Saya Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2022. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh bantu tuan puan berkaitan dengan pewarisan.
Kali ini saya ingin berkongsi maklumat yang saya dapat daripada Puan Nor Zazilah yang diambil daripada Viana Marketing Agency. Disebabkan ia menarik untuk dikongsi, maka saya masukkan ke dalam website solusi pusaka bagi menjelaskan sekiranya hartanah tersebut menjadi pusaka.
Isi kandungan
Jenis-Jenis Geran
NT = Native Title
- Tanah yang diiktiraf khusus untuk peribumi Sabah.
- Hak milik kekal.
- Hanya boleh dimiliki oleh peribumi Sabah.
FR = Field Register
- Rekod tanah yang diiktiraf sebagai hak milik kekal.
- Biasanya melibatkan tanah pertanian atau tanah luar bandar.
- Hanya boleh dimiliki oleh peribumi Sabah.
TL = Town Lease
- Pajakan tanah bandar.
- Boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja tanpa mengira status peribumi Sabah.
- Pajakan untuk tempoh tertentu, biasanya 99 tahun.
CL = Country Lease
- Pajakan tanah luar bandar.
- Boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja tanpa mengira status peribumi Sabah.
- Pajakan untuk tempoh tertentu, biasanya 99 tahun.
PL = Provisional Lease
- Pajakan sementara sebelum diberikan status hak milik yang tetap.
- Boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja tanpa mengira status peribumi Sabah.
- Tempoh pajakan sementara dan perlu memenuhi syarat-syarat tertentu sebelum menjadi lease tetap.
Hak Milik Kekal (Freehold)
- Native Titles (N.T.)
- Hak milik kekal.
- Hanya boleh dimiliki oleh peribumi Sabah.
- Field Registers (F.R.)
- Hak milik kekal.
- Hanya boleh dimiliki oleh peribumi Sabah.
Hak Milik Pajakan (Leasehold)
- Town Lease (T.L.)
- Pajakan, tempoh biasanya 99 tahun.
- Boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, termasuk bukan peribumi Sabah.
- Country Lease (C.L.)
- Pajakan, tempoh biasanya 99 tahun.
- Boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, termasuk bukan peribumi Sabah.
- Provisional Lease (P.L.)
- Pajakan sementara sebelum menjadi tetap.
- Boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, termasuk bukan peribumi Sabah.
Kesimpulan
Sekiranya pemilik hartanah ingin hibahkan atau menurunkan milik kepada waris, perlu meneliti status geran tanah tersebut:
- Untuk Native Titles (NT) dan Field Registers (FR): Hanya boleh diwariskan kepada waris yang merupakan peribumi Sabah.
- Untuk Town Lease (TL), Country Lease (CL), dan Provisional Lease (PL): Boleh diwariskan kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira status peribumi Sabah.
Dengan memahami jenis-jenis geran tanah ini, pemilik hartanah dapat memastikan proses pewarisan atau hibah dilakukan mengikut undang-undang yang berkenaan, terutama jika penerima bukan merupakan peribumi Sabah.
Alhamdulillah, terima kasih kepada Viana Marketing Agency yang sudi berkongsi maklumat ini kepada kita semua. Semoga bermanfaat. Sekiranya tuan puan ada hasrat perancangan harta, tuan puan boleh hubungi Abu Nuha (+6014-5241281) untuk khidmat nasihat percuma.