fbpx

Penjelasan: Rancang Harta Guna Hibah Ganti Faraid?

Saya, Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2022. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh bantu tuan puan berkaitan dengan pewarisan harta.

Penjelasan

Berdasarkan tajuk perkongsian kali ini, saya diminta untuk memperjelaskan adakah rancang harta dengan menggunakan hibah menggantikan faraid? Isunya saya bawakan screenshot:

Sebelum kita pergi jauh, perlu difahami bahawa bahawa setiap intrumen yang diperkenalkan oleh syariat sama ada jual beli, hadiah, sedekah, waqah, wasiat, amanah dan sebagainya. Kesemua instrumen tersebut ada disebut di dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

Definisi hibah ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan.

Definisi faraid ialah ilmu pembahagian pusaka untuk mengetahui siapa yang mewarisi dan siapa yang tidak mewarisi serta kadar setiap waris yang telah ditetapkan oleh syarak selepas kematian.

Perbezaan masa hibah dan faraid ada dijelaskan di dalam perkongsian lalu, jemput baca di sini.

Berdasarkan screenshot di atas bahawa dia mendakwa faraid diutamakan dan hibah hanya dipakai jika waris setuju. Kenyataan ini adalah salah faham terhadap hibah. Tidak dinafikan bahawa hibah perlu diutamakan dalam pembahagian pusaka, namun hibah perlukan persetujuan waris adalah silap kerana hibah tidak perlukan persetujuan orang lain.

Definisi hibah menerangkan bahawa pemberian milik oleh seseorang secara sukarela kepada seseorang. Harta si A, maka keputusan multak si A untuk buat apa sahaja dengan hartanya. Tidak wujud hukum bahawa si A perlu meminta izin si B, si C untuk membuat keputusan bagi hartanya melainkan harta tersebut dikongsi bersama.

Apa yang saya jangka ialah pendakwa hal tersebut terkeliru dengan wasiat. Betul, wasiat kepada waris perlu kepada persetujuan waris. Tuan puan boleh baca panjang lebar tentang wasiat kepada waris di sini. Fahami dahulu apa hukum wasiat dan hukum hibah. Wasiat pertujuan pembahagian pusaka kepada bukan waris yang tidak melebihi 1/3 harta bersihnya.

Seterusnya, faraid ada dalam Quran dan hibah tiada dalam Quran. Kenyataan ini juga salah. Kedua-dua ada disebut di dalam Al-Quran.

قال ﷻ : (فإن طبن لكم عن شيء منه نفساً فكلوه هنيئاً مرئياً)

Allah ﷻ berfirman: “Jika mereka rela memberikan sebagian dari hartanya kepada kamu, maka makanlah dengan nikmat yang nyata,” – Surah An-Nisa’, Ayat 4.

Di dalam hadith juga ada sebut tentang galakan hibah. Ini bermakna kedua-dua adalah daripada syariat dan ada fungsi tersendiri.

Adakah Rancang Harta Guna Hibah Ganti Faraid?

Pertama, dari segi pelaksanaan masa hibah dan faraid juga sudah berbeza. Hibah dilakukan semasa hidup dan berkuasa kuasa semasa hidup, manakala faraid berlaku selepas kematian. Ini bermakna hibah tidak boleh ganti faraid.

Kedua, dari segi pembahagian juga berbeza di mana hibah boleh diberikan kepada siapa sahaja, waris ataupun bukan waris. Berbeza dengan faraid yang mana diberikan kepada waris sahaja.

Ketiga, dari segi hukum juga berbeza di mana pemberian hibah adalah sunat yang dituntut, manakala faraid adalah wajib dilaksanakan.

Banyak sudut kita boleh lihat bahawa hibah tidak akan sekali-kali mengantikan faraid dan ia mustahil berlaku. Sebenarnya banyak lagi sudut perbezaan antara hibah dan faraid.

Sekiranya seseorang ingin menghibahkan hartanya kepada sesiapa sahaja semasa hidup, tiada larangan syarak pada perkara tersebut. Namun, jika ada hasrat bertujuan untuk lari daripada faraid, maka itu adalah salah dari segi niatnya bukan pada instrumen hibah itu sendiri. Hal ini saya ada jelaskan di dalam perkongsian lepas, jemput baca di sini.

Begitu juga ada yang mempersoalkan tentang hibah seluruh harta. Ini pun saya sudah jelaskan, jemput baca di sini.

Akhir sekali, pendakwa menyuruh datangkan dalil hibah mengantikan faraid, hibah ini peguam yang adakan disebabkan boleh hasilkan duit. Ini adalah tuduhan jahat dan tidak berasas. Seperti yang saya jelaskan di atas, hibah tidak boleh gantikan faraid. Hibah ada peranannya, faraid juga ada peranannya yang saling melengkapi satu sama lain.

Tuduhan hibah adalah ciptaan peguam untuk dapatkan duit adalah tuduhan jahat. Tidak perlu hibah untuk hasilkan duit, urusan pusaka juga peguam boleh dapatkan duit untuk caj pengurusan. Tahukah anda, Akta Probet dan Perkhidmatan 1959 membenarkan perkhidmatan pengurusan pusaka dikenakan sehingga 5% daripada nilai harta.

Andai harta si mati ada RM1 juta, maka pihak yang menguruskan pusaka boleh mengenakan sehingga RM50 ribu. Tidakkah itu pun boleh hasilkan duit? Bahkan caj pengurusan lebih murah jika perancangan harta dibuat semasa hidup.

Kesimpulan

Daripada apa yang kita bincangkan, hibah adalah pemberian secara sukarela semasa hidup dan faraid pula pembahagian pusaka yang ditetapkan kepada ahli waris. Hal ini menjelaskan peranan setiap instrumen tadi. Jika sememangnya ada hasrat si ayah atau si ibu memberikan kepada si anak, maka pemberian sebetulnya adalah melalui hibah. Ramai yang tersilap langkah, hasrat hendak berikan anak sekian harta tetapi dengan wasiat. Padahal wasiat tidak terpakai untuk waris. Akhirnya berlaku pertembungan hasrat dengan hukum faraid. Waris yang tidak bersetuju akan mempertikaikan dan menimbulkan perbalahan. Itulah yang kita tidak mahu.

Allahu A’lam.

Penutup

Alhamdulillah berakhir sudah penjelasan tentang hibah. Jika tuan puan ingin maklumat lanjut tentang perancangan harta, tuan puan boleh hubungi Abu Nuha (+6014-5241281). Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada semua.

Langgan Informasi

Jom langgan informasi tentang pewarisan dan solusi pusaka terkini secara percuma.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Perlukan Solusi?