fbpx

Pewarisan Orang Hilang (Mafqud)

Orang Hilang (Mafqud)

Pewarisan Orang Hilang (Mafqud)

Maksudnya ialah apabila seseorang hilang dari keluarganya atau negerinya dan tidak diketahui sama ada masih hidup atau sudah meninggal. Si fulan/funlan tidak diketahui keberadaannya untuk tempoh yang panjang. Dalam konteks pewarisan, apabila seseorang itu hilang, hak pewarisannya hanya boleh dibahagikan setelah ada anggapan kematian melalui perintah mahkamah.

Carian Maklumat

Bagi ahli waris yang hilang, ada langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh keluarga untuk mendapatkan status terkini orang hilang tersebut. Antaranya ialah:

  • Semakan di JPN: Waris boleh memeriksa status terkini melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  • Sijil Kematian JPN: Jika diperlukan, waris boleh mendapatkan sijil kematian jika disahkan orang yang hilang itu telah meninggal dunia setelah tempoh yang ditetapkan atau berdasarkan keputusan mahkamah.

Pemegang Amanah Harta Mafqud

Harta orang yang hilang (mafqud) akan diuruskan oleh pemegang amanah, iaitu:

  • Amanah Raya Berhad (ARB): Institusi kerajaan yang ditugaskan untuk menguruskan harta orang yang hilang.
  • Syarikat Amanah: Organisasi swasta yang dilantik untuk menjaga dan menguruskan harta orang hilang sehingga ada keputusan rasmi mengenai status hidup atau kematiannya.

Hukum-hakam Berkenaan Orang Hilang

  • Perkahwinan: Isteri orang hilang tidak boleh berkahwin dengan orang lain sehingga disahkan kematian suaminya melalui perintah mahkamah.
  • Pembahagian harta: Hak milik dan harta orang hilang tidak boleh dibahagikan kepada ahli warisnya sehingga ada pengesahan kematiannya.
  • Hak Mewarisi: Orang yang hilang masih mempunyai hak untuk mewarisi harta, tetapi pewarisan tersebut hanya boleh berlaku selepas statusnya disahkan dan melalui keputusan mahkamah.

Anggapan Kematian

Apabila seseorang hilang untuk tempoh yang lama, mahkamah boleh mengeluarkan perintah anggapan kematian. Proses ini boleh berlaku di dua jenis mahkamah:

  • Mahkamah Syariah: Berdasarkan Seksyen 80 Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan 1997), seseorang dianggap telah meninggal dunia setelah hilang selama 4 tahun. Ini juga akan membawa kepada pembubaran perkahwinan dan status kematian yang sah.
  • Mahkamah Tinggi Sivil: Berdasarkan Seksyen 108 Akta Keterangan 1950, seseorang dianggap meninggal dunia setelah hilang selama 7 tahun. Setelah tempoh ini, mahkamah boleh membahagikan harta pusaka orang yang hilang itu.

Pewarisan Harta Waris Hilang

Pewarisan harta orang hilang akan diputuskan berdasarkan status kematiannya yang dianggap berlaku pada tarikh perintah anggapan kematian oleh mahkamah. Harta tersebut boleh dibahagikan seperti berikut:

  • Waris tunggal/pendinding: Jika orang hilang adalah satu-satunya waris, semua harta akan dipegang oleh waris tersebut. Segala pembahagian harta akan ditangguhkan sehingga status orang hilang diputuskan.
  • Berkongsi dengan waris lain: Dalam situasi lain, harta akan dibahagikan kepada waris yang masih hidup, berdasarkan faraid, atau harta tersebut dianggap sebagai harta orang yang meninggal dunia dan dibahagikan kepada ahli keluarga yang layak.

Penutup

Waris yang menghadapi masalah waris hilang perlulah dapatkan perintah anggapan kematian untuk meneruskan pengurusan pusaka di Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil. Sekiranya tuan puan perlukan bantuan solusi pusaka, maka bolehlah hubungi Abu Nuha (+6014-5241281).

Langgan Informasi

Jom langgan informasi tentang pewarisan dan solusi pusaka terkini secara percuma.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Perlukan Solusi?