fbpx

Kelebihan dan Kekurangan Khairat Pusaka

Saya, Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe sejak tahun 2022. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh bantu tuan puan menyelesaikan masalah berkaitan pusaka.

Perkongsian kali ini saya ingin berkongsi kebaikan dan kekurangan khairat pusaka. Tak adil jika saya hanya sarankan kepada tuan puan, tetapi tidak tahu detail berkaitan khairat pusaka.

Kebaikan Khairat Pusaka

Beberapa posting lepas, saya ada berkongsi tentang: Apakah itu khairat pusaka? (tekan sini) Mengapa perlu sertai khairat pusaka? (tekan sini). Secara tidak langsung saya telah menceritakan kepada tuan puan tentang kebaikan khairat pusaka.

Secara ringkas saya kongsikan semula tentang kebaikan khairat pusaka.

Pertama

Khairat pusaka memudahkan urusan pusaka. Waris tidak perlu bersusah payah, Wasiyyah Shoppe Berhad akan hantar wakil untuk berunding dengan waris dan membuat proses pengurusan pusaka secara percuma.

Kedua

Khairat pusaka mendamaikan antara waris. Hal ini kerana pihak yang mengurus bukanlah daripada kalangan waris bahkan pihak ketiga. Lebih-lebih lagi antara manfaat khairat pusaka, waris akan diberi khutbah pusaka secara percuma.

Ketiga

Khairat pusaka memberikan tuan puan merancangan melalui instrument wasiat secara percuma iaitu dokumen pelantikan wasi (DPW) dan juga wasiat 1/3 kepada bukan waris. Jangan main-main kelebihan DPW, dokumen tersebut sangat terpakai bila mana waris ada anak bawah umur dan juga kelainan upaya.

Keempat

Khairat pusaka memastikan aset dan hutang disenaraikan dengan baik supaya tiada harta tertinggal semasa pengurusan pusaka dan juga membantu waris melunaskan hutang.

Kelima

Khairat pusaka dapat mengelakkan kematian berlapis. Banyak kes pusaka tidak diurus apabila alasan digunakan “tanah masih merah” sehinggakan urusan pusaka tergendala bertahun-tahun dan berlaku kematian waris lain.

Keenam

Khairat pusaka dapat mengelakkan waris makan harta secara batil. Hal ini kerana wakil WSB adalah ahli pakar faraid dan juga pengurusan pusaka. Wakil WSB akan berikan nasihat tentang pembahagian mengikut cara yang betul.

Ketujuh

Sumbangan ke dalam tabung tabbaru’ hanya setakat kematian (minimum 6 bulan selepas menjadi peserta) atau maksimum 15 tahun. Ini bermakna jika berlaku kematian pada bulan ke-7, tuan puan baru sumbang RM350, namun manfaat khairat pusaka tetap dapat. Sangat berbaloi!

Kelapan

Manfaat khairat pusaka pasti dapat sekiranya tuan puan kosisten menyumbang sehingga tempoh maksimum. Berbeza takaful yang mana dilindungi di dalam tempoh perlindungan sahaja.

Kesembilan

Khairat pusaka tidak perlu kepada pemeriksaan kesihatan. Layak mendapat manfaat selagi konsisten menyumbang lebih 6 bulan walaupun penuh dengan penyakit 3 serangkai dan sebagainya.

Kesepuluh

Khairat pusaka boleh disumbang oleh waris. Sebagai contoh, si anak membantu ayahnya sebagai peserta khairat pusaka dan si anak menyumbang secara bulanan ke dalam tabung tabarru’ khairat pusaka. Manfaat khairat pusaka dapat oleh peserta dan juga waris.

Kesebelas

Khairat pusaka dapat memberikan ketenangan kepada tuan puan bahawa harta akan diurus dengan baik selepas kematian.

Kekurangan Khairat Pusaka

Berkaitan dengan kekurangan khairat pusaka ini, mungkin ramai yang tidak berkongsi. Namun, saya berkongsi untuk tuan puan supaya boleh mempertimbangkan tentang khairat pusaka.

Pertama

Tuan puan terpaksa menyumbang kepada dalam tabung tabarru’ selama 15 tahun bersamaan 180 bulan sekiranya tuan puan masih hidup sehingga tempoh maksimum sumbangan. Ini bermakna tuan puan perlu menambahkan komitmen baru secara bulanan RM50/60 untuk Al-Wasitah Delima dan RM115/125 untuk Al-Wasitah Zamrud.

Kedua

Khairat pusaka terhad kepada individu berumur 60 tahun ke bawah sahaja. Satu kekurangan bagi individu yang lebih daripada 60 tahun. Sekiranya tuan puan lebih 60 tahun, tuan puan boleh ambil cara lain iaitu peruntukan pusaka.

Ketiga

Tuan puan terpaksa memeras otak menyenaraikan aset-aset dan hutang-hutang tuan puan. Ini merupakan satu tekanan untuk mengingat kembali senarai tersebut.

Keempat

Tuan puan terpaksa mengambil sedikit masa dalam hidup untuk memikir perancangan harta. Hal ini menyebabkan tuan puan terpaksa lari fokus daripada pekerjaan harian.

Penutup

Alhamdulillah, berakhir sudah perkongsian saya. Sekiranya tuan puan berminat, boleh hubungi Abu Nuha (+6014-5241281) untuk maklumat lanjut.

Langgan Informasi

Jom langgan informasi tentang pewarisan dan solusi pusaka terkini secara percuma.

1 thought on “Kelebihan dan Kekurangan Khairat Pusaka”

  1. Pingback: Isu Plan Kos Pengurusan Pusaka Syarikat Takaful

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Perlukan Solusi?