Saya Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2022. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad ibn Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh bantu tuan puan berkaitan dengan pewarisan harta orang Islam.
Arahan Asal Daripapda Kementarian
Terjemahan Teks
Menteri Urusan Islam, Dakwah dan Irsyad telah mengarahkan para khatib masjid di seluruh wilayah Kerajaan untuk memberikan khutbah Jumaat pada tarikh 3/7/1446H yang bertujuan untuk memberi amaran kepada masyarakat tentang bahaya melakukan kezaliman dalam pembahagian harta pusaka dan memakan hak waris, terutamanya golongan lemah seperti wanita, kanak-kanak, dan orang tua.
Intipati Khutbah
Khutbah tersebut akan disampaikan berdasarkan poin-poin berikut:
Pertama, penjelasan tentang ketetapan Allah SWT mengenai hukum faraid.
Allah SWT telah memperincikan hukum pembahagian harta pusaka dalam Al-Quran kerana kepentingannya yang besar. Setiap individu diberikan haknya secara adil.
Allah berfirman setelah menjelaskan hukum-hukum ini:
“Ketetapan daripada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (An-Nisa’: 11).
Kedua, peringatan terhadap penipuan dalam pembahagian pusaka
Amaran keras terhadap sebarang usaha untuk mengambil hak waris secara batil, termasuklah:
Menghapuskan atau mengurangkan hak seseorang waris.
1) Melambat-lambatkan pembahagian harta pusaka dengan tujuan untuk mendapatkan manfaat peribadi.
2) Memaksa waris tertentu, khususnya golongan lemah seperti wanita, kanak-kanak, dan orang tua, untuk melepaskan hak mereka.
Allah berfirman:
“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka memakan api dalam perut mereka dan mereka akan masuk ke dalam neraka yang menyala-nyala.” (An-Nisa’: 10).
Rasulullah SAW juga bersabda:
“Ya Allah, aku memberi peringatan keras terhadap hak dua golongan yang lemah: anak yatim dan wanita.” (Hadis riwayat Abu Hurairah RA).
Ketiga, galakan untuk melindungi hak golongan lemah dalam kalangan waris
Masyarakat diingatkan untuk bekerjasama dalam mencegah kezaliman terhadap hak golongan lemah dalam kalangan waris. Ini termasuk:
1) Menasihati dan mengingatkan pihak yang melakukan kezaliman.
2) Melaporkan kezaliman tersebut kepada pihak berkuasa agar kezaliman dapat dihentikan.
Semoga perkongsian khutbah ini dapat meningkatkan kesedaran umat Islam tentang pentingnya keadilan dalam pembahagian pusaka sesuai dengan syariat.