Pelantikan Sahabat Wakil & Penjaga Sebagai Pempetisyen Pengurusan Harta Pusaka

Saya Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2022. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Univerisiti Islam Imam Muhammad ibn Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh bantu tuan puan berkaitan dengan pewarisan.

Isi Kandungan

Pendahuluan

Dalam proses pengurusan harta pusaka si mati, terdapat situasi tertentu yang memerlukan pihak ketiga dilantik sebagai pempetisyen atau pemohon. Hal ini berlaku apabila waris yang ada tidak berkeupayaan untuk menguruskan permohonan sendiri, sama ada disebabkan oleh keadaan mental, ketidakdewasaan, atau ketidakupayaan lain yang diiktiraf oleh undang-undang.

Artikel ini membincangkan dua pelantikan penting dalam konteks ini iaitu pelantikan Sahabat Wakil dan pelantikan Penjaga sebagai pempetisyen.

Pelantikan Sahabat Wakil

Situasi ini timbul apabila:

  • Hanya terdapat seorang waris tunggal;
  • Waris tersebut ditakrifkan sebagai pesakit mental di bawah Akta 98, Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955;
  • Waris ini masih sah sebagai penerima pusaka, tetapi tidak mampu secara undang-undang atau mental untuk mengurus tuntutan harta pusaka.

Sahabat Wakil merujuk kepada individu yang rapat dengan si mati atau waris, yang boleh dipercayai dan bertindak bagi pihak waris pesakit untuk menjalankan proses tuntutan pusaka.

Tujuan pelantikan Sahabat Wakil:

  • Memastikan hak pesakit mental terhadap pusaka tetap dilindungi dan tidak terbatal disebabkan ketidakmampuan mental.
  • Menyediakan laluan undang-undang yang sah untuk proses perlantikan pentadbir harta dan pembahagian harta pusaka.

Pelantikan Penjaga

Situasi ini berlaku apabila:

  • Semua waris yang ada belum mencapai umur dewasa (belum baligh) atau;
  • Waris yang ada tidak sempurna akal (OKU intelek) dan tidak mampu menjadi pempetisyen atau menjalankan hak mereka.

Dalam situasi sebegini, seorang Penjaga (guardian) akan dilantik untuk bertindak sebagai pempetisyen atau pemohon bagi pihak waris-waris yang tidak berkeupayaan ini.

Penjaga ini boleh terdiri daripada:

  • Ibu atau bapa kandung;
  • Waris dewasa yang dipercayai;
  • Individu lain yang dilantik oleh Mahkamah.

Tujuan pelantikan Penjaga:

  • Memastikan hak waris bawah umur atau tidak sempurna akal tetap terpelihara;
  • Memastikan harta pusaka dapat diurus dan dibahagi mengikut hukum syarak dan undang-undang sivil dengan betul;
  • Melindungi harta agar tidak disalah guna atau dituntut oleh pihak yang tidak berhak.

Kesimpulan

Pelantikan Sahabat Wakil dan Penjaga sebagai pempetisyen adalah satu mekanisme penting yang disediakan dalam sistem perundangan Malaysia untuk memastikan keadilan tetap ditegakkan walaupun waris yang ada tidak mampu membuat tuntutan sendiri.

Ini menunjukkan keprihatinan sistem perundangan terhadap golongan rentan seperti pesakit mental, kanak-kanak dan mereka yang tidak sempurna akal. Oleh itu, dalam setiap permohonan pusaka, penting untuk memastikan bahawa waris yang terlibat mendapat perlindungan yang sewajarnya melalui pelantikan pihak yang layak dan bertanggungjawab.

Langgan Informasi

Jom langgan informasi tentang pewarisan dan solusi pusaka terkini secara percuma.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Perlukan Solusi?