
Saya Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2022. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh bantu tuan puan berkaitan dengan pewarisan.
Isi Kandungan
Perjalanan Urusan Pusaka

Dalam Islam, pengurusan harta pusaka sangat penting untuk memastikan harta si mati diagihkan kepada waris yang berhak dengan adil dan mengikut syariah. Proses ini melibatkan beberapa langkah yang perlu diikuti oleh waris bagi memastikan urusan pusaka berjalan dengan lancar dan tidak terhalang oleh sebarang isu perundangan. Artikel ini akan menerangkan perjalanan urusan pusaka dari awal hingga selesai.
Pengumpulan Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan
Langkah pertama dalam proses tuntutan pusaka adalah mengumpulkan dokumen penting yang diperlukan untuk permohonan. Dokumen-dokumen ini termasuk:
- Borang A (permohonan pusaka kecil).
- Salinan Surat Mati si mati.
- Salinan Kad Pengenalan pemohon dan waris lain.
- Salinan Sijil Nikah (jika berkaitan).
- Salinan Geran/Sijil Hak Milik Harta.
- Carian Rasmi Hartanah.
- Surat Akuan Sumpah.
Dokumen tambahan mungkin diperlukan bergantung pada kes, seperti:
- Borang DDA (jika waris tidak hadir bicara).
- Salinan Penyata Hutang.
- Salinan Resit Cukai Tanah/Pintu.
- Anggaran Nilai Harta.
- Sijil Faraid daripada Mahkamah Syariah.
- Surat Akuan Jika Tersalah Nama.
- Surat Akuan Jual Beli (S&P) jika berkaitan.
- Lukisan Struktur Waris Faraid.
Permohonan Pusaka Kecil (Borang A)
Selepas semua dokumen dikumpulkan, waris boleh mengemukakan permohonan pusaka kecil melalui Borang A.
Penilaian Kes Pusaka
Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) akan menentukan nilai pasaran harta yang terlibat bagi menentukan sama ada ia perlu diproses melalui Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi berdasarkan nilai harta:
- Pusaka Kecil: Jika nilai harta tidak melebihi RM5 juta sama ada harta alih atau tak alih.
- Mahkamah Tinggi Sivil: Apa-apa jenis harta.
Pembicaraan Pusaka
- Jika harta dikendalikan melalui Pejabat Pusaka Kecil, perbicaraan akan dijalankan untuk menetapkan pembahagian.
- Jika terdapat waris yang tidak dapat hadir, mereka boleh mengisi Borang DDA bagi membolehkan keputusan dibuat tanpa kehadiran mereka.
Perintah Pembahagian Atau Surat Kuasa Mentadbir
Perintah akan dikeluarkan setelah pihak waris membayar fee yang telah ditetapkan dan perlu menunggu beberapa tempoh tertentu.
Pentadbir Mendaftarkan Perintah Di Institusi Berkaitan
Setelah mendapat perintah pembahagian atau surat kuasa mentadbir, waris perlu:
- Mendaftarkan perintah tersebut di Pejabat Tanah untuk memindahkan hak milik harta tanah.
- Menguruskan pemindahan akaun bank, saham, dan aset lain.
Permohonan Ulang Bicara (Borang P)
Sekiranya ada harta yang tertinggal dalam perintah pentadbiran, waris boleh memohon ulang bicara dengan Borang P untuk memasukkan harta yang tertinggal.
Nota Penting
- Kes pusaka di Pejabat Pusaka Kecil tidak boleh diproses jika terdapat pertikaian antara waris.
- Waris boleh bersepakat dalam pembahagian dengan syarat semua bersetuju selepas mengetahui hak faraid masing-masing.
- Harta yang dihibahkan semasa hayat perlu pengesahan Mahkamah Syariah.
- Harta yang dipegang sebagai sepencarian perlu mendapatkan perintah Mahkamah Syariah sebelum diagihkan.
- Wasiat wajibah boleh dituntut oleh waris tertentu berdasarkan keputusan Mahkamah Syariah.
Kesimpulan
Proses pengurusan pusaka boleh menjadi kompleks, tetapi dengan perancangan dan pemahaman yang baik, ia dapat diselesaikan dengan lebih lancar. Waris perlu mengambil langkah proaktif dalam memastikan semua dokumen lengkap, memahami proses yang terlibat, dan mendapatkan bantuan daripada pakar pusaka jika perlu. Dengan ini, harta pusaka dapat diagihkan secara adil tanpa menimbulkan konflik dalam keluarga.