Penjelasan: Adakah Perlindungan Takaful SSPN Dikira Pusaka?

Saya Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2022. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad ibn Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh bantu tuan puan berkaitan dengan pewarisan.

Isi Kandungan

Pengenalan

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi membantu ibu bapa membuat simpanan untuk pendidikan anak-anak. Selain manfaat simpanan, SSPN turut menawarkan perlindungan takaful kepada pencarum.

Namun, ramai yang kurang jelas mengenai status akaun SSPN selepas kematian pemilik. Sebelum ini saya ada berkongsi panjang dan juga respon berkenaan akaun tersebut. Perkongsian kali ini berkaitan dengan perlindungan takaful di SSPN. Adakah ia dikira hibah atau pusaka?

Status Akaun SSPN Sebagai Harta Pusaka

Secara ringkasnya, akaun SSPN yang dimiliki oleh seseorang akan menjadi sebahagian daripada harta pusaka apabila pemiliknya meninggal dunia. Ini termasuk jumlah simpanan yang terkumpul serta manfaat takaful yang layak diterima sekiranya pemilik telah menyertai perlindungan takaful SSPN.

Secara asasnya, harta dalam akaun SSPN tidak boleh terus diberikan kepada mana-mana individu secara automatik kerana ia tertakluk kepada undang-undang pusaka Islam dan perlu melalui proses pembahagian yang sah.

Poin yang kelima ada menjelaskan tentang tugas penama bahawa manfaat takaful juga termasuk juga dalam klausa ini. Perbahasan tentang jika duit dalam akaun tersebut sememangnya milik anak, bagaimana? Jemput baca. (tekan sini)

Perlindungan Takaful Dalam SSPN

Bagi pencarum SSPN yang mencarum dalam skim takaful yang disediakan, sekiranya berlaku kematian, manfaat takaful akan dibayar kepada pewaris yang sah. Namun, manfaat ini juga dianggap sebagai sebahagian daripada harta pusaka dan perlu dibahagikan mengikut hukum faraid.

Manfaat takaful yang diterima bukanlah hibah, melainkan jika pemilik akaun telah membuat perisytiharan hibah secara sah. Sekiranya tidak, jumlah manfaat takaful akan masuk dalam harta pusaka dan perlu diagihkan kepada waris yang berhak.

Untuk lebih jelas, saya sendiri bertanya kepada pegawai PTPTN, Cik Rafidah bahawa perlindungan tersebut dikira pusaka dan bukan hibah.

Penama Dalam Akaun SSPN

Penama dalam akaun SSPN berfungsi sebagai pemegang amanah sahaja dan bukan penerima mutlak harta tersebut. Oleh itu, penama tidak boleh menggunakan wang dalam akaun SSPN untuk kepentingannya sendiri, sebaliknya perlu menguruskan pembahagian harta kepada waris yang berhak mengikut faraid.

Perkara ini dijelaskan juga oleh Cik Rafidah:

Buat masa ini, simpanan SSPN tertakluk pada agihan faraid.

Kesimpulan

Akaun SSPN serta manfaat takaful yang dikaitkan dengannya adalah sebahagian daripada harta pusaka dan perlu dibahagikan mengikut hukum faraid. Penama yang dilantik hanyalah sebagai pemegang amanah dan tidak boleh mengambil wang tersebut untuk kepentingan sendiri.

Jika anda ingin mendapatkan nasihat lebih lanjut tentang perancangan harta pusaka termasuk SSPN, rujuklah kepada pakar perancangan pusaka Islam bagi memastikan pengurusan harta dilakukan dengan sempurna dan mengikut syarak.

Langgan Informasi

Jom langgan informasi tentang pewarisan dan solusi pusaka terkini secara percuma.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Perlukan Solusi?