fbpx

Penjelasan: Isu Badal Haji Untuk Arwah

Saya, Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2022. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh bantu tuan puan tentang persoalan berkaitan dengan pewarisan.

Penjelasan

Isu badal haji ini saban tahun dijelaskan oleh ramai pihak termasuklah saya dalam memberikan maklumat tentang badal haji. Kontroversi dan isu sering ditimbulkan berkaitan “scam” badal haji adalah perkara yang benar dan tidak boleh dinafikan sememangnya berlaku.

Pengalaman saya dalam menunaikan haji sejak tahun 2016 sehingga 2022 telah memberikan sedikit sebanyak gambaran sebenar isu yang berlaku. Satu tanggungjawab saya menjelaskan apa yang sebenarnya.

Hutang Dengan Allah

Tuan puan,

Sebelum kita pergi jauh, antara hutang yang perlu dilunaskan hamba ialah hutang dengan Allah. Selagi hutang tersebut tidak dilangsaikan, maka ia kekal hutang di sisi Allah.

Hutang dengan Allah

Antara hutang yang mesti dilunaskan ialah badal haji. Namun, ramai yang terlepas pandang tentang kewajipan haji. Kebanyakkan yang saya dengar, mereka yang tidak mampu haji semasa hidup pun diwajibkan badal haji. Ini adalah salah!

Yang menjadikan seseorang itu berhutang dengan Allah adalah mereka yang mempunyai kemampuan semasa hidup tetapi tidak ada kesempatan menunaikan haji. Dengan sebab “tidak sempat” itulah kewajipan badal haji perlu dilaksanakan oleh waris atau orang lain.

Fenomena badal haji diwajibkan kepada semua yang tidak mampu perlu dihentikan. Masakan mereka tidak diwajibkan masa hidup, tiba-tiba kita wajibkan selepas daripada mati.

Namun, adakah dibolehkan jika waris ingin buatkan badal haji untuk arwah walaupun tidak berkewajipan masa hidup? Jawabnya, boleh. Namun hukumnya adalah sunat. Seolah-olahnya waris menolak bahagian pusaka mereka dan buatkan badal haji untuk arwah.

Persoalan

Selesai satu isu. Isu badal haji. Siapakah yang boleh dipercayai?

Sukar untuk saya jawab persoalan ini kerana setiap orang boleh diragui sehinggalah kita betul-betul mengenali pembuat badal haji tersebut melaksanakannya.

Isu badal haji RM1,500 dan seumpamanya telah dijelaskan oleh Ustaz Farid Masri. Jom layan isu dulu.

Secara terperinci dijelaskan oleh Ustaz Farid Masri tentang bedal haji dan ramai orang kita terpedaya. Nasihat saya, daripada beri duit tersebut kepada scammer, lebih baik duit tersebut dimanfaatkan waris.

Kesimpulan

Tuan puan,

Untuk badal haji ini kita perlu mengenalpasti adakah arwah berkewajipan haji ataupun tidak? Jika berkewajipan, maka perlulah mencari pembadal haji yang dipercayai. Jangan cari yang murah semata-mata, kerana tindakan tersebut merugikan arwah dan waris serta menguntungkan geng scammer.

Tanggungjawab waris untuk memastikan duit arwah digunakan pada tempat yang betul. Semoga hutang dengan Allah ini dapat dilunaskan dengan baik.

Allahu A’lam.

Langgan Informasi

Jom langgan informasi tentang pewarisan dan solusi pusaka terkini secara percuma.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Perlukan Solusi?