fbpx

Siapakah Waris Faraid Dalam Kalangan Perempuan?

Saya Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2022. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh bantu tuan puan berkaitan dengan pewarisan.

Siapakah Pewaris Wanita Secara Terperinci?

  1. Anak perempuan.
  2. Cucu perempuan dari anak lelaki, walaupun turun ke bawah.
  3. Ibu.
  4. Isteri.
  5. Nenek dari pihak ibu.
  6. Nenek dari pihak bapa.
  7. Pembebas (wanita yang membebaskan hamba).
  8. Saudara perempuan seibu sebapa.
  9. Saudara perempuan sebapa.
  10. Saudara perempuan seibu.

Pewaris wanita ini diringkaskan oleh penulis rahbiah dengan kata-katanya:

والوارِثات من النساءِ سبع … لم يعطِ أنثى غيرهن الشرع
Pewaris wanita ada tujuh,
Tidak diberikan hak waris kepada selain mereka oleh syariat,

بنتٌ وبنْتُ ابن وأُمٌّ مُشفقَة … وَزَوجَةٌ وَجَدَّةٌ ومُعتِقَةْ
Anak perempuan dan cucu perempuan dari anak lelaki dan ibu yang penyayang,
Isteri, nenek, dan pembebas hamba,

والأختُ من أيِّ الجهَات كانت … فَهَذه عدَّتهُنَّ بانَت
Saudara perempuan dari mana-mana pihak,
Inilah jumlah mereka yang diketahui.

Siapakah yang Mewarisi Daripada Wanita Apabila Berkumpul?

Siapa yang mewarisi dari wanita apabila berkumpul? Apabila para pewaris wanita berkumpul, lima orang yang mewarisi iaitu:

  1. Anak perempuan.
  2. Cucu perempuan dari anak lelaki.
  3. Ibu.
  4. Isteri.
  5. Saudara perempuan seibu sebapa.

Selain mereka, yang lain dihalang. Nenek dihalang oleh ibu, saudara perempuan seibu dihalang oleh anak perempuan dan cucu perempuan dari anak lelaki, saudara perempuan sebapa dihalang oleh saudara perempuan seibu sebapa, dan pembebas dihalang oleh saudara perempuan seibu sebapa dan saudara perempuan sebapa.

Apakah yang Diterima oleh Wanita Apabila Berseorangan?

Apa yang diterima oleh wanita apabila berseorangan: Jika isteri berseorangan, dia tidak mendapat lebih dari bahagiannya sebagai isteri, iaitu satu perempat. Jika pembebas hamba berseorangan, dia akan mengambil semua harta sebagai warisan. Jika mana-mana yang lain dari wanita berseorangan, mereka mengambil semua harta sebagai bahagian dan pulangan (radd).

Nota: Isu pusaka dalam masalah radd di Malaysia tidak diamalkan kerana baki tersebut diberi kepada baitulmal sebagai penerima asobah.

Siapakah yang Mewarisi Daripada Lelaki dan Wanita Apabila Berkumpul?

Siapa yang mewarisi dari lelaki dan wanita apabila berkumpul? Apabila mereka yang boleh berkumpul dari pewaris lelaki dan wanita berkumpul, lima orang yang mewarisi iaitu:

  1. Ibu bapa: bapa dan ibu.
  2. Anak-anak: anak lelaki dan anak perempuan.
  3. Salah satu pasangan: suami atau isteri.

Selain mereka, yang lain dihalang. Datuk dihalang oleh bapa, nenek dihalang oleh ibu, anak-anak dari anak lelaki dihalang oleh anak lelaki, dan yang lain dihalang oleh anak lelaki dan bapa.

Penutup

Alhamdulillah, selesai juga perkongsian berkaitan dengan pewaris dalam kalangan perempuan yang saya rujuk daripada Kitab Faraid oleh Syeikh Abdul Karim. Tuan puan boleh rujuk di sini untuk bacaan asal. Semoga bermanfaat.

Langgan Informasi

Jom langgan informasi tentang pewarisan dan solusi pusaka terkini secara percuma.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Perlukan Solusi?