Kenali Waris Anda: Memahami Ahli Waris dan Zawil Arham

Saya Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2022. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh bantu tuan puan berkaitan dengan pewarisan.

Isi Kandungan

Pengenalan

Dalam kehidupan seharian, istilah “waris” sering digunakan untuk merujuk kepada ahli keluarga secara umum. Namun, dalam konteks pewarisan harta menurut hukum faraid, tidak semua ahli keluarga tergolong sebagai waris yang berhak menerima pusaka.

Oleh itu, penting untuk memahami siapa yang tergolong sebagai waris dan siapa yang tidak, agar proses pembahagian harta berjalan lancar dan mematuhi syariat Islam.

Poster Kenali Waris

Kenali Waris Anda

Pembahagian Keluarga Dalam Pewarisan Harta

Secara asasnya, keluarga terbahagi kepada dua kategori utama dalam pewarisan harta:

Pertama, ahli waris. Ahli waris ialah mereka yang berhak menerima harta pusaka apabila pemilik harta meninggal dunia. Hak ini ditentukan berdasarkan hubungan darah atau perkahwinan dan tertakluk kepada peraturan faraid. Antara contoh ahli waris utama ialah anak lelaki, anak perempuan, suami, isteri, ibu, bapa dan datuk.

Kedua, zawil arham. Zawil arham pula merujuk kepada ahli keluarga yang mempunyai pertalian darah tetapi tidak layak menerima harta pusaka secara langsung. Hubungan ini biasanya melalui rahim ibu, seperti cucu daripada anak perempuan, anak saudara perempuan daripada adik-beradik perempuan atau sepupu.

Mereka hanya akan mewarisi harta sekiranya tiada ahli waris yang sah. Penerangan detail (tekan sini).

Kategori Ahli Waris Dalam Pewarisan Faraid

Walaupun terdapat 25 ahli waris yang disenaraikan dalam hukum faraid, tidak semua akan mewarisi harta pada masa yang sama. Mereka terbahagi kepada tiga kategori utama:

Pertama, waris utama (As-habul Furud dan ‘Asabah).

  • As-habul Furud: Waris yang menerima bahagian tetap seperti ibu, bapa, suami, isteri, dan anak perempuan.
  • ‘Asabah: Waris yang menerima baki harta setelah pembahagian kepada As-habul Furud, seperti anak lelaki, saudara lelaki dan datuk.

Kedua, waris ganti (pengganti kepada waris utama).

Waris ini hanya mewarisi sekiranya waris utama tiada, contohnya, cucu lelaki daripada anak lelaki menggantikan anak lelaki yang telah meninggal dunia.

Ketiga, waris sisi (waris yang jauh hubungannya).

Mereka hanya layak menerima harta jika tiada waris utama dan waris ganti. Contohnya, saudara lelaki sebapa, bapa saudara, dan anak lelaki bapa saudara.

Situasi Berbeza, Pembahagian Berbeza

Setiap situasi pewarisan adalah unik kerana pembahagian harta bergantung kepada siapa yang masih hidup pada saat pemilik harta meninggal dunia. Sebagai contoh:

  • Jika seseorang meninggal dunia dan meninggalkan isteri, anak lelaki, dan anak perempuan, pembahagian harta akan berbeza berbanding situasi seseorang yang meninggalkan hanya ibu dan saudara lelaki.
  • Kehadiran atau ketiadaan anak lelaki boleh mempengaruhi hak waris lain seperti datuk dan saudara lelaki.

Oleh itu, memahami struktur ahli waris amat penting agar harta dibahagikan dengan adil dan mengikut syariat Islam.

Penutup

Alhamdulillah, semoga perkongsian ini membantu anda memahami perbezaan antara ahli waris dan zawil arham dalam pewarisan harta.

Setiap keluarga mempunyai situasi pewarisan yang berbeza, justeru penting untuk merancang pewarisan harta dengan teliti agar hak setiap waris terjamin.

Sekiranya anda memerlukan nasihat pewarisan atau solusi pusaka yang mematuhi syariat Islam, jangan ragu untuk menghubungi Abu Nuha di talian +6014-5241281.

Allahu A’lam.

Langgan Informasi

Jom langgan informasi tentang pewarisan dan solusi pusaka terkini secara percuma.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Perlukan Solusi?