fbpx

Perbezaan Pejabat Pusaka Kecil Dengan Mahkamah Tinggi Sivil & Pilihan Khairat Pusaka

Saya Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2022. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh bantu tuan puan berkaitan dengan pewarisan.

Pendahuluan

Dalam pengurusan harta pusaka di Malaysia, terdapat beberapa jalan yang boleh diambil untuk menyelesaikan isu pusaka, bergantung kepada jumlah nilai harta dan situasi keluarga. Apabila melibatkan pasangan yang bercerai dan berkahwin semula serta adanya waris yang tidak memberikan kerjasama, pengurusan pusaka menjadi lebih rumit. Artikel ini akan menerangkan perbezaan utama antara proses pengurusan pusaka melalui Pejabat Pusaka Kecil dan Mahkamah Tinggi Sivil, serta pilihan terbaik bagi situasi ini.

Pejabat Pusaka Kecil

Pejabat Pusaka Kecil bertanggungjawab dalam menguruskan harta pusaka yang bernilai kurang daripada RM5 juta, dan harta tersebut terdiri daripada tanah pertanian, rumah, atau tanah kosong. Proses ini selalunya lebih lambat dan kos pengurusannya lebih rendah berbanding Mahkamah Tinggi Sivil. Namun, untuk memulakan proses ini, persetujuan daripada semua waris diperlukan, dan tiada pertikaian yang boleh berlaku antara mereka.

Kelebihan Pusaka Kecil:
  • Proses mengambil masa yang lambat: Ini disebabkan tumpuan orang ramai di sana. Oleh itu, jika semua waris memberikan kerjasama, tempoh masa untuk menyelesaikan pusaka biasanya lebih singkat.
  • Kos lebih rendah: Caj pentadbiran yang dikenakan oleh Pejabat Pusaka Kecil adalah lebih rendah berbanding kos yang terlibat di Mahkamah Tinggi.
  • Tidak perlu peguam: Waris tidak perlu melantik peguam, dan boleh menguruskan proses ini secara terus dengan pejabat pusaka. Namun, perkhidmatan pihak ketiga akan memudahkan urusan waris daripada mula sehingga selesai.
Cabaran dengan Waris Tidak Memberikan Kerjasama:

Apabila terdapat waris yang enggan memberikan kerjasama, seperti pasangan terdahulu yang bercerai atau anak-anak daripada perkahwinan pertama, proses ini akan menjadi lebih sukar. Pejabat Pusaka Kecil tidak dapat meneruskan proses sekiranya terdapat pertikaian antara waris. Dalam situasi ini, kes perlu dirujuk kepada Mahkamah Tinggi Sivil.

Sekiranya ingin diteruskan juga dengan membuktikan bahawa waris tersebut tidak memberikan kerjasama, maka hak waris tersebut akan dipegang boleh pihak Amanah Raya Berhad. Itu pun perlu mengambil masa yang panjang untuk beberapa kali proses bicara.

Mahkamah Tinggi Sivil

Bagi harta pusaka yang bernilai melebihi RM5 juta atau apabila terdapat pertikaian antara waris dan memiliki waris yang tidak mampu bertasarruf seperti anak bawah umur, anak OKU, waris gila dan lain-lain, Mahkamah Tinggi Sivil merupakan platfrom yang lebih sesuai. Dalam kes yang melibatkan perceraian dan perkahwinan semula, isu hak penjagaan, tuntutan nafkah, atau perbezaan pandangan antara waris boleh menjadi lebih kompleks. Mahkamah Tinggi Sivil berperanan untuk mengadili dan menentukan pembahagian harta berdasarkan hukum faraid, wasiat, atau dokumen perjanjian lain yang sah di sisi undang-undang.

Kelebihan Mahkamah Tinggi Sivil
  • Menyelesaikan pertikaian: Mahkamah mempunyai kuasa untuk membuat keputusan apabila terdapat perselisihan antara waris. Ini termasuk waris yang enggan memberikan kerjasama.
  • Proses lebih teliti: Segala tuntutan waris yang sah boleh diselesaikan dengan lebih telus, dan mahkamah akan mempertimbangkan semua aspek termasuk dokumen wasiat, hibah, dan hak waris.
Cabaran Mahkamah Tinggi Sivil
  • Kos lebih tinggi: Proses di Mahkamah Tinggi memerlukan kos guaman dan perundangan yang lebih tinggi.
  • Masa lebih cepat: Proses pengadilan di Mahkamah Tinggi boleh memakan masa yang lebih cepat, disebabkan bidang kuasanya lebih luas seperti pengeluaran Geran Probet bagi yang mempunyai wasi, dapat mengeluarkan perintah pembahagian dll. Jika terdapat banyak perbalahan atau waris yang tidak memberikan kerjasama, proses pusaka dapat diteruskan dengan beberapa cara yang bersesuaian.

Pilihan Terbaik Untuk Situasi Ini

Bagi situasi pasangan yang bercerai dan berkahwin lain semula, serta wujudnya waris yang tidak memberikan kerjasama, berikut adalah beberapa langkah dan pilihan yang boleh dipertimbangkan:

  • Rundingan: Sebelum membawa kes ke Mahkamah Tinggi, cuba adakan perbincangan atau rundingan dengan waris yang terlibat. Jika berjaya mencapai persetujuan, pengurusan pusaka boleh terus dilakukan di Pejabat Pusaka Kecil. Jika jangkaan waris tidak dapat berikan kerjasama, maka pilihan pengurusan pusaka di Mahkamah Tinggi Sivil adalah terbaik.
  • Lantik Wasi atau Pentadbir Harta: Pastikan ada wasi atau pentadbir harta yang dilantik dengan persetujuan semua waris untuk menguruskan pusaka. Wasi boleh memainkan peranan sebagai orang tengah untuk menguruskan konflik. Pihak Mahkamah Tinggi Sivil akan mengeluarkan Geran Probet untuk memudahkan urusan pusaka.
  • Dokumen Wasiat atau Hibah: Sekiranya terdapat wasiat atau dokumen hibah yang sah, ini boleh membantu mempercepatkan proses di Mahkamah Tinggi. Hibah boleh digunakan untuk memindahkan harta kepada waris yang diingini sebelum kematian dengan cara turun milik selepas kematian, dan mengelakkan pertikaian.
  • Bawa Kes ke Mahkamah Tinggi Sivil: Jika rundingan gagal dan waris tetap tidak memberikan kerjasama, Mahkamah Tinggi Sivil adalah pilihan terakhir untuk memastikan pembahagian harta berlaku dengan adil menurut hukum faraid. Walaupun proses ini lebih lama dan mahal, ia memastikan hak setiap waris yang sah dipelihara.

Peranan Khairat Pusaka

Apabila berlaku kematian, pengurusan pusaka perlu diteruskan untuk memastikan harta arwah diurus dan diwarisi dengan cara yang betul. Banyak kesilapan yang berlaku di dalam masyarakat kita sehinggakan ada waris yang termakan harta secara batil, berlaku perbalahan yang berpanjangan dan sebagainya. Dengan wujudnya khairat pusaka, ia dapat memudahkan waris dan meminimumkan risiko harta beku disebabkan konflik yang timbul.

Ini adalah perjalanan yang akan dilalui bagi peserta khairat pusaka. Ini maklumat lanjut tentang apa itu khairat pusaka, tuan puan boleh baca di sini. Untuk mengetahui mengapa tuan puan wajib menyertai khairat pusaka, tuan puan boleh baca di sini.

Penyertaan khairat pusaka ini selama 180 bulan bersamaan 15 tahun atau berlaku kematian dalam tempoh sumbangan. Sekiranya seseorang itu hidup melebihi 15 tahun daripada awal penyertaan, maka sumbangan akan berhenti setakat 15 tahun sahaja dan manfaat akan tetap dapat. Manakala situasi seseorang yang meninggal dalam tempoh sumbangan, maka sumbangan akan berhenti setakat kematian sahaja. Sebagai contoh, Ali menyertai khairat pusaka pada 1 Jan 2024, namun berlaku kematian kepadanya pada 1 Julai 2024. Walaupun hanya menyumbang RM390 sahaja (Al-Wasitah Mutiara), Ali tetap dapat manfaat pengurusan pusaka secara percuma.

Pakej Al-Wasitah Mutiara

Bagi Pakej Al-Wasitah Mutiara, ia menawarkan pilihan bayaran yang lebih rendah, sesuai untuk mereka yang ingin failkan pengurusan pusaka di Pejabat Pusaka Kecil. Berikut adalah struktur bayaran yang ditawarkan mengikut kategori umur:

  • RM 65/sebulan bagi mereka yang berumur 18 – 45 tahun.
  • RM 80/sebulan bagi mereka yang berumur 46 – 60 tahun.

Dengan kos yang lebih rendah, Pakej Al-Wasitah Mutiara sesuai untuk individu yang mempunyai harta tidak lebih RM5 juta, tidak mempunyai konflik, waris yang mampu bertasarruf dan lain-lain situasi yang tidak kritikal. Sekiranya ada situasi kritikal, perjalanan pengurusan pusaka lebih panjang dan perlu melalui beberapa perbicaraan.

Pakej ini tetap diberikan Dokumen Pelantikan Wasi dan juga wasiat 1/3 secara walaupun tidak digunakan di Pejabat Pusaka Kecil, namun ia sebagai “back up plan” sekiranya waris ingin mengangkat kes pusaka ke Mahkamah Tinggi Sivil bagi situasi yang kritikal.

Pakej Al-Wasitah Belian

Untuk mereka yang ingin mendapatkan pengurusan pusaka tambahan dengan lebih manfaat, Pakej Al-Wasitah Belian menawarkan struktur bayaran yang lebih tinggi. Struktur bayaran adalah seperti berikut:

  • RM 175/sebulan bagi mereka yang berumur 18 – 45 tahun.
  • RM 190/sebulan bagi mereka yang berumur 46 – 60 tahun.

Pakej ini sesuai untuk mereka yang mencari pengurusan pusaka yang lebih komprehensif atau memiliki keperluan yang lebih kompleks, seperti pengurusan aset yang lebih besar atau situasi yang kritikal bagi mempercepatkan proses pusaka.

Dokumen Pelantikan Wasi akan digunakan di sini bagi pengeluaran Geran Probet yang boleh memudahkan urusan pusaka atau pihak Mahkamah Tinggi Sivil mengeluarkan Surat Kuasa Mentadbir bagi kes biasa.

**Geran Probet ialah dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi yang memberi kuasa kepada pemegang probet (biasanya wasi) untuk mentadbir harta pusaka si mati yang meninggalkan wasiat.

Manfaat Utama Kedua-Dua Pakej

Kesimpulan

Memilih sama ada untuk menguruskan pusaka di Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil bergantung kepada situasi harta dan keadaan waris. Jika terdapat perselisihan atau nilai harta melebihi RM5 juta, Mahkamah Tinggi Sivil adalah pilihan yang terbaik. Namun, jika semua waris boleh bekerjasama dan nilai harta kurang dari RM5 juta, Pejabat Pusaka Kecil adalah jalan yang lebih murah. Pastikan setiap langkah dilakukan dengan penuh teliti, dengan rundingan yang baik dan dokumentasi yang sah bagi mengelakkan sebarang pertikaian di masa hadapan.

Langgan Informasi

Jom langgan informasi tentang pewarisan dan solusi pusaka terkini secara percuma.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Perlukan Solusi?