fbpx

Adakah Urusan Pusaka Boleh Diteruskan Jika Ada Waris Tidak Berikan Kerjasama?

Saya Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2022. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh bantu tuan puan berkaitan dengan pewarisan.

Persoalan

Abu Nuha,

Apa yang perlu dilakukan sekiranya ada waris tidak mahu hadir ke bicara pusaka & tidak mahu mengisi borang DDA kerana protes.

Adakah urusan pusaka boleh diteruskan jika ada waris tidak berikan kerjasama?

Jawapan

Terima kasih kepada tuan yang bertanya tentang hal ini. Sememangnya banyak berlaku dalam masyarakat kita yang mana urusan pusaka tergendala disebabkan ada waris yang tidak bagi kerjasama.

Faktor kepada waris tidak bagi kerjasama ialah dengki, tamak, tidak berpuas hati dengan pembahagian, wasiat yang tidak dipersetujui waris dan sebagainya. Oleh itu, adakah urusan pusaka boleh diteruskan dalam situasi begini?

Setelah saya merujuk kepada ahlinya, pengurusan pusaka boleh diteruskan mengikut situasi berikut:

Pertama, Pengurusan Pusaka Di Pejabat Pusaka Kecil.

Ahli waris yang beri kerjasama boleh kumpulkan bukti dan ditunjukkan kepada pihak Pejabat Pusaka Kecil bahawa ada waris enggan berikan kerjasama. Hantaran email, surat, mesej secara personal telah dibuat dan waris yang enggan tersebut berkeras untuk tidak bagi kerjasama.

Pihak Pejabat Pusaka Kecil boleh teruskan bicara dan bahagian waris tersebut diserahkan kepada Amanah Raya sebagai pentadbir. Namun begitu, maklumat asas seperti IC perlu diusahakan. Bahagian waris tersebut dikekalkan sepertimana pengiraan faraid, tidak terlebih dan tidak berkurang.

Barangkali bicara akan 2 3 kali sehingga perintah dikeluarkan.

Kedua, Pengurusan Pusaka Di Mahkamah Tinggi Sivil.

Ahli waris yang beri kerjasama boleh teruskan bicara sehingga peringkat pembahagian, manakala waris yang tidak berikan kerjasama akan diserahkan kepada Amanah Raya sebagai pentadbir harta.

Situasi di Mahkamah Tinggi Sivil perlu juga usaha dapatkan IC waris yang enggan tersebut dan juga bukti keengganannya untuk teruskan permohonan. Pemohon masih kena datang beri keterangan tentang nasab si mati bersama saksi-saksi yang sudi bagi kerjasama. Waris yang enggan hadir semasa bicara ataupun tidak, bicara pusaka boleh diteruskan.

Apapun, kedua-dua situasi perlu kepada pentadbir daripada pihak waris yang bersetuju. Jika tiada, urusan pusaka tidak dapat diteruskan. Situasi ini berbeza ada pelantikan wasi yang mana boleh memohon geran probet daripada pihak mahkamah.

Bagaimana Pula Jika Waris Yang Enggan Ingin Dapatkan Haknya?

Jawabnya, waris tersebut perlu melalui urusan pusaka dengan memohon semula perintah pembahagian (ulang bicara). Sudah pasti kos perlu dikeluarkan untuk urusan tersebut.

Kesimpulannya, tiada faedah jika waris ambil tindakan memprotes yang akhirnya merugikan diri sendiri.

Adakah Wasiyyah Shoppe Berhad Boleh Bantu?

Ya, pihak Wasiyyah Berhad boleh bantu waris yang hadapi masalah waris yang tidak bagi kerjasama. Namun, ada peningkatan sedikit kos bagi pengurusan pusaka dan waris perlu ada perlu usahakan semua dokumen yang berkaitan barulah permohonan boleh diproses.

Oleh itu, pihak di tangan waris untuk membiarkan harta pusaka terus terbeku ataupun pengurusan pusaka diteruskan dengan kuasa penuh pihak mahkamah.

Penutup

Alhamdulillah, berakhirlah perkongsian ringkas berkenaan waris yang tidak bagi kerjasama dalam urusan pusaka. Semoga bermanfaat. Sekiranya tuan puan memiliki kes pusaka yang belum diselesaikan, pihak WSB adalah pilihan yang terbaik. Tuan puan boleh hubungi Abu Nuha (+014-5241281) untuk maklumat lanjut.

Langgan Informasi

Jom langgan informasi tentang pewarisan dan solusi pusaka terkini secara percuma.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Perlukan Solusi?