Hukum FaraidPewarisan Wanita Sebelum IslamDalam masyarakat Arab sebelum Islam, harta pusaka hanya diberikan kepada lelaki dewasa yang mampu berperang. Perempuan dan kanak-kanak tidak mewarisi, malah perempuan sendiri boleh diwarisi bersama harta si mati. Surah an-Nisa ayat 7 mematahkan kedua-dua amalan itu dengan menetapkan bahawa perempuan mempunyai bahagian yang telah diwajibkan.