama yang mana jika berlaku talak bain, wanita tersebut perlu berkahwin lain dan berlaku persetubuhan sesungguhnya. Jika berlaku perceraian perkahwinan kedua dan habis iddah, barulah boleh berkahwin semula dengan suami lama.
Sebaliknya apa yang berlaku ialah mereka hidup sebagai suami isteri walaupun hakikatnya mereka bukan suami isteri. Perzinaan berlaku, anak-anak yang lahir daripada hubungan tersebut bagaimana? Hal ini menimbulkan kekeliruan kepada anak-anak. Bahkan juga mengelirukan jika ayah tersebut sebagai wali nikah. Adakah sah perkahwinan anak? Bagaimana pula pewarisan, layakkah dapat pusaka? dan sebagainya.
Allahu A’lam.
Penutup
Itulah sedikit percerahan saya setakat ini berkaitan dengan kesan perceraian luar mahkamah yang tidak direkodkan. Insya Allah, penambahan poin yang lain akan dilakukan kemudian hari. Semoga apa yang dikongsikan memberikan satu pencerahan kepada tuan puan. Sekiranya tuan puan berhajat kepada perancangan harta, maka bolehlah hubungi Abu Nuha (+6014-5241281).