Saya, Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad. Saya boleh bantu tuan puan membuat perancangan harta dan juga solusi pusaka yang ditinggalkan waris. Saya berpengalaman dalam membantu umat Islam dalam menyelesaikan masalah pusaka sejak tahun 2022.
Isu Kandungan
Pendahuluan
Saya yakin bahawa tuan puan sudah cuba mencari sana sini maklumat untuk menyelesaikan masalah pusaka yang ada. Namun, tuan puan masih mencari-cari syarikat manakah yang boleh menawarkan solusi yang terbaik dan berpatutan.
Jangan risau, saya boleh bantu tuan puan dalam membuat keputusan yang sewajarnya dengan mendedahkan sudut pandang sebagai perunding pewarisan pada perkongsian (klik sini). Tuan puan berhak memilih syarikat yang bersesuaian dengan tuan puan.
Sebelum itu, saya ingin mendedahkan kepada tuan puan perjalanan pengurusan pusaka dengan poster yang disediakan oleh Team Puan Umi. Untuk pengetahuan tuan puan, saya juga salah seorang team Puan Umi dalam memberi pencerahan tentang perancangan harta.
Prosedur Tuntutan Harta Pusaka
Mengapa harta pusaka perlu diuruskan?
- Menjawab soalan ini, tuan puan perlu ketahui bahawa sekiranya harta tersebut tidak diuruskan, ini bermakna harta tersebut kekal atas nama si mati. Istilah yang digunakan ialah harta beku. Harta tersebut tidak boleh diwariskan kepada waris-waris yang bahkan untuk menyelesaikan hutang juga tidak dapat dilaksanakan.
- Cuma, tuan puan perlu tahu yang harta ini terbahagi kepada dua, harta yang berdaftar dan harta yang tidak berdaftar. Contoh harta berdaftar ialah hartanah, kereta, motorsikal dan sebagainya. Contoh harta yang tidak berdaftar, pinggan mangkuk, komputer, kasut dan sebagainya.
- Harta yang tidak berdaftar tidak perlu melalui proses pengurusan pusaka. Waris-waris boleh kira faraid dan membuat pembahagian secara faraid ataupun muafakat setelah mengetahui bahagian masing-masing. Namun, harta yang berdaftar perlu melalui proses pusaka seperti yang dijelaskan di dalam poster.
Apakah yang perlu dimulakan oleh waris?
- Perkara pertama ialah waris perlu membuat pilihan untuk uruskan sendiri ataupun menggunakan khidmat pihak ketiga. Waris-waris perlu mempertimbangkan masa, duit dan paling penting ilmu dalam pengurusan pusaka. Jika tidak, lebih baik terus menggunakan pihak ketiga untuk menjimatkan masa.
- Waris-waris boleh berbincang siapakah yang boleh dilantik sebagai pentadbir. Tugas pentadbir ialah memastikan perjalanan urusan pusaka berjalan lancar sehingga bertukar milik.
Apakah tugas utama pentadbir?
- Tugas pertama ialah memastikan semua harta waris yang berdaftar dikumpulkan. Kemudian, kumpul dokumen berikut:
- Salinan sijil kematian.
- Salinan kad pengenalan waris (depan belakang) dan sijil kelahiran jika waris berumur kurang 18 tahun.
- Salinan sijil perkahwinan si mati.
- Salinan geran yang lengkap beserta pelan tapak bagi harta tak alih yang dituntut. (atau)
- Salinan surat perjanjian jual beli harta tak alih yang dituntut atau daftar pegangan (registry of holding) jika harta tersebut masih belum mempunyai hak milik (geran).
- Salinan bil atau resit cukai pintu (taksiran) jika berkaitan.
- Salinan dokumen-dokumen terkini berkaitan dengan pemilikan harta alih si mati seperti penyata akaun simpanan, sijil saham, takaful, hak milik kenderaan dan lain-lain.
- Salinan dokumen penyata hutang piutang si mati jika berkaitan.
- Selepas dokumen lengkap, maka permohonan boleh difailkan. Notis perbicaan akan dimaklum kelak dan sehingga mendapat Surat Kuasa Mentadbir. Barulah pentadbir pergi institusi berkenaan untuk cairkan harta arwah. Bunyinya mudah tetapi sangat berat. Tanpa bimbingan yang betul, kebarangkalian berlaku kesilapan agak tinggi.
Di manakah permohonan Surat Kuasa Mentadbir boleh dibuat?
- Istilah yang digunakan ialah Letter of Administration (LA). Sebelum itu tuan puan perlu tahu bahawa hanya 3 tempat sahaja untuk permohonan Surat Kuasa Mentadbir ini iaitu:
- Amanah Raya – Harta alih sahaja bernilai RM600,000 ke bawah.
- Pejabat Pusaka Kecil – Harta alih dan harta tidak alih bernilai RM2,000,000 ke bawah.
- Mahkamah Tinggi Sivil – Harta alih bernilai RM600,000 ke atas atau harta alih dan tidak alih bernilai RM2,000,000 ke atas.
- Waris boleh memilih untuk membuat permohonan Surat Kuasa Mentadbir antara 3 tempat di atas. Amanah Raya dan Pejabat Pusaka Kecil boleh membuat permohonan sendiri sekiranya mempunyai masa, duit dan yang paling penting adalah ilmu. Namun untuk Mahkamah Tinggi Sivil perlu kepada khidmat pihak ketiga seperti syarikat amanah, firma guaman dan sebagainya kerana proses di sana merumitkan.
Berapakah kos pengurusan yang dikenakan jika menggunakan pihak ketiga?
- Ramai yang bertanya kepada saya tentang kos ini. Untuk pengetahuan tuan puan, Akta Probet dan Pentadbiran 1959 membenarkan kos pengurusan harta sehingga 5% daripada nilai harta pusaka arwah. Ini bermakna jika arwah memiliki RM1,000,000, maka pihak ketiga boleh mengenakan caj sehingga RM50,000. Itu tidak termasuk caj rampaian sepanjang pengumpulan dokumen dan sebagainya.
- Namun begitu, berita baik untuk tuan puan bahawa ada pihak yang tidak menggunakan caj mengikut persen tetapi melihat kepada tempat pengurusan pusaka. Pihak tersebut adalah Wasiyyah Shoppe Berhad yang mana mereka mengenakan harga tetap untuk pengurusan pusaka. Kos pengurusan:
- Pejabat Pusaka Kecil – RM6,000
- Mahkamah Tinggi Sivil – RM27,000
- Tuan puan jangan risau, Wasiyyah Shoppe Berhad sering kali membuat promosi untuk pengurusan pusaka sehingga 30%. Penjimatan ini tuan puan tidak dapat temui kecuali di Wasiyyah Shoppe Berhad.
- Berita baik lagi bagi sesiapa yang ingin dapatkan pengurusan harta secara percuma. Namun ia terpakai bagi individu yang masih hidup yang ingin rancang hartanya.
Adakah terdapat kos tambahan bagi pengurusan harta pusaka?
- Ya, ada. Di Pejabat Pusaka Kecil dikenakan 0.2% daripada nilai harta, manakala di Mahkamah Tinggi Sivil terdapat kos filing. Jadi kos ini tuan puan perlu tahu ia adalah berbeza dengan kos pengurusan menggunakan pihak ketiga.
Apakah lagi perkara yang penting berkenaan pengurusan pusaka?
- Perkara yang penting bagi pentadbir harta ialah mereka perlu mahir dalam pembahagian harta mengikut faraid kerana kesilapan dalam pembahagian boleh menyebabkan waris makan harta secara batil. Sekiranya ada muafakat keluarga, pembahagian faraid perlu diketahui setiap waris yang ada terlebih dahulu barulah muafakat. Kesilapan yang sering berlaku di dalam masyarakat apabila mereka membahagikan ikut suka tanpa mengetahui hukum dan pembahagian faraid.
- Hal ini salah kerana ia boleh membuka ruang perbalahan dan ungkit mengungkit pada masa depan. Tindakan setiap waris perlu mengetahui hak masing-masing tersebut dahulu untuk menutup pintu-pintu yang boleh membawa kepada perbalahan dapat hari-hari mendatang. Begitu juga pentadbir perlu tahu bahawa anak bawah umur dan juga waris kelainan upaya tidak boleh mengikut pembahagian muafakat bahkan perlu memberikan hak faraid mereka secara penuh.
- Perkara ini wajib rujuk pihak yang mahir tentang pengiraan dan pembahagian faraid yang betul. Untuk maklumat lanjut tentang pengurusan pusaka, tuan puan boleh hubungi saya, Abu Nuha Nuwairah (0145241281).