Saya Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2022. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh bantu tuan puan berkaitan dengan pewarisan.
Isi Kandungan
Hak-Hak Wajib Harta Pusaka
Di dalam harta pusaka, terdapat hak-hak wajib pusaka yang wajib dipenuhi. Berikut adalah beberapa aspek penting yang perlu ditunaikan mengikut turutan:
Pertama, Tuntutan Harta Pusaka Secara Langsung
Contohnya, Ali pinjam RM100 dan tiba-tiba Ali meninggal, pemiutang berhak ke atas RM100 serta merta.
Kedua, Pengurusan Jenazah
Biasanya setiap komuniti ada khairat kematian bagi pengurusan jenazah. Jika tiada, segala kos pengurusan jenazah dikeluarkan daripada duit arwah.
Ketiga, Melangsaikan Segala Hutang Arwah
Hutang yang perlu diselesaikan ialah hutang dengan Allah, manusia dan organisasi.
Keempat, Menunaikan Wasiat
Wasiat kepada bukan waris hendaklah tidak melebihi 1/3 harta. Jika ia melebihi 1/3 harta, maka perlu persetujuan waris. Wasiat kepada waris pula perlu kepada persetujuan waris.
Kelima, Pembahagian Faraid
Pembahagian ini adalah mengikut peratusan yang telah ditetapkan secara jelas dalam syariat Islam. Pembahagian secara muafakat diboleh dengan syarat waris wajib tahu bahagian mereka dan nilai yang mereka akan dapat. Jika meraka bersetuju, boleh diteruskan. Jika tidak bersetuju, kembali kepada pembahagian asal faraid.
Penutup
Semoga pencerahan ringkas ini memberi gambaran yang jelas terhadap keutamaan harta pusaka. Bukan semata-mata faraid, bahkan ada perkara yang perlu didahulukan. Jika tuan puan perlukan khidmat solusi pusaka untuk uruskan pusaka, tuan puan boleh hubungi Abu Nuha (+6014-5241281).