Saya Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2022. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh bantu tuan puan berkaitan dengan pewarisan.
Isi Kandungan
Pendahuluan
Pengurusan jenazah adalah satu tanggungjawab besar bagi umat Islam untuk memastikan jenazah diperlakukan dengan penuh hormat dan mengikut ajaran syariah. Proses ini terdiri daripada empat langkah utama, iaitu memandikan, mengafankan, mensolatkan, dan mengebumikan. Setiap langkah ini mempunyai kaedah tersendiri yang mesti diikuti untuk menjamin kesempurnaan urusan jenazah.
Memandikan Jenazah
Langkah pertama dalam pengurusan jenazah ialah memandikan jenazah. Proses ini adalah wajib untuk memastikan jenazah bersih sebelum diteruskan ke langkah-langkah seterusnya.
- Paling sempurna: Memandikan jenazah dengan bilangan witir, iaitu menggunakan jumlah ganjil seperti 3 atau 5 kali siraman, bergantung kepada kesesuaian.
- Proses mandi jenazah dimulakan dengan air bidara untuk membersihkan badan dan diakhiri dengan air yang dicampur dengan kapur barus.
- Paling kurang: Jika dalam keadaan darurat, paling minima jenazah diratakan seluruh badannya dengan air sekali sahaja.
Mengafankan Jenazah
Selepas jenazah dimandikan, langkah seterusnya ialah mengafankan jenazah. Pengafanan adalah membalut jenazah dengan kain kafan mengikut ketetapan yang ditetapkan oleh syariah.
- Lelaki dan kanak-kanak: Dibalut dengan 3 lapis kain kafan.
- Perempuan: Dibalut dengan 5 lapis kain kafan untuk menutup tubuh dengan lebih sempurna.
Kain kafan perlu dipastikan bersih dan menutupi seluruh anggota badan jenazah.
Mensolatkan Jenazah
Langkah seterusnya ialah mensolatkan jenazah, iaitu melaksanakan solat jenazah sebagai penghormatan terakhir kepada si mati. Solat jenazah mempunyai syarat yang sama seperti syarat-syarat solat lain, antaranya berwuduk dan menghadap kiblat.
Rukun solat jenazah adalah seperti berikut:
- Niat: Berniat untuk solat jenazah.
- Qiam (Berdiri): Solat ini dilakukan dalam keadaan berdiri.
- Empat kali takbir: Membaca takbir empat kali.
- Al-Fatihah: Dibaca selepas takbir pertama.
- Selawat kepada Nabi Muhammad SAW: Dibaca selepas takbir kedua.
- Doa untuk jenazah: Dibaca selepas takbir ketiga.
- Salam: Akhiri solat dengan memberi salam.
Mengebumikan Jenazah
Langkah terakhir dalam pengurusan jenazah ialah pengebumian. Jenazah perlu dikebumikan dengan sempurna mengikut cara yang dianjurkan oleh agama.
- Paling sempurna: Liang lahad (lubang kubur) yang digali harus mencapai kedalaman empat hasta setengah bagi mengelakkan bau dan memastikan jenazah selamat daripada digali haiwan liar.
- Paling kurang: Liang lahad sekurang-kurangnya cukup dalam untuk mengelakkan jenazah dari terdedah dan dilindungi dengan baik.
Setelah dikebumikan, doa untuk jenazah dibacakan sebagai penutup upacara pengebumian.
Kos Pengurusan
Tuan puan boleh lihat peta yang saya sediakan. Peta tersebut tidak menyebut tentang kos secara langsung tetapi berkenaan aturcara pengurusan jenazah. Kos pengurusan jenazah adalah seperti berikut :
Memandikan – Kos peralatan dan apa-apa yang berkaitan.
Mengkafankan – Kos kain kafan dan apa-apa yang berkaitan.
Mensolatkan.
Mengebumikan – Kos kenderaan & gali kubur.
Penutup
Semoga sedikit pencerahan itu memberi gambaran kasar kepada semua. Sekiranya tuan puan perlukan khidmat konsultansi pengurusan pusaka, tuan puan boleh hubungi Abu Nuha (+6014-5241281).
Allahu A’lam.