Saya, Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2022. Saya merupakan lepasan daripada Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh. Insya Allah saya boleh bantu tuan puan dalam masalah berkaitkan dengan pusaka.
Isi Kandungan
Soalan
Assalamualaikum, mohon kirakan faraid bagi arwah meninggalkan ibu, ayah dan seorang isteri serta 2 orang anak perempuan. Harta yang ditinggalkan bernilai RM1 juta.
Berapakah bahagian setiap waris mengikut faraid?
Jawapan:
Waalaikumussalam, untuk menjawab soalan berikut, saya dah ringkas di dalam poster di atas. Yang menarik kes ini adalah pengiraan faraid adalah pengiraan aul iaitu saham (bahagian waris) lebih banyak daripada asal masalah.
Pembahagian setiap waris:
- Isteri dapat 1/8 disebabkan arwah memiliki anak perempuan.
- Ibu dapat 1/6 disebabkan arwah memiliki anak perempuan.
- Ayah dapat 1/6 dan asobah disebabkan arwah memiliki anak perempuan sahaja.
- Anak perempuan dapat 2/3 disebabkan bilangan mereka lebih daripada satu.
Setelah pengiraan dibuat, isteri dapat 3/27, ibu dapat 4/27, ayah dapat 4/27 dan anak perempuan dapat 8/27 seorang. Jika diperhati, bilangan saham (3+4+4+8+8=27) menyebabkan asal masalah asalnya 24 dipotong dan digantikan dengan 27. Kerana itulah setiap orang per 27.
Apabila setiap waris sudah tahu bahagian masing-masing, bahagian yang diperolehi didarab jumlah harta. Sebagai contoh bahagian isteri 3/27 x RM1,000,000 = RM111,111.
Semoga bermanfaat.