Hukum FaraidIsteri Kedua Tidak Berdaftar Tercicir daripada Pusaka?Haknya tidak gugur. Isteri mewarisi kerana akad nikah yang sah, bukan kerana pendaftaran. Undang-undang pun membenarkan perkahwinan yang sah di sisi syarak didaftarkan dengan perintah Mahkamah Syariah. Bahagian yang sudah diambil waris lain tetap haknya dan wajib dipulangkan. Perintah pusaka yang tidak menyenaraikannya tidak menghalalkan bahagian itu. Namun ini bukan alasan untuk berkahwin tanpa mendaftar, kerana pendaftaran ialah perintah pemerintah yang wajib ditaati.