Saya Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2022. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh bantu tuan puan berkaitan dengan pewarisan.
Isi Kandungan
Pendahuluan
Maklumat ini saya ambil daripada portal JKPTG yang menerangkan beberapa perkara yang perlu diambil kira oleh pihak waris dalam menghadiri perbicaraan di Pejabar Pusaka Kecil.
Perbicaraan harta pusaka si mati akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti yang dinyatakan dalam borang D (Notis Petisyen dan Pendengaran – Seksyen 8) dam borang S (Notis Pendengaran Permohonan Berikutnya – Seksyen 17).
Tanggungjawab Pemohon/Pempetisyen
Pertama
Tuan/puan mesti memastikan dokumen-dokumen asal berikut dibawa bersama :
- Sijil Kematian si mati/waris-waris yang telah mati.
- Kad Pengenalan dan Surat Beranak semua waris.
- Sijil Kerakyatan/Sijil Kelahiran jika ada.
- Sijil Perkahwinan si mati.
- Hak milik/Geran tanah atau surat Perjanjian Jual Beli.
- Sijil Pendaftaran kenderaaan, sijil saham, buku akaun simpanan yang telah dikemaskini.
- Lain-lain dokumen asal yang berkaitan dengan harta si mati.
Kedua
Tuan/puan mesti memastikan semua waris si mati yang berhak hadir pada hari perbicaraan.
Ketiga
Tuan/puan perlu pastikan semua waris hadir dengan berpakaian kemas dan sopan.
Keempat
Waris yang tidak dapat hadir pada hari dan tarikh perbicaraan, maka bolehlah mengemukakan BORANG PERSETUJUAN (Borang DDA) yang mana boleh didapati di mana-mana Unit Pembahagian Pusaka seluruh Semenanjung Malaysia atau laman sesawang https://www.jkptg.gov.my/.
- Borang DDA perlu ditandatangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah, Majistret atau Pentadbir Tanah Daerah.
- Pastikan borang tersebut diisi dengan lengkap. Jika tidak, borang persetujuan akan ditolak.
Kelima
Jika tuan/puan seorang sahaja waris si mati yang akan hadir perbicaraan, maka tuan/puan dikehendaki membawa 2 orang saksi bebas yang mengenali si mati.
Keenam
Sebelum menghadiri perbicaraan, waris-waris dinasihatkan supaya mengadakan perbincangan bagi menentukan cara pembahagian yang dikehendaki.
Ketujuh
Sekiranya tuan/puan gagal hadir perbicaraan setelah 3 kali panggilan dibuat, permohonan tuan/puan akan dibatalkan.
Kelapan
Bayaran perintah sebanyak RMXXX hendaklah dijelaskan selepas perbicaraan selesai (berdasarkan nilaian terkini keseluruhan harta si mati semasa tarikh permohonan.
Kesembilan
Waris di bawah umur 18 tahun tidak diwajibkan hadir dan hanya salinan kad pengenalan dan surat beranak sahaja diperlukan.
Penutup
Segala maklumat dan keterangan lanjut boleh hubungi pihak pertanyaan pusaka di Talian 03-8871 2999.