fbpx

Khairat Pusaka, Pengurusan Pusaka Percuma

Saya, Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2022. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh bantu tuan puan berkaitan dengan pewarisan.

Pendahuluan

Alhamdulillah ramai dah mula celik tentang pengurusan harta pusaka yang mana telah lama menghantui masyarakat kita. Mereka mengatakan pengurusan pusaka ini susah, sukar dan merumitkan. Ramai rakyat Malaysia khususnya orang Islam tidak menguruskan harta pusaka kerana faktor ketiadaan ilmu untuk mengurus pusaka, tiada kewangan yang mencukupi untuk cairkan aset arwah dan sebagainya. Mungkin juga faktor hubungan keluarga yang tidak erat dan ada perselisihan yang menyebabkan harta terus terbeku.

Melihat situasi ini terus membarah di dalam masyarakat kita, maka Syarikat Amanah Wasiyyah Shoppe Berhad menawarkan satu solusi untuk masyarakat tentang pengurusan harta pusaka ini. Lalu mereka memperkenalkan satu tabung tabarru’ yang bernama Al-Wasitah. Kalau kita terjemahkan ke dalam bahasa kita, ia bermaksud “perantaraan”. Jadi Wasiyyah Shoppe Berhad menjadi perantara untuk masyarakat menguruskan harta pusaka secara percuma untuk waris-waris. Menarik?

Apa Itu Khairat Pusaka?

Khairat pusaka ialah satu tabung tabarru’ (tabung derma) yang menghimpunkan sumbangan peserta-peserta Al-Wasitah untuk saling membantu satu sama lain dalam pengurusan harta pusaka setelah kematian secara percuma kepada waris. Akad yang digunakan ialah akad tabarru’ (derma) dan bukan akad jual beli. Oleh itu, tiada istilah gharar (ketidakpastian) di dalam khairat pusaka kerana ia bertujuan untuk saling membantu dalam pengurusan pusaka. Selagi peserta memenuhi syarat yang ditetapkan, maka peserta layak mendapat manfaat tersebut.

Apakah Syarat Untuk Dapatkan Manfaat Khairat Pusaka?

Peserta hendaklah aktif menderma ke dalam tabung sehingga 15 tahun (180 bulan). Sekiranya peserta meninggal sebelum 15 tahun tersebut, maka peserta hanya perlu menderma sehingga tarikh meninggal sahaja.

Sebagai contoh, Ahmad aktif menderma sehingga bulan ke-7 sebanyak RM390 (bagi pakej Al-Wasitah Delima RM65/bulan), lalu meninggal. Ahmad berhak dapat manfaat pengurusan pusaka walaupun hanya menderma RM390.

Situasi kedua, Ahmad aktif menderma dan cukup 15 tahun, Ahmad tidak perlu menderma lagi, manfaat pengurusan pusaka tetapi dapat jika berlaku kematian selepas daripada 15 tahun.

Apakah Manfaat Khairat Pusaka?

Kedua-dua pakej ini menawarkan manfaat utama yang memberi kemudahan kepada waris dalam menyelesaikan tuntutan harta pusaka. Antara manfaat yang ditawarkan ialah:

  1. Penyediaan dan Penyimpanan Wasiat Pentadbiran dan Wasiat 1/3 Secara Percuma: Ini membolehkan waris mengetahui dan mengikuti wasiat yang ditinggalkan si mati, mengurangkan kekeliruan dalam pembahagian harta.
  2. Penyediaan Kad Legasi, Sijil Perkhidmatan, serta Dokumen Terma dan Syarat: Dokumentasi lengkap ini penting untuk memastikan kelancaran proses tuntutan harta pusaka.
  3. Sesi Pembacaan Khutbah Pusaka dan Khidmat Rundingan: Sesi ini membantu waris memahami proses pengurusan harta pusaka serta mendapatkan nasihat daripada pihak yang berpengalaman.
  4. Proses Memfailkan Tuntutan Harta Pusaka serta Kehadiran Wakil Guaman Pada Hari Perbicaraan: Khairat Pusaka Al-Wasitah menyediakan perkhidmatan wakil guaman untuk membantu dalam proses mahkamah, memastikan waris tidak tertekan dengan urusan perundangan.
  5. Carian Rasmi dan Salinan Sah Hak Milik Hartanah serta Pengesahan Akuan Bersumpah: Ini adalah aspek penting dalam membuktikan hak milik harta pusaka serta memudahkan proses tuntutan.
  6. Tanggungan Terhadap Kos Perbatuan, Dokumentasi, Percetakan, Telefon dan Pentadbiran: Kos-kos ini sering menjadi beban kepada waris, tetapi dengan Khairat Pusaka Al-Wasitah, semuanya akan diuruskan dengan baik.

Bagaimana Perjalanan Khairat Pusaka Selepas Kematian?

Peserta akan dibekalkan kad legasi. Waris akan hubungi pihak Wasiyyah Shoppe Berhad untuk makluman kematian peserta dan terus kepada set masa untuk khutbah pusaka dan seterusnya.

Pakej Mutiara vs Pakej Berlian

Pakej Mutiara dan Pakej Berlian menawarkan perkhidmatan yang serupa, namun terdapat perbezaan dari segi nilai peruntukan pusaka, jumlah carian harta, dan jumlah khairat yang disediakan:

Pakej Mutiara
  • Urusan tuntutan harta pusaka di Pejabat Pusaka Kecil untuk harta bernilai kurang dari RM5 juta.
  • 6 carian rasmi hartanah dan salinan sah hak milik.
  • Khairat kematian bernilai RM2,000.
  • Tabung Tabarru bernilai RM20,000.
  • Layak untuk pelanggan berumur 18 hingga 60 tahun.
Pakej Berlian
  • Urusan tuntutan harta pusaka di Mahkamah Tinggi Sivil untuk harta bernilai sehingga RM10 juta.
  • 12 carian rasmi hartanah dan salinan sah hak milik.
  • Tabung Tabarru bernilai RM60,000.
  • Layak untuk pelanggan berumur 18 hingga 60 tahun.

Bayaran dan Tempoh Perlindungan

Bagi memastikan kesesuaian dengan kemampuan individu, Khairat Pusaka Al-Wasitah menawarkan bayaran bulanan dan tahunan yang fleksibel mengikut kategori umur. Berikut adalah struktur bayaran bagi kedua-dua pakej:

Pakej Mutiara
  • Umur 18-45 tahun: RM 65/sebulan atau RM 780/setahun dengan sumbangan maksimum RM 11,700.
  • Umur 46-60 tahun: RM 80/sebulan atau RM 960/setahun dengan sumbangan maksimum RM 14,400.
Pakej Berlian
  • Umur 18-45 tahun: RM 175/sebulan atau RM 2,100/setahun dengan sumbangan maksimum RM 31,500.
  • Umur 46-60 tahun: RM 190/sebulan atau RM 2,280/setahun dengan sumbangan maksimum RM 34,200.

Kesimpulan

Khairat Pusaka Al-Wasitah adalah satu inisiatif yang penting dalam membantu waris menyelesaikan urusan tuntutan harta pusaka dengan lancar dan efisien. Dengan manfaat profesional yang ditawarkan serta perlindungan yang menyeluruh, ia memberi jaminan bahawa hak waris akan dipelihara dan proses tuntutan dapat dijalankan tanpa beban kos yang tinggi. Pilihan antara Pakej Mutiara dan Pakej Berlian bergantung kepada nilai harta yang dimiliki serta keperluan setiap individu.

Memastikan perancangan harta pusaka dibuat dengan baik adalah satu langkah bijak untuk masa depan keluarga, dan Khairat Pusaka Al-Wasitah menawarkan penyelesaian yang boleh dipercayai untuk tujuan tersebut.

Penutup

Yang mana patut ambil? Penerangan terperinci akan dikongsi oleh Abu Nuha secara personal.

Sekiranya tuan puan berminat, tuan puan boleh hubungi Abu Nuha (0145241281) atau klik sahaja laman utama dan isi borang konsultansi percuma. Abu Nuha akan jelaskan secara terperinci lagi tentang khairat pusaka.

Langgan Informasi

Jom langgan informasi tentang pewarisan dan solusi pusaka terkini secara percuma.

5 thoughts on “Khairat Pusaka, Pengurusan Pusaka Percuma”

  1. Pingback: Pengurusan Harta Pusaka - Rancang Harta dan Solusi Pusaka

  2. Pingback: Perbandingan Kos Pengurusan Harta Pusaka

  3. Pingback: Mengapa Perlu Sertai Khairat Pusaka? - Rancang Harta dan Solusi Pusaka

  4. Pingback: Kelebihan dan Kekurangan Khairat Pusaka - Rancang Harta dan Solusi Pusaka

  5. Pingback: Isu Plan Kos Pengurusan Pusaka Syarikat Takaful - Rancang Harta dan Solusi Pusaka

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Perlukan Solusi?