Saya, Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2022. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh bantu tuan puan berkaitan dengan pewarisan.
Isi Kandungan
Persoalan
Assalamualaikum,
Bagaimana kita nak bezakan anak kandung dan anak tiri kepada arwah?
Jawapan
Realiti
Saban hari masalah pusaka sering timbul melibatkan waris-waris yang dinafikan hak mereka. Ibu tiri menafikan hak anak-anak kepada arwah dari perkahwinan lain. Ibu tiri sangka harta arwah diberikan kepada anak-anaknya sahaja.
Ibu tiri menyangka anak-anak tirinya tidak dapat pusaka padahal konsep sebenar bukanlah dinisbahkan kepada ibu tiri tetapi kepada si mati. Apabila anak tersebut adalah anak kepada si mati, mereka berhak ke atas harta ayah mereka. Tiada beza antara anak seibu sebapa atau sebapa.
Masalah ini juga timbul jika yang meninggal adalah isteri. Anak kepada suami daripada isteri lain adalah anak tiri, mereka tidak berhak mewarisi harta ibu tiri. Apapun, tuan puan perlu memahami gambar yang telah saya sediakan.
Perbezaan
Kenal pasti apa itu anak tiri, apa itu anak kandung.
Anak tiri ialah anak kepada isteri atau suami (seseorang) daripada perkahwinannya yang terdahulu (Kamus Dewan Edisi Keempat).
Anak kandung pula merujuk kepada anak lelaki atau perempuan kepada pasangan suami isteri yang juga dipanggil sebagai anak sendiri.
Penutup
Semoga perkongsian ringkas ini memberi pencerahan kepada pembaca. Moga-moga tidak timbul lagi isu yang melibatkan anak dinafikan hak mereka.