fbpx

Berapakah Bahagian Faraid Di Dalam Al-Quran?

Saya Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2022. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh. InsyaAllah, saya boleh bantu tuan puan berkaitan dengan pewarisan.

Topik kali ini berkaitan dengan dalil setiap bahagian faraid yang diberikan kepada waris.

Bahagian Faraid Di Dalam Quran Ada Enam

Berikut adalah faraid yang tetap berdasarkan nas:

Satu perdua (1/2).
Satu perempat (1/4).
Satu perlapan (1/8).
Dua pertiga (2/3).
Satu pertiga (1/3).
Satu perenam (1/6).

Dalam Kitab ar-Rahbiyyah dinyatakan:

فالفرض في نص الكتاب ستة … لا فرض في الإرث سواها البتة

Faraid yang dinyatakan dalam Kitab adalah enam … tiada faraid dalam warisan selainnya

نصف وربع ثم نصف الربع … والثلث والسدس بنص الشرع

Satu perdua, satu perempat, kemudian satu perlapan … satu pertiga dan satu perenam berdasarkan nas syarak

والثلثان وهما التمام … فاحفظ فكل حافظ إمام

Dua pertiga yang merupakan sempurna … maka hafalkan, kerana setiap penghafal adalah pemimpin.”

Dalil-dalil Bahagian Faraid

Dalil satu perdua

Firman Allah Taala: {وَلَكُمْ نِصْفُ مَا تَرَكَ أَزْوَاجُكُمْ إِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُنَّ وَلَدٌ} [النساء: ١٢]

Terjemahan: “Dan bagi kamu (suami-suami) separuh daripada harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak.” (Surah an-Nisa: 12)

Dalil satu perempat

Firman Allah Taala: {فَإِنْ كَانَ لَهُنَّ وَلَدٌ فَلَكُمُ الرُّبُعُ مِمَّا تَرَكْنَ} [النساء: ١٢]

Terjemahan: “Maka jika mereka (isteri-isteri) mempunyai anak, maka bagi kamu (suami-suami) satu perempat daripada apa yang mereka tinggalkan.” (Surah an-Nisa: 12)

Firman Allah Taala: {وَلَهُنَّ الرُّبُعُ مِمَّا تَرَكْتُمْ إِنْ لَمْ يَكُنْ لَكُمْ وَلَدٌ} [النساء: ١٢]

Terjemahan: “Dan bagi mereka (isteri-isteri) satu perempat daripada apa yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak.” (Surah an-Nisa: 12)

Dalil satu perlapan

Firman Allah Taala: {فَإِنْ كَانَ لَكُمْ وَلَدٌ فَلَهُنَّ الثُّمُنُ مِمَّا تَرَكْتُمْ} [النساء: ١٢]

Terjemahan: “Maka jika kamu mempunyai anak, maka bagi mereka (isteri-isteri) satu perlapan daripada apa yang kamu tinggalkan.” (Surah an-Nisa: 12)

Dalil dua pertiga

Firman Allah Taala: {فَإِنْ كُنَّ نِسَاءً فَوْقَ اثْنَتَيْنِ فَلَهُنَّ ثُلُثَا مَا تَرَكَ} [النساء: ١١]

Terjemahan: “Maka jika mereka (anak-anak perempuan) lebih daripada dua orang, maka bagi mereka dua pertiga daripada apa yang ditinggalkan.” (Surah an-Nisa: 11)

Dalil satu pertiga

Firman Allah Taala: {فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُ وَلَدٌ وَوَرِثَهُ أَبَوَاهُ فَلِأُمِّهِ الثُّلُثُ} [النساء: ١١]

Terjemahan: “Maka jika dia (si mati) tidak mempunyai anak dan diwarisi oleh ibu bapanya, maka bagi ibunya satu pertiga.” (Surah an-Nisa: 11)

Firman Allah Taala: {فَإِنْ كَانُوا أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ فَهُمْ شُرَكَاءُ فِي الثُّلُثِ} [النساء: ١٢]

Terjemahan: “Maka jika mereka lebih daripada seorang, maka mereka berkongsi dalam satu pertiga.” (Surah an-Nisa: 12)

Dalil satu perenam

Firman Allah Taala: {وَلِأَبَوَيْهِ لِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا السُّدُسُ مِمَّا تَرَكَ إِنْ كَانَ لَهُ وَلَدٌ} [النساء: ١١]
Terjemahan: “Dan bagi ibu bapanya, masing-masing satu perenam daripada apa yang ditinggalkan jika dia mempunyai anak.” (Surah an-Nisa: 11)

Penutup

Alhamdulillah, selesai juga perkongsian berkaitan dengan bahagian faraid dan dalilnya yang saya rujuk daripada Kitab Faraid oleh Syeikh Abdul Karim. Tuan puan boleh rujuk di sini untuk bacaan asal. Semoga bermanfaat.

Langgan Informasi

Jom langgan informasi tentang pewarisan dan solusi pusaka terkini secara percuma.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Perlukan Solusi?