Saya, Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2022. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh bantu tuan puan berkaitan dengan pewarisan.
Kali ini saya ingin berkongsi mengapa saya pilih Wasiyyah Shoppe Berhad?
Isi Kandungan
Perkongsian
Pada akhir-akhir pengajian saya di Riyadh, antara subjek wajib yang perlu dipelajari untuk memenuhi jam kredit pengajian ialah subjek faraid. Subjek ini saya belajar semester 6, 7 dan 8 dengan masyaikh yang berbeza-beza. Walaupun begitu, saya betul-betul jatuh hati dengan subjek ini sehingga saya dapat menguasai dengan baik. Alhamdulillah.
Seingat saya, pada semester 8, saya tercari-cari apakah platfom yang boleh saya berkhidmat kepada masyarakat dengan ilmu faraid? Lalu, saya ditemukan dengan Puan Umi, salah seorang individu yang telah lama berada di dalam industri pewarisan melalui facebook. Saya dijemput menghadiri taklimat tentang pewarisan.
Hasilnya, saya memahami apa yang diperjuangkan oleh Wasiyyah Shoppe Berhad, syarikat amanah yang telah beroperasi sejak 2004. Perjalanannya yang lama, perubahan demi perubahan dilakukan sehingga ke tahap hari ini bagi saya sangat mengagumkan saya. Kini, usaha Wasiyyah Shoppe Berhad ke arah IPO yang bakal public listing sahamnya di Bursa Malaysia, Insya Allah.
Pada awal penyertaan saya di Wasiyyah Shoppe Berhad, saya tidak kenal menyeluruh apa yang ditawarkan. Apakah produk? Apakah solusi yang ditawarkan kepada masyarakat? Siapakah sebalik tabir Wasiyyah Shoppe Berhad? dan pelbagai persoalan. Akhirnya, saya telah mengenali dan memahami perjuangan Wasiyyah Shoppe Berhad.
Oleh sebab itu, saya berkawan dengan kenalan seagensi iaitu Kausar Group, begitu juga staf WSB yang terlibat langsung dengan kajian dan penyelidikan. Kelas demi kelas diadakan berkongsi tentang instrumen yang wujud di dalam Islam lebih mendalam iaitu hibah, wasiat, amanah dan faraid. Hari demi hari saya belajar perkara baru tentang industri pewarisan.
Keputusan
Awalnya, saya cuba ambil tahu tentang syarikat amanah lain, begitu juga pertubuhan yang memperjuangkan isu pewarisan ini. Pelbagai terma dan syarat perlu dipenuhi setiap antara mereka. Keputusan saya untuk bersama Wasiyyah Shoppe Berhad pada awalnya diselubungi dengan perasaan takut iaitu takut tersalah pilih.
Sehinggalah salah seorang perunding Wasiyyah Shoppe Berhad yang telah lama berada di dalam industri pewarisan dan juga pernah berada di syarikat amanah lain berkata:
Berikan kepercayaan kepada Wasiyyah Shoppe Berhad. Enta tak salah pilih. Enta berada dalam kapal yang betul.
– Ustaz Z
Setelah hampir 2 tahun, keputusan saya bersama Wasiyyah Shoppe Berhad adalah tepat. Alhamdulillah.
Wasiyyah Shoppe Berhad
Tuan puan,
Wasiyyah Shoppe Berhad salah satu syarikat amanah yang telah lama wujud di Malaysia. Penubuhannya sejak tahun 2004 yang dimulai dengan penuh dengan kepayahan, berperingkat mengembangkan syarikat sehingga sekarang berstatus berhad dan berlaung di Akta Amanah 1949 sebagai syarikat amanah.
Ini bermakna, syarikat ini tidak boleh ditutup selagi ada pelanggan yang mengambil perkhidmatan syarikat dan juga memerlukan perintah daripada mahkamah. Berbeza dengan syarikat Sendirian Berhad yang mana jika ditakdirkan ada masalah dan terpaksa tutup, maka tiada halangan daripada mana-mana akta.
Tahukah tuan puan, Wasiyyah Shoppe Berhad memiliki 7 orang panel syariah yang berstatus bebas (independent) tidak dipengaruhi oleh syarikat. Apa-apa keputusan panel syariah, pihak Wasiyyah Shoppe Berhad perlu patuh. Hal ini dijelaskan sendiri oleh CEO Syarikat, Tuan Haji Ariffin Sabirin dan juga beberapa ucapan daripada panel syariah.
Tahukah tuan puan, perbezaan Wasiyyah Shoppe Berhad dengan syarikat lain adalah pembinaan produk dan solusi ditawarkan adalah daripada hasil kajian akademik. Pelbagai geran kajian kepada universiti untuk membuat kajian terlebih dahulu. Jika hasilnya patuh syariah dan selari dengan undang-undang, barulah pihak Wasiyyah Shoppe Berhad teruskan. Kini, Wasiyyah Shoppe Berhad telah habiskan lebih RM2 juta untuk tujuan ini.
Inilah antara faktor terbesar mengapa saya terus bersama Wasiyyah Shoppe Berhad. Sehingga saya sendiri menyambung pelajaran ke peringkat sarjana di Kolej Universiti Islam Perlis untuk membuat kajian lanjutan tentang hibah dari sudut fiqh al-maalat yang meneguhkan lagi perjuangan saya di dalam industri pewarisan.
Untuk pengetahuan tuan puan, sepanjang saya berada di dalam agensi Kausar Group, pelbagai kelas yang dianjurkan bersama pakar-pakar dalam bidang masing-masing yang ada kaitan dengan pewarisan. Kelas tentang Kanun Tanah Negara bersama Tuan Haji Abdul Aziz selaku Mantan Timbalan Pengarah, Pejabat Tanah Wilayah Persekutuan, kelas tentang harta perkahwinan milik siapa oleh Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang, YAA Dato’ Abdul Walid dan sebagainya.
Tuah berada di dalam Kausar Group inilah saya belajar banyak perkara tentang pewarisan itu sendiri. Ilmu faraid tidak berdiri sendirian, bahkan instrumen lain juga saling melengkapi satu sama lain. Begitu juga, ilmu pengurusan harta yang lain supaya harta yang dimiliki dapat diwarisi dengan betul kepada generasi seterusnya.
Tuan puan,
Jangan anggap syarikat amanah itu hanya berkonsepkan “amanah” semata. Bahkan solusi di Wasiyyah Shoppe Berhad merangkumi semua instrument termasuk hibah, wasiat, amanah, pengurusan pusaka, khairat pusaka dll yang meliputi 2 situasi iaitu sebelum dan selepas kematian.
Situasi Sebelum Kematian (Perancangan Harta)
Pertama, sebelum berlaku kematian, ditawarkan khairat pusaka yang menguruskan harta secara percuma. Tuan puan boleh baca lanjut di sini. Begitu juga, dokumentasi hibah, wasiat, amanah dan sebagainya. Terdapat lebih 35 produk perancangan yang pelbagai yang diibaratkan custom made mengikut hasrat dan jenis harta pelanggan.
Tujuan perancangan sebelum kematian adalah untuk mengenal pasti masalah yang bakal dihadapi oleh pelanggan. Ini bermakna, lain pelanggan, lain masalah, lain ubatnya. Oleh itu, mengenal pasti masalah sangat penting dan memberi solusi semasa hidup dan mengelakkan pergaduan, pertikaian semasa waris, elak berlaku harta beku dan sebagainya.
Situasi Selepas Kematian (Solusi Pusaka)
Kedua, solusi selepas kematian yang mana Wasiyyah Shoppe Berhad menyediakan platfom pengurusan pusaka di Pejabat Pusaka Kecil dan Mahkamah Tinggi Sivil. Yang menariknya, kos perkhidmatan yang ditawarkan bersifat tetap dan tidak mengikut persen harta si mati. Bahkan kadang-kadang tawaran promosi sehingga 30% yang sangat berbaloi dan tidak wujud di tempat lain.
Kos perancangan di Wasiyyah Shoppe Berhad bersifat jelas dan tiada caj tersembunyi. Apa yang dibayar itulah pelanggan akan dapat berbanding ada yang caj mengikut persen harta dan juga tempoh masa perkhidmatan yang diambil untuk selesaikan kes. Hal ini menyebabkan ada unsur gharar. Insya Allah saya akan berkongsi lanjut perkara ini pada perkongsian akan datang.
Kesimpulan
Bagi saya, Wasiyyah Shoppe Berhad telah berikan saya satu platfom yang lengkap perancangan harta dan solusi pusaka kepada masyarakat. Alhamdulillah.
Itulah sedikit perkongsian dan banyak lagi boleh dikongsi berkaitan Wasiyyah Shoppe Berhad. Cukup setakat ini.
Alhamdulillah, berakhir perkongsian saya kali ini. Apa yang saya ceritakan ini bukanlah untuk memuji Wasiyyah Shoppe Berhad disebabkan saya sebagai perundingnya, tetapi berkongsi apa yang saya lalui bersama Wasiyyah Shoppe Berhad. Saya mengharapkan Wasiyyah Shoppe Berhad terus cemerlang dapat masa hadapan. Bukan mudah untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik, tetapi saya yakin Wasiyyah Shoppe Berhad ke arah itu.
Allahu A’lam.