Apakah Pantang Larang Balu Selepas Kematian Suami?

Saya Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2022. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh bantu tuan puan berkaitan dengan pewarisan.

Topik kali ini saya ingin berkongsi apakah yang perlu dibuat oleh balu selepas kematian suami. Secara ringkasnya, balu perlu berkabung selama 4 bulan 10 hari dan ada pantang larang yang perlu dipatuhi.

Isi Kandungan

Pantang Larang Semasa Tempoh Iddah

Dalam Islam, wanita yang suaminya meninggal dunia dikenali sebagai “al-muhaddah” dan perlu menjalani tempoh iddah. Tempoh iddah adalah masa tertentu yang mesti dijalani oleh seorang wanita selepas kematian suaminya, di mana terdapat beberapa peraturan khusus yang perlu dipatuhi.

Dalilnya ialah hadis Rasulullah SAW kepada seorang wanita yang kematian suaminya:

امكثي في بيتك حتى يبلغ الكتاب أجله

Maksudnya: “Tinggallah di rumahmu sehingga habis tempoh iddah.” (Hadis riwayat Abu Dawud, Tirmizi)

Berikut adalah peraturan-peraturan khusus untuk wanita dalam tempoh iddah:

Pertama, Balu Wajib Tinggal Di Rumah

Wanita tersebut harus tinggal di rumahnya sepanjang tempoh iddah. Ini bermaksud dia tidak boleh keluar kecuali untuk keperluan yang mendesak.

Hadis yang diriwayatkan oleh Zainab binti Abi Salamah bahawa Nabi SAW pernah bersabda:

لَا يَحِلُّ لِامْرَأَةٍ تُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ، تُحِدُّ عَلَى مَيِّتٍ فَوْقَ ثَلَاثٍ، إِلَّا عَلَى زَوْجٍ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا

Maksudnya: “Tidak halal bagi wanita yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat untuk berkabung lebih daripada tiga hari kecuali jika yang meninggal adalah suaminya, maka waktunya adalah empat bulan dan sepuluh hari.” – (Riwayat Bukhari)

Hukum berpindah-pindah antara rumah:

  • Jika dia memiliki lebih daripada satu rumah, wajib menetap di rumah utama yang didiami bersama suami sebelum kematian suami.
  • Tidak boleh berpindah ke rumah lain hanya kerana suka-suka.
  • Dibenarkan keluar jika ada sebab yang kuat seperti faktor keselamatan, keperluan perubatan, atau pekerjaan jika tiada nafkah.
Kedua, Tidak Memakai Pakaian Berhias

Dia dilarang memakai pakaian yang dianggap menarik atau cantik. Namun, dia dibenarkan memakai pakaian yang berwarna-warni tetapi tidak menarik.

Ketiga, Tidak Memakai Perhiasan

Perhiasan seperti emas, perak, berlian, dan lain-lain tidak boleh dipakai. Ini termasuk jam tangan yang dianggap sebagai perhiasan.

Keempat, Tidak Bercelak

Wanita tersebut tidak boleh bercelak atau menggunakan sebarang bentuk solekan kecuali penggunaan air dan sabun untuk membersihkan wajah.

Kelima, Tidak Memakai Wangi-Wangian

Penggunaan wangi-wangian juga dilarang dalam tempoh ini.

Namun, terdapat pengecualian untuk peraturan ini jika terdapat keperluan mendesak seperti rawatan perubatan atau membeli barang keperluan jika tiada orang lain yang dapat membantunya. Tetapi, keluar untuk tujuan sosial seperti melawat anak-anak tidak dibenarkan.

Adakah Balu Boleh Keluar Untuk Urusan Pusaka?

Hal ini kembali kepada keperluan mendesak tadi. Jika ada pihak yang boleh bantu balu tersebut, maka keperluan mendesak tadi terangkat dan tidak boleh keluar untuk tujuan tersebut. Jika tiada yang boleh bantu dan sememangnya satu keperluan yang tidak dapat dielakkan, maka dibolehkan.

Sebaiknya perkara ini boleh dielakkan dengan menyertai khairat pusaka. Apa itu khairat pusaka? Saya dah jelaskan di dalam perkongsian lepas. (Tekan sini)

Peraturan ini bertujuan untuk mengekalkan suasana berkabung dan menunjukkan kesedihan atas kehilangan suami, serta memberi masa kepada wanita tersebut untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru.

Penutup

Alhamdulillah, berakhir sudah perkongsian ini, semoga berkongsian ringkas ini memberi input kepada kita semua. Jika tuan puan mempunyai hasrat perancangan harta atau ada kes pusaka yang belum selesai, maka saya boleh bantu tuan puan. Hubungi Abu Nuha (+6014-5241281).

Langgan Informasi

Jom langgan informasi tentang pewarisan dan solusi pusaka terkini secara percuma.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Perlukan Solusi?