fbpx

Isu Plan Kos Pengurusan Pusaka Syarikat Takaful

Saya, Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Muhammad Ibn Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh bantu tuan puan berkaitan dengan pewarisan.

Isi Kandungan

Persoalan

Assalamualaikum, saya mendapat maklumat tentang Plan Kos Pengurusan Pusaka yang ditawarkan oleh syarikat takaful.

Adakah ia benar-benar membantu atau bagaimana?

Jawapan

Waalaikumussalam, terima kasih bertanya. Soalan ini sangatlah baik untuk diperjelaskan kepada masyarakat tentang pengurusan pusaka.

Tuan puan, pengurusan pusaka tidaklah bersifat kos semata-mata. Pengurusan pusaka memerlukan ilmu (kepakaran), masa, hubungan baik antara waris, dan juga kos. Memiliki kos yang cukup tanpa penggerak yang menyelesaikan masalah pusaka, maka urusan pusaka tidak akan selesai.

Menjawab persoalan di atas, pihak syarikat takaful menyediakan kos pengurusan pusaka. Ini bermakna sekiranya berlaku kematian, pihak waris pula yang perlu mencari pihak ketiga untuk selesaikan masalah pusaka.

Adakah matlamat asal perancangan pusaka tercapai? Jawabnya ia ibarat permulaan perjalanan sahaja. Perancangan untuk urusan pusaka perlulah mengambil manfaat “perkhidmatan”. Ini bermakna sekiranya berlaku kematian, ada pihak yang menguruskan pusaka arwah.

Plan Kos Pengurusan Pusaka perlu dijelaskan manfaatnya hanyalah berbentuk “kewangan” sahaja. Oleh itu, perancangan betulnya ialah khairat pusaka (tekan sini) yang mana menyediakan manfaat “perkhidmatan”.

Tidak dinafikan usaha baik pihak takaful dalam mempermudahkan urusan pusaka. Namun, perlunya sedikit pencerahan tentang implikasi plan kos pengurusan pusaka adakah ia benar-benar menyelesaikan masalah pusaka.

Saya berharap dengan pencerahan ringkas ini memberi kata putus kepada masyarakat tindakan yang sewajarnya dalam perancangan melibatkan pewarisan. Syarikat takaful lebih berfokus kepada perlindungan manakala syarikat amanah seperti Wasiyyah Shoppe Berhad fokus kepada perancangan dan pewarisan aset.

Kedua-dua syarikat saling melengkapi.

Untuk mengetahuai kelebihan dan kekurangan khairat pusaka, jom baca. (tekan sini).

Allahu A’lam.

Langgan Informasi

Jom langgan informasi tentang pewarisan dan solusi pusaka terkini secara percuma.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Perlukan Solusi?