Saya, Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak 2022. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh. Insya Allah saya boleh bantu tuan puan dalam persoalan tentang pewarisan.
Isi Kandungan
Perkongsian kali ini saya ingin kongsikan kepada tuan puan mengapa perlu sertai khairat pusaka. Apakah khairat pusaka (Al-Wasitah)? (tekan sini).
Pertama: Elakkan kematian berlapis.
Antara punca berlakunya harta beku di Malaysia ialah kematian berlapis. Apa maksud kematian berlapis? Kematian berlapis ialah harta pusaka kepada si mati tidak diuruskan dan tidak diagihkan kepada waris sehingga berlaku kematian kepada waris yang ada. Ini menyebabkan waris sepatutnya 5 orang (contoh) menjadi 10 orang. Urusan menjadi sukar dan harta tersebut akhirnya tidak diurus. Khairat pusaka dapat mengelakkan dengan menyegerakan urusan tersebut setelah kematian dengan menyerahkan kepada yang pakar secara percuma.
Kedua: Mengelakkan perbalahan antara waris.
Wasiyyah Shoppe Berhad akan menjadi orang tengah antara waris-waris. Ini boleh mengharmonikan keadaan disebabkan WSB bukan individu berkepentingan (conflict of interest) terhadap harta pusaka. Waris-waris akan mudah untuk bagi kerjasama untuk pengurusan pusaka berbanding waris sendiri yang menguruskan. Dalam khairat pusaka, perkhidmatan khutbah percuma diberikan kepada waris-waris.
Ketiga: Menjimatkan kos pengurusan pusaka.
Untuk pengetahuan tuan puan, Akta Probet dan Perkhidmatan 1959 membenarkan caj sehingga 5% daripada nilai harta. Itu tidak termasuk caj rampaian dan sebagainya. Bayangkan harta si mati ada RM1 juta. Ini bermakna waris perlu sediakan RM50,000 atau mungkin lebih jika menggunakan khidmat pihak ketiga. Khairat pusaka menawarkan perkhidmatan pengurusan pusaka percuma kepada waris. Sangat-sangat berbaloi untuk sertai.
Keempat: Manfaat yang pasti dapat.
Sekiranya anda peserta khairat pusaka, maka anda pasti dapat manfaat selagi penyertaan tabung berterusan sehingga 15 tahun. Bahkan selepas 15 tahun, anda tak perlu bayar lagi dan manfaat tersebut pasti dapat. Berbeza dengan syarikat takaful yang mana manfaat hanya dapat selagi dalam tempoh perlindungan. Jika tamat polisi, maka peserta tidak dapat lagi manfaat yang dijanjikan.
Kelima: Penyediakan dokumen wasiat secara percuma.
Dokumen wasiat percuma ini adalah dokumen pelantikan wasi (DPW) dan juga wasiat 1/3 kepada bukan waris. Jika tuan puan ambil berasingan, agak banyak juga nilainya. Kelebihan pelantikan wasi dan juga dokumen wasiat 1/3 akan dikongsi pada posting selanjutnya. Khairat pusaka memberi tuan puan satu perancangan percuma melalui instrumen wasiat. Berbaloi!
Keenam: Ketenangan jiwa.
Inilah antara perkara yang penting, “Peace of mind”. Apabila kita mengetahui bahawa harta kita diurus oleh pihak yang betul, hati akan tenang. Ketidakpastian harta akan diurus dengan baik menyebabkan kita akan serabut memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang ada. Ambillah khairat pusaka, insyaAllah tenang jiwa.
Ketujuh: Elakkan aset tercicir.
Apabila anda menyertai khairat pusaka. Anda perlu senaraikan aset-aset yang ada. Dengan itu boleh mengelakkan harta yang kita miliki dapat diwarisi kepada waris yang ada dengan baik. Betapa ramai di luar sana berahsia dengan keluarga, keluarga tidak mengetahui kewujudkan harta tersebut, maka berlaku harta beku dan seterusnya berlaku pembaziran. Penat-penat cari harta, disia-siakan pula.
Jangan risau jika aset anda bertambah dari masa ke semasa. Perubahan dokument dibuat secara percuma.
Kelapan: Memudahkan waris lunaskan hutang.
Ramai yang terlepas pandang tentang hutang. Disimpan sendiri tanpa diketahui waris. Akhirnya hutang tersebut terkubur tidak terlunas. Jika pemiutang ingat dan menuntut, maka bolehlah pihak waris ambil harta dan berikan kepada pemiutang. Namun, jika tidak ditulis, tidak maklum? Tiada siapa yang boleh lunaskan bagi pihak kita. Khairat pusaka akan berikan senarai hutang untuk kita isi. Ini lebih menenangkan kita.
Kesembilan: Pusaka diurus dengan betul.
Ramai di luar sana tidak menguruskan harta dengan cara yang betul. Bahkan ada waris yang mengambil harta arwah sebagai harta persendirian. Hal ini disebabkan mereka jahil tentang faraid. Untuk elak hal ini, khairat pusaka akan berikan panduan cara pengiraan dan pembahagian yang betul.
Kesepuluh: Elakkan waris ambil harta secara batil.
Implikasi poin-poin di atas adalah untuk mengelakkan waris makan harta secara batil. Inilah yang parah terjadi dalam masyarakat kita. Bagaimana kita hendaklah lahirkan keluarga yang diberkati sedangkan mereka makan hak orang lain secara haram? Perkara ini diwarisi dari generasi kepada generasi. Elakkan kita menjadi punca dalam masalah ini.
Itulah hujah saya mengapa tuan puan perlu sertai khairat pusaka. Jangan berlengah lagi, hubungi Abu Nuha segera.
Alhamdulillah, info yang bermanfaat. Terima kasih Ustaz Hafidz.
Alhamdulillah, semoga ramai di luar sana berminat dgn khairat pusaka.
Pingback: Kelebihan dan Kekurangan Khairat Pusaka - Rancang Harta dan Solusi Pusaka