fbpx

Penjelasan: Adakah Pemilikan Semula Hartanah Setelah Dirampas Dikira Pusaka?

Saya, Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2022. Saua juga merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh bantu tuan puan berkaitan dengan pewarisan.

Persoalan

Berdasarkan apa yang diceritakan, maka kesimpulan soalan:

Adakah pemilikan semula hartanah setelah dirampas dikira pusaka?

Jawapan

Persoalan di atas dijawab oleh Tuan Azlan (former PTG Putrajaya, sekarang JKPTG Selangor):

Waalaikumusalam.

Jika tanah tidak dibayar cukai tanah oleh pemilik, tindakan perampasan akan dibuat oleh kerajaan. Maka tanah akan kembali semula kepada kerajaan.

Akibat terputusnya pemilikan tanah kerana perampasan dan pengembaliannya kepada kerajaan, maka sesiapa pun boleh memohon tanah tu. Seolah-olah tanah itu seperti kain putih.

Jadi terbuka kepada sesiapa untuk memohonnya sama ada waris, orang ramai atau mana-mana syarikat sekalipun. Dalam kes ini jika waris telah memohon dan prosesnya adalah seperti baru memohon tanah kerajaan.

Pemohon perlu lalui semula mengisi borang Jadual 1 untuk pemberimilikan dan kelulusan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Seterusnya pemohon akibat kelulusan telah menjadi pemilik baharu akan diberi kelulusan melalui Notis 5A dan pembayaran premium kepada kerajaan perlu dijelaskan.

Saya berpandangan tanah tersebut bukan lagi milik arwah sebaliknya milikan sah anak yang memohon tersebut. Cuma jika lebih baik pemilik tanah memberi sedikit saguhati kepada ahli-ahli waris yang lain jika ada hasil-hasil tumbuhan yang diwarisi atau binaan di atas.

Dalam kes di atas, dah lebih 25 tahun, maka kitaran kelapa sawit pun dah habis. Maka tidak timbul isu pusaka lagi.

Alhamdulillah, dengan jawapan daripada ahlinya, maka terjawablah soalan di atas. Untuk maklumat lanjut tentang Akta Pengambilan Tanah 1960, tuan puan boleh muat turun slide yang disediakan oleh JKPTG.

Kesimpulan

Hartanah yang telah dirampas telah menjadi hak milik kerajaan dan bukan harta arwah lagi. Pemilikan hartanah tersebut menjadi hak milik pemilik baru sekalipun ia dimiliki oleh waris arwah. Harta tersebut tidak perlu difaraidkan. Cuma, saya bersetuju jika pemilik tanah memberi saguhati kepada waris lain bagi mendamaikan keadaan.

Saya berterima kasih kepada Ustaz Abdul Rahim Adam atas usaha beliau bertanya kepada Tuan Azlan.

Allahu A’lam.

Penutup

Alhamdulillah, semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada semua. Sekiranya tuan puan mempunyai hasrat untuk merancang harta, maka bolehlah hubungi Abu Nuha (+6014-5241281).

Langgan Informasi

Jom langgan informasi tentang pewarisan dan solusi pusaka terkini secara percuma.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Perlukan Solusi?