fbpx

Penjelasan: Isu Pengeluaran RM25k Pertama KWSP (EPF), Penama dan Cara Pembahagian

Saya, Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak 2022. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh bantu tuan puan persoalan berkaitan pewarisan.

Persoalan

Saya keliru tentang pembahagian duit KSWP arwah. Saya dimaklumkan oleh pegawai KWSP bahawa duit RM25,000 yang pertama iaitu permohonan kurang dari 2 bulan dari tarikh kematian arwah boleh dibuat belanja nafkah saya dan anak-anak.

Betulkah begitu? Saya dimaklumkan bahawa KWSP perlu diurus mengikut faraid.

Mohon jelaskan tentang pembahagian KWSP/EPF ini mengikut cara yang sebenarnya.

Jawapan

Terima kasih bertanya. Sebenarnya saya banyak kali ditanya berkenaan hal ini. Bahkan saya telah merujuk team saya adakah mereka pernah lalui situasi ini. Yang mengejutkan saya, ramai!

Saya kepilkan fatwa tentang penama atau waris yang menerima KWSP adalah pemegang amanah sahaja.

Pertama, fatwa daripada JAKIM. (tekan sini)

Kedua, fatwa daripada Jabatan Mufti Negeri Selangor. (tekan sini)

Ketiga, fatwa daripada Jabatan Mufti Negeri Sembilan. (tekan sini)

Banyak lagi penjelasan tentang KWSP atau EPF ini perlu mengikut pembahagian faraid yang mana ia adalah pusaka arwah. Saya rujuk kepada portal KWSP tentang hal ini, jelas diberitahu bahawa penama atau penerima KWSP adalah wasi atau pemegang amanah sahaja. Tuan puan boleh rujuk borang ini. (tekan sini)

Tiba-tiba, ada pegawai KWSP menyatakan sebaliknya sepertimana soalan yang bertanya. Mereka menerima RM25,000 pertama dan dinyatakan bahawa duit tersebut adalah belanja untuk dirinya (isteri) dan anak-anak.

Hal ini sangat bercanggah dengan apa yang dijelaskan di dalam fatwa-fatwa dan portal KWSP sendiri. Apabila saya rujuk kembali ke dalam portal KWSP, RM25 ribu yang diberikan adalah cara pembahagian sahaja. (rujuk sini)

Perkara ini menjadi persoalan saya sendiri sehinggalah kami bertanya kepada pihak KWSP sendiri. Alhamdulillah kami dapat jawapan sekaligus merungkai persoalan yang timbul.

Sekarang ini, macam mana pembahagian faraid? Sebelum kita membuat pengiraan faraid. Ramai waris terlepas pandang tentang tanggungjawab terhadap harta pusaka.

Mohon waris pakat-pakat cakna tentang tanggungjawab harta pusaka. Bukan semata-mata faraid. Barulah harta tersebut dibahagikan ikut faraid. Oleh itu, penama atau pentadbir harta jangan sewenangnya guna duit KWSP tersebut. Kesempatan ini saya datangkan satu kes pusaka.

Saya ringkaskan pembahagian setiap waris setelah pengiraan. Ayah arwah dapat 8/48 (RM166,666.67), Ibu arwah dapat 8/48 (RM166,666.67) dan seterusnya. Itulah hak mereka yang wajib diberikan. Jika ada pembahagian secara muafakat, maka ada waris perlu mengetahui bahagian mereka ini terlebih dahulu.

Cara Pembahagian KWSP

Langkah pertama, penama menerima duit KWSP si mata atau pentadbir menerima duit tersebut dengan Surat Kuasa Mentadbir (LA) atau Geran Probet.

Langkah kedua, selesaikan tanggungjawab yang berkaitan pusaka terlebih dahulu seperti hutang dll.

Langkah ketiga, buat pengiraan faraid dengan melihat situasi waris yang ada. Berbeza waris, maka berbeza bahagiannya.

Langkah keempat, serah kepada waris hak pusaka masing-masing.

Timbul lagi persoalan, jika waris dapat bantuan kematian atau ataupun khairat kematian, itu bukanlah harta pusaka. Maka ia tidak tertakluk kepada pembahagian ikut faraid.

Kesimpulan

Duit KWSP atau EPF ini perlu melalui pembahagian faraid disebabkan ia dikategorikan sebagai harta pusaka bagi umat Islam. Penama atau pentadbir adalah pemegang amanah sahaja dan bukan hak mereka secara mutlak. Pembahagian hak secara mutlak adalah penamaan bagi orang bukan Islam seperti dijelaskan di dalam portal.

Alhamdulillah, semoga pencerahan ini boleh menjawab permasalah masyarakat di luar sana. Jika ada persoalan, mohon komen diruangan komen di bawah.

Allahu A’lam.

Langgan Informasi

Jom langgan informasi tentang pewarisan dan solusi pusaka terkini secara percuma.

8 thoughts on “Penjelasan: Isu Pengeluaran RM25k Pertama KWSP (EPF), Penama dan Cara Pembahagian”

      1. Salam Tuan
        Saya menghadapi masalah menyelesaikan hutang arwah suami saya.
        Pengeluaran epf mengikut faraid
        Ibu 44k
        Isteri 33k
        Anak 5 tahun 180k
        Hutang suami 80k
        Setelah bhgiqn kami dikeluarkan saya mengira hutang juga difaraidkan.
        Ibu 15k
        Isteri 10k
        Anak 60k – disebab hak anak difreeze saya menggunakan seluruh hak saya 33k untuk byr hutang. Dan meminta jasa ibu tambahan 9k. Itu pun diqnggap hutang saya terhadapnye.
        Saya ingin meminta penguraian yg lebih jelas dlm menguruskan hutang arwah. Diharap pihak tuan dpt menghubungi saya

  1. assalamualaikum..nak tanya pembagian faraid. Ibu meninggal ada duit 50k yg nak difaraidkan. Berapa suami dapat? Ada 1 anak lelaki dan 5 anak perempuan. Berapa anak lelaki dapat dan berapa pula anak perempuan dapat? Tq

    1. Waalaikumussalam, sebelum saya jawab, sy nk kena kenal pasti waris terlebih dahulu.

      Maksud “ibu” yang tuan tulis merujuk ibu kepada tuan kan?

      Kedua, adakah ayah, ibu , nenek dan datuk kepada arwah dah tiada?

      Kiranya soalan: Arwah meninggalkan seorang suami, 1 anak lelaki dan 5 anak perempuan shj. Betul?

  2. Assalamualaikum,

    Saya nak minta penjelasan sedikit tentang pembahagian faraid. Kalau suami yg meninggal, tiada anak, duit kwsp dibahagikan kepada isteri, bapa & ibu…
    Apakah cara pembahagian faraid? Bagaimana nak dapatkan sijil faraid? Atau boleh ke dibahagi mengikut persetujuan masing masing

    1. Waalaikumussalam puan,

      Untuk pembahagian faraid, puan pm whatsaap saya, saya akan tunjuk cara kiranya.

      Kedua, jika tiada keperluan untuk sijil faraid, tak perlu puan sbb untuk mohon sijil faraid perlu keluarkan kos. Pengiraan yang tak rumit boleh diselesaikan dgn mudah.

      Ketiga, untuk pembahagian secara muafakat dibolehkan dengan syarat buat dulu pembahagian faraid. Setelah semua waris tahu hak masing-masing barulah buat pembahagian sama rata.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Perlukan Solusi?