Saya Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2022. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh bantu tuan puan berkaitan dengan pewarisan.
Isi Kandungan
Penjelasan: Isu Pengurusan Pusaka
Isu pusaka melibatkan anak bawah umur sering menjadi tanda tanya di dalam masyarakat kita. Banyak kes yang terjadi apabila ibu ayah meninggal pada usia muda.
Anak-anak yang ditinggalkan apakah nasib mereka? Makan minum, pendidikan, pengurusan harta pusaka ibu ayah mereka dan lain-lain.
Di dalam ruangan ini menjelaskan sedikit sebanyak tentang urusan pusaka dan informasi ini tidak jauh dari perkongsian daripada mereka yang telah berkecimpung dalam pengurusan harta pusaka.
Seperti yang tuan puan tahu bahawa harta terbahagi kepada 2 jenis iaitu harta alih dan harta tak alih:
- Harta alih ialah harta yang boleh dipindahkan seperti duit tunai, kereta, saham, emas dan sebagainya.
- Harta tak alih merujuk kepada hartanah termasuk rumah, kondominium, tanah kebun dan sebagainya.
Pertama, Jenis Harta Alih.
Jika perbicaraan berlaku di Pejabat Pusaka Kecil, makanya seperti duit hasil penjualan rumah di atas, maka bahagian yang sepatutnya diwarisi oleh anak bawah umur ini akan diarahkan untuk diserahkan kepada Amanah Raya sehingga anak tersebut berumur 18 tahun.
Jika perbicaraan berlaku di Makhamah Tinggi Sivil makanya sama juga seperti duit jualan rumah di atas, diserahkan kepada wasi/pentadbir sama ada wasi/pentadbir ini individu atau syarikat amanah.
Kalau wasi individu seleweng duit-duit macam mana? Dia boleh dikenakan tindakan undang-undang dan boleh dikenakan CBT (criminal breach of trust) dan boleh dipenjarakan.
Tahukan anda bahawa wasi/pentadbir ini tidak semestinya pihak yang akan mendapat hak penjagaan ke atas anak-anak anda!
Hak penjagaan untuk anak-anak bawah 18 tahun adalah satu perkara lain. Wasi/Pentadbir ini hanya bertindak tolong jaga dan menguruskan duit anak-anak anda sahaja.
Sehubungan dengan itu, antara kesilapan besar orang Islam Malaysia bila mana dia meletakkan nama anak dia sebagai penama di dalam akaun KWSP, Tabung Haji, Unit trust dan sebagainya. Oleh kerana impak yang negatif, tindakan terkini organisasi terbabit tidak benarkan penamaan kepada anak bawah umur.
Akta Pentadbiran Undang-undang Islam 1993 seperti mana yang diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, penama untuk orang Islam hanyalah sebagai pentadbir, pembahagian wajib mengikut kepada hukum Syara’ iaitu Faraid.
Apa kesannya letak anak bawah 18 tahun sebagai penama? Anak ini tidak akan dapat mengeluarkan duit itu. Anak itu tidak akan dapat memanfaatkan duit peninggalan arwah sehinggalah berumur 18 tahun baru boleh dikeluarkan duit tersebut.
Selepas anak berumur 18 tahun, urusan kembali seperti asal di mana memerlukan Surat Kuasa Mentadbir dan lain-lain melalui pembicaraan semula. Hal ini amatlah rumit yang memakan kos dan masa.
Kedua, Jenis Harta Tak Alih.
Jika arwah meninggal dunia dalam keadaan ada waris-waris yang masih di bawah umur, dan arwah sendiri tidak pernah ada apa-apa perancangan pembahagian harta dia sebagai contoh dihibahkan rumah kepada isteri, maka nama anak-anak juga akan termasuk sekali di dalam geran sebagai pemilik yang baru.
Namun, masalah yang timbul adalah sekiranya anak di bawah umur 18 tahun.
Jika perbicaraan pusaka diuruskan oleh isteri sama ada di Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil (bergantung kepada nilai pusaka) maka apa yang pihak Pejabat Pusaka Kecil/Makhamah Tinggi Sivil akan berikan hanyalah Surat Kuasa Pentadbir/Probate/L.A sahaja.
Anak-anak bawah tidak akan berikan Perintah Pembahagian/Distribution Order yang menyatakan nama pemilik baru dan bahagian pemilikan di dalam geran tanah disebabkan undang-undang Kanun Tanah Negara membenarkan nama dimasukkan ke dalam geran setelah 18 tahun.
Tahukan tuan puan bahawa secara statistik 50%-70% aset milik umat Islam Malaysia adalah hartanah.
Di dalam Surat Kuasa Pentadbir itu akan dinyatakan bahawa isteri sebagai contohnya akan menjadi pemegang amanah untuk hak anak-anak bawah umur ke atas hartanah tersebut.
Implikasinya, katakanlah ada 5 orang anak bawah umur, setiap kali antara mereka naik 18 tahun maka akan perlu diulang perbicaraan. Anak yang sudah 18 tahun ini nanti boleh menyatakan sama ada dia nak melepaskan hak dia ke atas rumah kepada ibunya atau dia mahukan hak dia untuk rumah itu. Proses in perlu diulang sebanyak 5 kali untuk setiap anak.
Jika pada peringkat awal isteri yang menguruskan hal pusaka ini menyatakan hendak dijual rumah tersebut, maka Perintah Penjualan akan dikeluarkan. Isteri akan diberikan kuasa untuk mentadbir urusan jual beli.
Di dalam Perintah yang dikeluarkan ada dinyatakan apabila sudah dapat duit daripada penjualan rumah, maka bahagian anak-anak ke atas duit itu akan diarahkan untuk dihantar kepada Amanah Raya dan akan dipegang oleh mereka sehinggalah anak-anak 18 tahun barulah boleh dikeluarkan oleh anak-anak ini jika perbicaraan semula pusaka berlaku di Pejabat Pusaka Kecil.
Jika perbicaraan pusaka di Mahkamah Tinggi Sivil maka bahagian anak-anak ke atas duit hasil penjualan rumah itu akan dipegang oleh wasi/pentadbir yang telah pernah dilantik oleh arwah. Wasi/Pentadbir ini boleh jadi individu atau syarikat amanah.
Allahu A’lam.
Alhamdulillah, itulah sedikit perkongsian yang dikongsi oleh Tuan Hadi Malek yang merupakan salah seorang perunding pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad. Saya ulang kongsi penulisan beliau disebabkan maklumat yang dikongsi sudah menyeluruh. Cuma, ada sedikit sebanyak penambahbaikkan daripada penulisan beliau. Semoga bermanfaat.