fbpx

Ceraikan Isteri Untuk Elak Faraid

Saya, Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2022. Saya merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh bantu tuan puan untuk menjawab soalan berkaitan dengan pewarisan.

Isi Kandungan

Soalan

Apa hukum seorang suami menceraikan isterinya bertujuan untuk menghalangnya daripada mewarisi harta, sedangkan si isteri adalah isteri keduanya, dengan mengetahui bahawa mereka tidak saling menyukai satu sama lain dan selalu berjauhan dalam segala hal? Kerana takut isterinya akan mengambil hak anak-anaknya, dia akan menceraikannya dengan alasan bahawa anak-anak lebih berhak atas harta bapanya. Mohon pencerahan, terima kasih.

Jawapan

Segala puji bagi Allah, dan selawat serta salam ke atas Baginda SAW, keluarga dan sahabatnya.

Untuk menjawab soalan, keadaan lelaki (suami) ini tidak terlepas dari dua kemungkinan:

Pertama: Dia menceraikan isterinya ketika maradhul maut (sakit mati) dengan tujuan untuk menghalangnya daripada mewarisi harta, maka perceraian itu sah. Namun, adakah isterinya berhak mewarisi jika dia meninggal? Ulama berbeza pendapat dalam hal ini:

Majoriti ulama berpendapat bahawa isterinya berhak mewarisi dalam keadaan apa pun, sama ada perceraian itu adalah talak bain ataupun talak rajie.

Sementara itu, mazhab Syafie berpendapat bahawa isterinya berhak mewarisi jika perceraian itu adalah talak rajie (talak yang boleh rujuk kembali) dan tidak berhak mewarisi jika perceraian itu adalah talak bain.

Kedua: Dia menceraikannya ketika dalam keadaan sihat dan bukan dalam keadaan maradhul maut (sakit mati), maka perceraian itu sah. Isteri tidak berhak mewarisi dan begitu juga sebaliknya, walaupun tujuannya adalah untuk menghalangnya dari mewarisi. Ini berlaku jika perceraian itu adalah talak bain. Namun, jika perceraian itu adalah talak rajie, maka isterinya berhak mewarisi selama dia masih dalam iddah.

Wallahu A’lam.

Langgan Informasi

Jom langgan informasi tentang pewarisan dan solusi pusaka terkini secara percuma.

2 thoughts on “Ceraikan Isteri Untuk Elak Faraid”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Perlukan Solusi?