fbpx

Cara Mengisi Borang DDA Dalam Urusan Pusaka

Saya Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2022. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh bantu tuan puan berkaitan dengan pewarisan.

Apakah Itu Borang DDA?

Borang DDA (Declaration of Distribution and Administration) dalam konteks urusan pusaka merujuk kepada borang yang digunakan untuk mengisytiharkan pembahagian dan pentadbiran harta pusaka. Borang ini digunakan bagi pihak waris yang tidak dapat hadir ke bicara pusaka. Oleh itu, borang ini adalah penting untuk memastikan bahawa proses pembahagian harta pusaka dilakukan mengikut undang-undang.

Apakah Kesan Jika Borang DDA Tidak Diisi?

Jika borang DDA tidak diisi atau dikemukakan dalam proses pembahagian pusaka, beberapa kesan yang boleh berlaku adalah:

1) Kelewatan Dalam Pembahagian Harta Pusaka

Tanpa borang DDA, proses pembahagian harta pusaka akan tertangguh kerana pihak berkuasa tidak mempunyai rekod rasmi mengenai cara harta tersebut akan dibahagikan. Waris-waris mungkin perlu menunggu lebih lama untuk menerima bahagian mereka.

2) Perselisihan Antara Waris

Ketidaksepakatan boleh timbul antara waris mengenai cara pembahagian harta pusaka. Tanpa dokumen rasmi yang menunjukkan persetujuan bersama atau arahan wasiat, konflik mungkin timbul, menyebabkan proses penyelesaian menjadi lebih rumit dan memakan masa.

3) Masalah Perundangan

Proses pembahagian harta pusaka boleh berhadapan dengan masalah perundangan jika borang DDA tidak diserahkan. Waris mungkin perlu melalui proses mahkamah untuk mendapatkan arahan mengenai pembahagian harta pusaka, yang boleh menjadi lebih mahal dan memakan masa.

4) Kesukaran Dalam Pengurusan Harta Pusaka

Pentadbir atau pemohon mungkin menghadapi kesukaran dalam mengurus dan mentadbir harta pusaka tanpa panduan yang jelas dari borang DDA. Ini termasuk kesukaran untuk menjual, memindah milik, atau mengagihkan harta pusaka.

5) Penangguhan Dalam Akses Kepada Akaun Bank Dan Harta Lain

Akaun bank dan harta lain yang dimiliki oleh si mati mungkin tidak dapat diakses atau dibekukan sehingga proses pembahagian diselesaikan dengan betul. Waris mungkin mengalami kesukaran kewangan sementara menunggu penyelesaian proses ini.

Apakah Langkah Mengelakkan Kesan Negatif?

Pemohon perlu pastikan langkah-langkah tersebut dapat dipenuhi untuk mengelakkan kesan negatif terhadap pengurusan pusaka di Pejabat Pusaka Kecil ataupun Mahkamah Tinggi Sivil dengan melihat di manakah permohonan bicara kuasa dipohon.

1) Isi Borang DDA Dengan Lengkap Dan Tepat

Pastikan borang diisi dengan maklumat yang betul dan lengkap.

2) Lampirkan Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Sertakan semua dokumen sokongan seperti sijil kematian, salinan wasiat, dan dokumen pengenalan waris.

3) Dapatkan Khidmat Peguam Atau Pentadbir Pusaka

Jika perlu, dapatkan bantuan daripada peguam atau pentadbir pusaka yang berpengalaman untuk memastikan proses berjalan lancar.

4) Maklumkan Kepada Semua Waris

Pastikan semua waris dimaklumkan dan bersetuju dengan proses pembahagian yang dicadangkan untuk mengelakkan perselisihan.

Bagaimanakah Cara-Cara Mengisi Borang DDA?

Tuan puan boleh lihat secara jelas di dalam borang DDA maklumat berikut yang perlu diisi. Pastikan maklumat yang masukkan adalah betul.

Pertama, Maklumat Peribadi Si Mati

Mengisi maklumat peribadi si mati, termasuk nama penuh, nombor kad pengenalan atau pasport, tarikh lahir, tarikh kematian, dan alamat terakhir si mati.

Kedua, Maklumat Pemohon

Seterusnya, isikan maklumat pemohon, seperti nama penuh, nombor kad pengenalan atau pasport, alamat surat-menyurat, nombor telefon, dan alamat e-mel.

Ketiga, Maklumat Harta Si Mati

Senaraikan harta pusaka yang dimiliki oleh si mati, termasuk harta alih seperti wang tunai, akaun bank, saham, dan kenderaan, serta harta tidak alih seperti hartanah. Setiap harta perlu disenaraikan dengan butiran lengkap seperti nilai, lokasi, dan nombor akaun (jika berkaitan).

Keempat, Pilihan Pembahagian Pusaka

Nyatakan kaedah pembahagian harta yang dipilih. Terdapat beberapa kaedah pembahagian harta pusaka yang boleh dipertimbangkan:

1) Pembahagian Mengikut Faraid

Pembahagian harta akan dilakukan mengikut hukum faraid yang ditetapkan dalam Islam. Bahagian untuk setiap waris ditentukan berdasarkan hubungan mereka dengan si mati. Berikut adalah contoh pembahagian mengikut faraid:

  • Isteri: 1/8 (jika ada anak) atau 1/4 (jika tiada anak).
  • Anak lelaki: 2 bahagian.
  • Anak perempuan: 1 bahagian.
  • Ibu bapa: Mengikut bahagian yang ditetapkan dalam hukum faraid.

Tuan puan boleh tengok juga kes pusaka. (Tekan sini)

2) Pembahagian Melalui Muafakat

Waris boleh bermuafakat untuk membahagikan harta mengikut persetujuan bersama. Semua waris perlu bersetuju dengan pembahagian yang dicadangkan dan menandatangani surat akuan persetujuan.

3) Melepaskan Hak Terhadap Bahagiannya

Kes pelepasan hak ini menyebabkan waris tidak akan dapat menuntut selepas daripada ini. Oleh itu, waris perlu membuat keputusan yang betul supaya tidak timbul isu selepas daripada ini. Ada waris menggunakan pilihan ini untuk memudahkan pembahagian, namun sebaiknya menggunakan pilihan kedua jikalau pembahagian tidak mengikut pembahagian asal faraid.

Kelima, Tandatangan Waris Serta Pengesahan

Tandatangan pentadbir atau pemohon di ruangan yang disediakan. Borang DDA ini perlu disahkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret, Pegawai Pembahagian Pusaka, Pentadbir Tanah, Pesuruhjaya Sumpah, Pegawai Konsular atau Notari Awam.

Di manakah muat turun borang DDA?

Tuan puan boleh muat turun borang DDA di bawah.

Peringatan

Kes penipuan melibatkan borang DDA banyak berlaku di mana waris dinafikan haknya. Oleh itu, jangan biarkan borang di sini oleh orang lain dan jangan biarkan waris lain membuat pilihan untuk tuan puan. Pastikan tuan puan sendiri yang mengisi kesemua maklumat dan pilihan pembahagian.

Langgan Informasi

Jom langgan informasi tentang pewarisan dan solusi pusaka terkini secara percuma.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Perlukan Solusi?